Drama Menantu Encik Ikan Masin TV1

Sinopsis Drama Menantu Encik Ikan Masin TV1 Panggung Ahad | Menantu Encik Ikan Masin mengisahkan Encik Osman seorang duda mahu mencari calon suami untuk anak perempuannya Mawar. Encik Osman melakukan banyak ujian dalam proses mencari calon menantunya. Akhirnya, dia berjumpa dengan Haikal anak orang kaya dari Bandar.

Mawar anak gadis yang cantik dan menjadi rebutan pemuda di kampung mereka. Apatah lagi dengan perwatakannya yang menarik dan sopan santun. Langkah pertama mula dilakukan Osman untuk memastikan anaknya bertemu jodoh yang sesuai dan dapat menjaganya dengan baik. Namun segalanya tidak mudah. Dia berdepan pelbagai ujian dalam mencari calon tersebut.

Dalam diam salah seorang pemuda kampung dikenali sebagai Azroy menyimpan perasaan terhadap Mawar. Namun Azroy yang mula membuat perancangan jahat selepas dia ditolak mentah-mentah Osman untuk menjadi suami Mawar.

Akhirnya secara tidak sengaja dia berjumpa dengan Haikal, anak orang kaya dari bandar. Adakah Haikal berjaya meyakinkan Osman dirinya adalah calon yang sesuai? Bagaimana pula dengan Mawar adakah dia menerima jodoh dicari ayahnya tanpa sebarang bantahan? Saksikan segalanya dalam drama Menantu Encik Ikan Masin di kaca tv anda.

Pelakon Drama Menantu Encik Ikan Masin TV1
Kazar, Liza Abdullah, Mas Muharni, Azhan Rani, Achong Sweetchild, Man Raja Lawak dan Arin Raja Lawak.

Sinopsis drama Menantu Encik Ikan Masin TV1, pelakon dan gambar drama Menantu Encik Ikan Masin TV1
Gambar Drama Menantu Encik Ikan Masin TV1

 Tonton drama Menantu Encik Ikan Masin Panggung Ahad
Tarikh Menantu Encik Ikan Masin disiarkan: 27 Mac 2016
Hari: Ahad
Jam: 10.30 pagi – 12.30 tengah hari
Saluran: TV1


EmoticonEmoticon