Sinopsis Drama Playboy Itu Suami Aku – Episod 1

Selepas seminggu Afina habis study, Afina bekerja di kedai bunga ‘Cinta Florist’. Afina mempunyai adik kembar iaitu Fisya. Walaupun mereka merupakan adik-beradik kembar namun perwatakan masing-masing berbeza.

Afina seorang gadis nerd, berkaca mata tebal, cara berpakaian juga agak kurang feminine, lebih simple. Manakala Fisya pula seorang gadis manja, kasar dan suka berfoya-foya.

Sebelum ini Afina tinggal bersama neneknya di kampung. Manakala Fisya tinggal bersama papa (Encik Rahim) dan mamanya (Puan Azizah) di bandar. Selepas pemergian neneknya, Afina tinggal bersama Fisya di bandar. Situasi ini menyebabkan Fisya sering cemburu dengan kehadiran Afina.

Syaf merupakan rakan sekerja Afina di Cinta Florist. Hubungan mereka sangat rapat. Ketika Afina sedang menunggu bas, sebuah kereta mewah BMW telah melintas di hadapannya dengan laju dan melanggar lopak air di tepi jalan jalan. Akibatnya air itu terpercik kepada Afina.

Di rumah, Fisya telah dimarahi papanya kerana keluar ke kelab malam. Bermacam alasan diberikan oleh Fisya untuk cover diri. Mamanya juga cuba untuk support Fisya daripada dimarahi oleh Rahim, suaminya. Keadaan ini menyebabkan Fisya semakin naik lemak.

Fisya berasa bengang kerana papanya melarangnya keluar bersama kawan-kawan. Dalam pada yang sama, Fisya mendendami Afina kerana ayahnya sering memuji kebaikan Afina.

Afina terserempak Fisya ketika Fisya sedang bershopping dengan buah hatinya. Afina terkejut lantas menyembunyikan dirinya. Namun. Fisya berjaya menghidu kehadiran Afina.

Afina menasihati Fisya. Namun nasihat itu langsung tidak diendahkan oleh Fisya. Malahan Afina dimarahi kerana sibuk dengan urusan dirinya.

King Adrian, seorang jejaka tampan dan playboy. Mempunyai banyak teman wanita yang bersilih ganti. King Adrian telah pergi ke Florist Cinta untuk membeli jambangan bunga. Pada masa yang sama, hanya Afina seorang sahaja di kedai tersebut. Afina gabra kerana tidak tahu cara mengambil order. Perwatakan King Adrian sangat cool dan begitu menggoda. Sesiapa yang memandangnya pasti cair!

Afina mengejar King Adrian untuk bertanyakan kereta mewah BMW yang berwana putih di luar. Seingat Afina kereta itulah yang memercikkan air lopak ke bajunya. Namun pertanyaan Afina tersekat. King Adrian pantas menanggalkan cermin mata tebal Afina, ‘Awak lebih cantik tanpa cermin mata ni’. Afina kaku. Pandangan mata King Adrian hampir membuatkan Afina jatuh! Namun segera disambut oleh King Adrian. Pandangan mata mereka bertaut. –BERSAMBUNG-

Bersambung untuk harini. Nantikan kesinambungannya. Ni sinopsis dari tafsiran aku sendiri berdasarkan episod 1 drama di tv. Hikhik.. Konpius jap. Kat tv taip watak pelakon King Andrian, kat page King Adrian.  Ade 'n' terlebih kat situ. Tapi aku pakai King Adrian..

Playboy Itu Suami Aku - episod 1, Sinopsis Drama Playboy Itu Suami Aku – Episod 1

Saksikan Playboy Itu Suami AkuEpisod 2 pada malam ini (12 Nov 2013)
Jam: 7 petang hingga 8 malam
TV3

Artikel menarik:
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

13 comments

ep1 kurng menyengat myb ep seterusnya akan lbh gempak :)

tadi adalah nmpak kejap..masih blum boleh mengalahkan LYMA..maybe pemilihan pelakon kot bg impak dgn drama ni :)

tak tngok lg drama ni..tak tahu best ke tak..:)

mule2 slow skit...hehe tp masih teringat2 muke zara zya hehehe...

rame org padah novel nya tok best. hehe

T kasih diatas perkongsian.. menabung Inti college sekali.. :)

BBL terlepas episode 2 tadi sebab kena setel kerja. tak jumpa pun video episode 2

tak ikut sangat citer ni.. macam kureng je.. hihi.. tapi tak tahu la kan, kot mula-mula je sebab masih terbayangkan love u mr arrogant :) hikhik

deqla biasa org dok kata best barulah sbuk nak tgk..mcm citer love you mr arrogant tu.. mulalah tgk online.. haha

Kalau pengarahanya baik, barangkali cerita ni boleh jadi lebih bagus dari versi novelnya.

sampai ke hari ni, belum sempat tgk pun lagi..