Memetik kata-kata dari facebook Dato’
Seri Najib Razak semalam (25/12/2013 jam 5.30 petang). Amaran gelombang kedua banjir
akan berlaku hujung bulan Disember ni.
Jom ketahui panduan untuk menghadapi banjir.
SEBELUM
BANJIR
Dapatkan maklumat tentang banjir di tempat anda.
Pastikan sistem amaran banjir, cara ianya disampaikan dan
maklumat persediaan banjir tempatan.
Periksa lubang air samada longkang atau saluran najis.
Bersihkan halangan dan pastikan ia tertutup rapat supaya air banjir tidak
melimpah masuk melaluinya.
Pastikan pusat pemindahan dan pusat bantuan bencana di
tempat anda, buat plan dan latihan pemindahan kecemasan.
Sediakan Peralatan Kecemasan.
Pastikan seluruh ahli keluarga anda mengetahui Cara-cara
Bertindak Semasa Kecemasan di rumah.
Sebelum Banjir [Semasa Tanda-Tanda Dikesan]
Dengar pengumuman dari radio.
Penuhkan tong, bekas, sinki atau tab mandi dengan air
bersih, semasa banjir air mungkin menjadi kotor.
Bawa masuk perabot atau perkakas di luar rumah.
Letakkan dokumen penting di tempat yang selamat atau bawa
bersama dalam bekas kalis air.
Bersedia untuk menutup suis elektrik, injap utama bekalan
air dan gas.
Beritahu jiran anda dan bersedia untuk berpindah.
SEMASA
BANJIR
Semasa Banjir [Di Dalam Rumah]
Dengar pengumuman dari radio.
Bersedia dengan peralatan kecemasan.
Jika diarahkan keluar dan berpindah, segera lakukan.
Semasa Banjir [Di Luar Rumah]
Pergi ke tempat yang tinggi dan selamat.
Elakkan dari melalui kawasan banjir, arus yang deras
boleh menghanyutkan anda.
Jangan sengaja bersiar-siar di kawasan banjir samada
dengan sampan mahupun berjalan kaki.
Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang jatuh.
Awasi kanak-kanak, jangan biarkan mereka bermain-main di
longkang, sungai atau lombong.
Jangan minum air banjir.
Semasa Banjir [Di Dalam Kenderaan]
Jangan terus mengharungi kawasan banjir, berpatah balik.
Jika kenderaan anda terhenti, kunci kenderaan anda dan
tinggalkan ia, pergi ke tempat yang selamat.
Semasa Banjir [Semasa Pemindahan]
Apabila menerima arahan, segeralah berpindah.
Berpindah awal sebelum air banjir meningkat atau semasa
siang, ianya lebih mudah dan selamat.
Ikut laluan yang ditentukan, laluan singkat mungkin
terhalang.
SELEPAS
BANJIR
Dengar pengumuman radio atau tunggu arahan pihak
berkuasa, jangan kembali ke rumah sebelum dibenarkan atau sebelum keadaan
benar-benar selamat.
Beri bantuan kepada jiran anda atau orang-orang yang
kurang upaya (Orang tua, kanak-kanak atau orang-orang cacat).
Periksa rumah anda, lihat tanda-tanda rekahan atau
mendapan ianya mungkin tidak selamat.
Jangan terus memasuki rumah yang masih dibanjiri air,
berhati-hati banyak bahaya-bahaya yang tersembunyi.
Selepas Banjir [Semasa Memasuki Bangunan]
Pakai kasut.
Periksa kerosakan dinding, lantai, pintu dan tingkap.
Periksa sebarang tanda kehadiran binatang atau serangga
berbisa dan merbahaya. Gunakan kayu untuk mengalihkan sebarang halangan yang
bersepah dilantai rumah anda.
Perhatian siling dan plaster dinding yang mungkin rekah,
lerai dan jatuh.
Selepas Banjir [Periksa Ancaman Bahaya]
Periksa paip saluran gas yang mungkin pecah atau bocor.
Periksa wayar elektrik yang terendam dalam air.
Periksa peralatan elektrik yang tenggelam.
Periksa bahan-bahan mudah terbakar yang mungkin mengalir
masuk semasa banjir (Minyak tanah, petrol, disel dan sebagainya).
Buang bahan-bahan makanan yang terendam atau terkena air
banjir termasuk makanan dalam tin.
Periksa kerosakan tangki septik untuk elekkan bahaya
biologi.
Laporkan sebarang kerosakan kemudahan-kemudahan awam
kepada pihak berkuasa
14 comments
bagus ni.. boleh dijadikan panduan..
assalamualaikum yumida...perkongsian info menarik...;)
assalamualaikum yumida...perkongsian info menarik...;)
salam yumida singgah cne..
sangat bermanfaat perkongsian panduan ini yumida.. menabung inti&transitions.. :D
bagus2. moga semua baik2 saja.
Nice info! Part binatang berbisa ya kmk paling sik suka. Huhuhuhu
yang tak menghadapi banjir, elok juga baca ni. Semoga mereka semua dilindungi Allah
wah nice info sis..:)
Gelombang kedua..Ya Allah..selamtkanla mereka..
Nice sharing :)
New Entri Updated : Long Time No See
terima kasih yumida kongsi dgn kami.. senang la boleh buat persediaan nanti.. tp mohon dijauhkanlah dari banjir besar..
thakns for sharing yumida ;)
bagus tok.. huhu..
EmoticonEmoticon