Sinopsis
Terukir Di Bintang
Adam (Wan Elyas) seorang chef muda yang bekerja di sebuah
hotel 5 bintang di Cameron Highland, bercita-cita tinggi untuk mendapat tempat
dalam pertandingan memasak di peringkat antarabangsa. Peluang untuk ke
pertandingan tersebut terbentang luas bila Adam mendapat perhatian daripada
Ketua Chef di tempat kerjanya tetapi Adam perlu melalui beberapa pertandingan
sesama chef ditempat kerjanya untuk maju ke pertandingan tersebut.
Dalam masa
yang sama, Adam berkawan baik sejak kecil dengan Jee (Shiha
Mentor), seorang gadis yang berperwatakan kasar. Jee berkerja bersama
keluarganya yang membuka perusahan ladang Strawberry di mana Jee menghantar
bekalan buah Strawbery kepada hotel Adam setiap pagi. Dalam diam, sebenarnya
Jee menaruh hati terhadap Adam tetapi tidak meluahkannya manakala Adam pula
hanya menganggap Jee sebagai teman biasa.
Dalam
kesibukan Adam berkerja sambil menyiapkan diri bertanding dengan sekutu chef
mudanya Rizman di hotel tempatnya bekerja, tiba-tiba muncul Asmara (Tasha Shilla), seorang gadis dari Kuala Lumpur
menginap di Hotel dimana Adam bekerja. Adam sangkakan Asmara ialah seorang
pengintip dari hotel lain untuk mengorek rahsia resepinya bagi pertandingan
memasak tetapi sangkaan Adam meleset apabila mendapat tahu bahawa Asmara adalah
seorang pengkritik makanan.
Malahan
Adam menjadi bertambah mesra dengan Asmara apabila Asmara membantunya dalam
membuat persiapan untuk pertandingan tersebut. Adam telah jatuh hati terhadap
Asmara dan mengetahuinya tetapi menganggap Adam sebagai teman baik sahaja.
Sebenarnya
Asmara telah bertunang dengan Zen tetapi tanpa pengetahuan keluarga dan
tunangnya, Asmara telah berhenti kerja dan melarikan diri ke Cameren Highland
bila mengetahui dirinya menghidap radang hati. Jee lalu memgambil keputusan
untuk menjadi kawan rapat kepada Asmara dengan harapan dapat mencungkil rahsia
siapa diri Asmara sebenarnya tetapi akhirnya Jee terlepas cakap bahawa dia
sebenarnya mencintai Adam.
Dalam
kesibukan Adam menyiapkan diri untuk pertandingan itu, Jee bertemu dengan Adam
dan memberitahu Adam bahawa Asmara telah berpunya dan suka bertukar-tukar
pasangan. Adam merasa amat kecewa apabila terserempak dengan Asmara bersama
tunangnya Zen. Adam lalu melarikan diri dari Asmara tetapi setelah diberitahu
perkara sebenarnya, Adam lalu meluahkan perasaan nya terhadap Asmara.
Manakala
Jee merasa cemburu dan terpukul dengan kehadiran Asmara, sedikit demi sedikit
menukar personalitinya dari perwatakan kasar kepada lebih feminin dimana menjadi
bahan ejekan kawan kawannya. Jee amat berbakat dalam mencipta lagu lalu
melepaskan kekecewaannya dengan mencipta lagu yang berkaitan cintanya terhadap
Adam dan diposkan melalui You Tube. Jee lalu membawa diri ke Kuala Lumpur untuk
mengejar cita citanya menjadi seorang komposer.
Hubungan
Adam dan Asmara bertambah intim, Asmara tahu bahawa Adam amat mencintainya lalu
memberitau Adam, ia memghidapi radang hati dan menganggap Adam sebagai kawan
sahaja. Asmara lalu pulang kepangkuan keluarga bila keadaannya bertambah teruk.
Penyakitnya hanya boleh pulih hanya dengan prosess pemindahan hati dan Adam
rela mendermakan hatinya untuk Asmara. Dalam pada itu Asmara memberitahu Adam
bahawa Jee amat mencintainya. Adam baru tersedar atas keikhlasan cinta Jee lalu
mencari Jee kembali ke Cameron Highland tetapi Jee telah membawa dirinya yang
kecewa ke Kuala Lumpur. Adam nekad untuk memberikan hatinya pada Asmara
walaupun mengetahui risikonya terlalu tinggi.
Berjayakah
proses pembedahan itu kelak? Adakah Asmara berjaya diselamatkan? Bagaimana pula
dengan keadaan Adam selepas pembedahan? Dapatkah Adam bertemu kembali dengan
Jee? Adakah cinta Jee terhadap Adam berkesampaian? Saksikan drama siri terbaru
Samarinda TERUKIR DI BINTANG sebanyak 15 episod mulai 6 November 2013, setiap
hari Isnin hingga Rabu jam 10.00 malam di TV3, terbitan Primesworks Studio.
Jika anda terlepas menyaksikan drama siri ini di kaca televisyen, anda boleh
menontonnya di saluran alternatif menerusi www.tonton.com.my.
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
9 comments
macam menarik ni :) tapi entah dapat tengok ke tak...jarang habiskan masa tengok tv sekarang ni...
selamat menonton...
layannnn.. hehe
Wahh.. mcm best je.. klik2 Inti sini.. :)
wahh macam best jer ^_^
dah tengok sekejap aritu, so far ok ler cerita dia
wah...wan elyas..!
lama tak tgk dia... nur suka dia. :)
mak deqla suka drama ni..
citer baru.....