KLIK BANNER UTK JOIN
As salam
buat rakan pembaca,
Masih tidak
terlewat untuk aku ucapkan salam lebaran buat korang semua. Moga dengan
kedatangan bulan Syawal, lebih banyak azam yang ingin kita capai. Raya oh
raya....sebut je pasal raya..benda pertama yang terlintas di kepala aku
pastinya lemang, ketupat, juadah raya, biskut, kek raya berlapis-lapis
mengalahkan pelangi. Langsir baru, baju baru, cat rumah baru, gelang emas
berbling-bling you! Paling best..bila dapat duit raya. Yey! Seronoknya!
Masa kecik
suasana raya tak dapat aku rasai keseronokkannya. Pasal, persekitaran rumah
kami semuanya dihuni oleh masyarakat cina. Raya ker tak raya..sama je rasanya.
Cuma bila raya aku rasa kaget sedikit tengok bermacam jenis kacang, keropok,
biskut kat atas meja. Angpau raya? Hmmm...aku rasa time tu aku tak kenal kot
angpau raya. Mana tak nye, tak de yang hulurkan aku duit raya.
Huhu.. jangankan kata nak hulur. Takde yang datang berkunjung ke rumah kami.
Masa ni kami tinggal kat kawasan bandar..yang kebanyakannya dihuni oleh
masyarakat cina. Ayah pula..asyik tak dapat cuti raya. So, tak dapat balik ke
kampung nenek. Berayalah kami sesama sendiri di rumah.
Then, masa
umur aku 8 tahun..time ni aku darjah 2. Kami sekeluarga pindah ke kampung.
First time duduk kat kampung..seronoknya! Time tu jalan raya bertar belum ada.
Yang ada hanya jalan berbatu dan jalan simen segiempat. Ala...jalan lama
dulu-dulu tu. Bekalan air dan elektrik belum ada lagi waktu tu. Zaman pelita.
Bila tibanya
hari raya, aku rasa sangat excited! Pasal..aku boleh pakai baju kurung baru.
Yang syoknya aku ada kawan-kawan baru. Semuanya muslim. Kami berjalan raya
bersama-sama di kampung. Pengalaman menyambut raya di kampung memang best. Dari
situ aku belajar..bila berkunjung ke rumah jiran..kita kena bersalaman dengan
tuan rumah. Memberikan ucapan salam sebelum memasuki rumah orang. Duduk sopan,
minum air pun sopan. Yang syoknya..ada tuan rumah yang baik hati bagi kita
orang angpau.
First time
dapat angpau youuu...aku sampai melompat-lompat! Sampai tuan umah pun gelak.
Padahal bagi 20 sen je pun. Hehe..seronoknya beraya kat kampung.
Even
kehidupan penduduk kampung agak kurang berada. Namun, diorang sentiasa bermurah
hati memberikan duit raya kat budak-budak datang beraya. Ada yang bagi 10 sen,
20 sen, 50 sen, paling banyak dapat RM1 tau! Haaa..duit seringgit syiling emas
tu. Korang masih ingat tak kat duit tu? Tu la duit paling famous zaman
dulu-dulu. Umur 8 tahun aku berjaya kutip duit raya sebanyak RM3.10. Alhamdulillah..meriahnya sambutan raya di
kampung, malah dapat duit raya lagi. Best sesangat!
Bila masuk
fasa sekolah menengah. Duit raya makin kurang. Coz sudah bergelar remaja.
Biasanya di kampung, hanya budak-budak sahaja diberikan angpau raya.
Tapi.....even tak dapat duit raya dari orang kampung. Mak ngah, pak ngah, pak
long, mak long, mak usu, pak usu dan saudara mara lain kasi angpau jugak. Nilai
pun besar. Biasanya diorang kasi duit raya RM10 setiap seorang. Bila
dikumpul-kumpul...jadilah banyak. Pernah sekali aku mencatat sejarah di usiaku
15 tahun (tingkatan 3) dapat duit raya sebanyak RM80.
Banyak tuuu... Happy tak terkata. Beli baju, beli seluar, beli buku, beli
jam...haha..macam-macam nak dibeli.
Alhamdulillah,
sekarang aku dah bergelar isteri orang. Raya bertambah meriah dan bermakna
apabila meraikan hari yang istimewa ni bersama suami tersayang. Raya tahun ni
(2013) merupakan detik bersejarah dalam hidup aku. Sebab apa? Tahun ni aku
dapat duit raya paling banyak!!! Rasa macam tak percaya. Syukur
Alhamdulillah..semoga aku sentiasa dimurahkan rezeki. Even dah dapat title
‘wife’ namun masih ada yang bermurah hati menghadiahkan duit raya. Yey!
See..aku masih kanak-kanak riang di mata orang. Ngeee :)
Sini aku
senaraikan penyumbang angpau raya untuk aku tahun ni:
Hb tersayang
RM1200.00
My MIL RM50.00
My SIL(i) RM100.00
My SIL(ii) RM60.00
My SIL (iii) RM30.00
Mak Anjang
sebelah my hb RM50.00
Mak Mok
sebelah my hb RM50.00
Total angpau
raya tahun 2013....RM1540.00. Syukur
Alhamdulillah! Terima kasih pada yang sentiasa menghulur, semoga korang juga
sentiasa dimurahkan rezeki olehNya.
Indahnya
berhari raya,
Masa untuk
semua bersuka ria,
Yang tua
yang muda yang miskin yang kaya,
Selamat hari
raya!
Salam lebaran di pagi Syawal,
Excited bersolat Raya menjadi yang
terawal,
Makan lemang, ketupat dan rendang ikan
bawal,
Beringat-ingat pemakanan hendaklah
dikawal,
Salam Syawal :)
Psssst! Sebelum aku mengundur
diri..nak kasi korang pantun jap. Sambil-sambil tu..moh ler join segmen Cik
Misya: Saya nak duit raya Cik Misya. Teringin gak nak baca pengalaman korang berhari raya bersama duit raya
yang korang dapat. Selamat Hari Raya Aidilfitri u olls :)
TAG:
TAMAT: 20 OGOS 2013
10 comments
semoga berjaya.. :)
Alorrr x leh nak join. Pcprob.
Slmt hr ry..
moga dpt duit raya ye yumida.. good luck.. ;)
GUDLUCK2 :)
membalas kunjungan dari segmen yang sama.. menarik kisah duit raya yumida.. semoga berjaya.. :D
datang singgah sini dari segmen yg sama..
pergh.. siap ada senarai penymbang angpau..
http://pening-pala.blogspot.com/2013/08/segmen-saya-nak-duit-raya-cik-misya.html
Hola!=) Anda di shortlisted! Tunggu pengumuman seterusnya..;) http://www.aimisyahirah.com/2013/08/shortlisted-siapakah-pemenang-terpilih.html
tahniah Yumida
salam Yumida , selamat hari raya ...dah banyak dapat duit raya, bg chance la kat anak pcl eh..haha anyway gud luck !
Tahniah!! Anda pemenang duit raya Cik Misya!!:) Sila lihat link untuk menuntut hadiah. http://www.aimisyahirah.com/2013/08/senarai-pemenang-contest-saya-nak-duit.html
EmoticonEmoticon