Ads i+n

❤ Persembahan bunga api meledum-ledam malam MERDEKA 2016. Memang WOW!!!
❤ Mari berjiwang! Dedikasi untuk Hari Kemerdekaan Malaysia 2016
❤ Jiwang lagi. Ditujukan khas untuk Hari Malaysia 16 September
❤ Ibu bapa kena AMBIL TAHU perkara ini..jika sayangkan anak2
Mari mengorat! Pewit..>
❤ Zikir dodoikan anak sampai tidur lena
❤ Doa untuk ibu bapa - terbaik! Buat sesiapa membacanya rasa sebak

Cuaca Panas + Kering + Tak Ada Elektrik + Tak Ada Air

Fuh! Fuh! Kipas guna mulut jap. Sekarang ni musim cuaca panas teramat. Kengkadang buatkan diri kita rasa tak selesa. Badan melekat-lekit dengan peluh. Bila dah on kipas, baru lega. Syiuuuu…syiuuuuuu bunyi kipas berpusing. Ok la kan ada la jugak alat untuk penyejuk diri. Nak story..Ahad lepas takde elektrik. Blackout!

Jadi mesti korang dapat bayangkan betapa ligatnya tangan ni memegang kipas tangan. Start tak ada karan jam 8 pagi. Aku dah risau dah takut baby Amirah tu tak tahan. Alhamdulillah, syukur..hari tu hujan turun sekejap membasahi bumi. So tak ada la merasa cuaca panas melampau sepanjang hari, sepanjang ketiadaan elektrik.

Nasib baik sebelum ni ada beli kipas kecik sebesar tapak tangan, kipas guna bateri. So, membantu la jugak dalam memberi angin sejuk kat baby Amirah. Jam 2.30 petang baru elektrik datang. Horrey!

tiada air, kekurangan bekalan air, masalah tiada air
Foto lori air pic dari Google

Tak ada elektrik, memang tak suka. Tak ada air lagi la tak suka. Tapi kat sini masalah tak ada air adalah sesuatu yang normal. Nasib baik ada tangki biru simpanan air tu. Kalau tak…mandi kat sungai macam orang dulu-dulu tu. Dan jumlah pengguna air pun tak ramai, kami bertiga je. Kalau sekeluarga besar duk kat sini, satu hari dah boleh habis 3 tong biru tu. Aiyak..

Ada air pun sekejap je. Air datang jam 5.30 petang, nanti jam 7 malam air habis. Sempat la nak cuci baju, nak simpan air paip dalam tong biru tu. Even masa air tu singkat. Syukur..masih ada air. Datangnya ada masalah air, sampai berminggu-minggu, boleh jangkau 1 bulan lebih tak ada air. Giliran lori air pula datang menyinggah. Mak redho je. Selagi ada air.
Terima kasih membaca Cuaca Panas + Kering + Tak Ada Elektrik + Tak Ada Air

1 comments:

  1. Allahu.betul..cuaca agas panas sekarang nikan Yumi..tapi syukur juga sebab ada juga hujan walau sikit sikit dan dalam jangka masa yang singkat je turunnya..itu pun dah satu rahmat..

    ReplyDelete