Mengejutkan, selepas diumumkan antara
kumpulan yang terendah menerima undian di minggu keempat MLM 2013, kumpulan Boboi yang dianggotai oleh Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik mengumumkan di hadapan para penonton bahawa
mereka ingin menarik terus dari gelanggang
MLM 2013.
Menurut Afdlin Shauki, dia tidak bersetuju jika kumpulan Mamu disingkirkan dan merasakan tiba masa kumpulan Boboi berundur untuk memberi laluan kepada pelawak muda untuk
mencari pengalaman dan mengukuhkan nama mereka dalam dunia komedi tanah air.
“Saya
rasa sudah tiba masanya kumpulan Boboi yang sepatutnya disingkirkan kerana kami
percaya kumpulan Mamu layak untuk berada di atas pentas ini dan menimba
pengalaman serta menempa nama sebagai sebuah kumpulan lawak baru. Mengapa saya
dan Harun Salim Bachik ingin menarik diri terus dari MLM 2013 adalah kerana
kami sedar cuma kami antara serpihan pelawak
muka lama yang masih berada di atas pentas ini. Rasanya sejak bermulanya
program Maharaja Lawak Mega sehingga MLM 2013 kami berpeluang secara automatik
untuk terus berada dalam keadaan
selesa di gelanggang MLM. Saya nampak sepatutnya kumpulan seperti Mamu ini diberi
peluang untuk sama-sama belajar dan menimba ilmu serta menempa nama sebagai
kumpulan pelawak muka baru yang
berpotensi tinggi. Tidak adil bagi mereka untuk tersingkir terus kerana
mereka masih tidak mempunyai sokongan peminat yang cukup kuat seperti
kumpulan-kumpulan yang lain,”- Afdlin Shauki
Dalam pada itu, Harun Salim Bachik menafikan
punca utama mereka mahu menarik diri terus dari
gelanggang MLM 2013 kerana mempunyai masalah
dalaman yang menjadi punca utama kemerosotan Boboi dari minggu ke minggu.
“Terus-terang
kami tiada masalah seperti yang anda
lihat. Saya dan Afdlin Shauki rapat seperti biasa cuma kami rasa sudah tiba
kami untuk berundur diri beri laluan
kepada pelawak muda. Jika kami mempunyai masalah dalaman dari awal lagi
kami tidak menyertai MLM 2013. Tetapi selepas berbincang di awal minggu MLM
2013, saya dan Afdlin Shauki bersetuju bahawa jika kami berada dalam kelompok
tiga terbawah, kami akan tarik diri dan
beri peluang kepada kumpulan pelawak lain untuk bersaing. Bukan bermaksud
kami tidak mahu lagi berada di pentas lawak selepas mengundurkan diri cuma kami mengharapkan pelawak muda seharusnya
menimba pengalaman dan menempa nama di hati peminat-peminat yang mengikuti
perkembangan dunia lawak,” - Harun Salim Bachik
Komen mereka pengunduran Boboi dari Maharaja Lawak Mega 2013
Sumber: Page Maharaja Lawak
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
12 comments
mcm tu pulak..
alahai apa cer boboi ne tarik dri..tkut tersingkir la tu..hoh0
alah.....
Assalamualaikum Yumida
mungkin niat mereka baik
manelah tau maybe boboi nak buat kerja2 amal untuk mangsa2 banjir. diorang kan prihatin dengan isu2 semasa
ada makna kenapa Boboi tarik diri malam tadi....
niat boboi baik, untuk sama2 membangunkan industri...apa2pon semoga yang terbaik untuk mereka...^_^
Macam macam hal, dah lama sangat tak buka tv ni hehehe
Ada pro and contra nya.
Nya blakon dlm boboiboy yaa. Kekekeke
terkejut jugak keputusan boboi semalam...
alahaii.. dah kenapa ni?? nak mamu yg keluar.. x best langsung! huhu