Terseksa
jiwa dan raga mak. Dah 5 hari tak update blog. Gara-gara screen laptop acer
retak. Pecah! Stress gue. Entry terakhir adalah pada hari Rabu lepas. Lepas tu
sunyi sepi tiada artikel terbaru. Nak on laptop tak dapat. Screen blank!
Retak…sadisnya..
Segalanya
bermula bila gajah terpijak laptop. Adoyai..krek bunyinya! Jelas dan nyata.
Hati gundah gulana dah imagine mesti screen laptop terkena. Bila buka, check,
ternyata ianya benar! Dugaan yang begitu pahit. Terbang duit mak RMxxxx beli
laptop baru.
Siapa
yang pijak? i ler. i la yang gajah tu. Segalanya bermula bila aku nak tarik
tilam. Laptop letak tepi tilam. Tidur kat lantai. Masa nak tarik tilam tu, aku
dalam keadaan reverse, langkah punya langkah, sekali aku tergelincir. Krek!
Terkena laptop kat tepi. Hancur hati mak.
Bila
on laptop, langsung tak dapat nak tengok icon screen, semuanya putih! Blank!
Hanya kesan retakan kat screen laptop. Uwaaaa! Kenapa mak begitu cuai!!!! Rasa
nak pinjam jam doraemon je, nak undurkan masa balik. Nak selamatkan laptop tu.
Akhirnya…selepas
puas berfikir panjang aku decide nak beli laptop baru. Laptop lama tu nanti aku
hantar kat kedai bila balik Kuching nanti. Kat sini susah, kedai kecik-kecik.
27
Mac 2016, laptop acer aspire es 11 ku beli. Nanti aku story. Model
es1-131-c3r6. Yang tengah aku guna untuk menaip sekarang ni. Agak janggal. Taip
pun lambat. Windows 10, memang slow giler! Tengah cari solusi cara nak lajukan
laptop ni. Fuh akhirnya berjaya jugak aku terbitkan entry.
6 comments
Assalammualaikum... yumida,
dah... pecah. Sedih pulak mselim3 baca. Takper ada rezeki lain tu yang Allah nak bagikan .Sabar k yumida.
mselim3
Aduhaiii, sadis juga insiden ni.. Nasib dah dapat beli baru.. Boleh sambung update blog.. Hehe..
aduh, berkecai hati bila tengok jadi macam tu..
alamak aiiii, dah sampai riwayat dia kot...
bertabahlah kak hehe
Salam kenal Yumida :)
Aduhai sayang nya dah terpijak pulak ye..
Akak ingat mana dtg gajah dalam rumah..
Rupanya diri sendiri ye..
Hihihi ada ada je yumida ni..
Ada hikmah terpijak tu..
Dapat laptop baru kan..
Kalau tidak bila nak dapat :)
Akak follow Yumida #4083 jemputlah ke blog kecik akak ye :)
EmoticonEmoticon