Ads i+n

❤ Persembahan bunga api meledum-ledam malam MERDEKA 2016. Memang WOW!!!
❤ Mari berjiwang! Dedikasi untuk Hari Kemerdekaan Malaysia 2016
❤ Jiwang lagi. Ditujukan khas untuk Hari Malaysia 16 September
❤ Ibu bapa kena AMBIL TAHU perkara ini..jika sayangkan anak2
Mari mengorat! Pewit..>
❤ Zikir dodoikan anak sampai tidur lena
❤ Doa untuk ibu bapa - terbaik! Buat sesiapa membacanya rasa sebak

Sinopsis Drama Olin Dan Ecan TV1

Sinopsis Drama Olin Dan Ecan TV1 Panggung Sabtu| Olin Dan Ecan mengisahkan Ecan dibesarkan di kampung oleh ibunya Sue. Ecan hanya mengenali bapanya, Abdullah menerusi sekeping gambar lama ibu dan bapanya. Ecan bagaimanapun tahu bahawa bapa kandungnya itu masih hidup. Malangnya, Sue tidak pernah tahu dimanakah Abdullah berada.

Turut tinggal di kampung sama kakak Sue yang bernama Miah dan suaminya Hussin. Miah dan Sue tidak berbaik kerana Hussin pernah jatuh cinta dengan Sue namun takdir menjodohkannya dengan Miah.

Hinggalah pada satu hari, Sue maut dalam kemalangan jalan raya. Ecan diambil dan dibesarkan oleh Miah dan Hussin. Hussin amat menyayangi Ecan seperti anaknya sendiri namun tidak bagi Miah yang membenci anak kecil itu.

Akibat sering dihina dan terasa dengan segala sindiran ibu saudaranya, Ecan nekad melarikan diri ke Kuala Lumpur untuk mencari bapanya, Abdullah.

Di Kuala Lumpur, Ecan bertemu dengan Olin, seorang remaja lembam yang yatim piatu dan bekerja di bengkel milik Abang Dol. Mereka berkawan baik dan Olin, walaupun lembam, tidak pernah putus asa untuk membantu Ecan mencari bapa kandungnya. Saksikan segalanya dalam drama Olin Dan Ecan di kaca tv anda.

Pelakon Drama Olin Dan Ecan TV1
Eida Moin
 Azhan Rani
 Roy Azman
Fiza Elite
 Lan Siro
Sharisa Haris

Sinopsis drama Olin Dan Ecan TV1, pelakon dan gambar drama Olin Dan Ecan TV1
Gambar Drama Olin Dan Ecan TV1

Tonton drama Olin Dan Ecan Panggung Sabtu
Tarikh Olin Dan Ecan disiarkan: 12 Mac 2016
Hari: Sabtu
Jam: 3.00 -5.00 petang
Saluran: TV1
Terima kasih membaca Sinopsis Drama Olin Dan Ecan TV1

0 comments:

Post a Comment