CERAH BERSERI RAYA GIVEAWAY with FAIR & LOVELY dan SIEZUKA

KLIK BANNER UTK JOIN



Happy moment picture.
  


Ni ialah salah satu gambar yang menggamit seribu kenangan bersama teman tersayang. Lokasi gambar bertempat di bilik kuliah Universiti Malaysia Sabah. Masa ni Yumida merupakan pelajar tahun akhir. Then, kita orang berkumpul beramai-ramai bergambar sama. Nak buat kenangan katakan. Arh..tetiba rindu pulak pada diorang. Diorang yang dalam gambar ni, antara kawan yang Yumida paling rapat di kampus. Sekepala.

Gambar ni diambil selesai sahaja kita orang menjalani pertandingan lakonan. Cer tengok kat gambar tu, masing-masing masih memegang kertas..itulah kertas skrip kita orang.

Haaa...dalam gambar tu cer teka mana satu Yumida? Klu: paling cerah antara mereka semua. Juga mempamerkan senyuman paling manis seindah suria. Haa..dah jumpa ke? Yumida di barisan belakang, berada di tengah-tengah.

Antara sebab gambar ni dipilih..Yumida nak kongsikan bersama korang semua..hasil pemakaian produk Fair & Lovely. See, kulit Yumida tampak cerah, kelihatan segar berseri-seri. Bila nampak putih cantik ayu jelita..ianya memberikan keyakinan buat diri Yumida dalam apa jua yang Yumida lakukan. Contohnya, semasa pertandingan lakonan ni, Yumida membawa watak dengan bersungguh-sungguh penuh confident! Kerana kecantikan itu membuatkan diri ini begitu berharga, istimewa di mata orang lain :)


Nyatakan kenapa korang berminat untuk menyertai giveaway fair & lovely dalam membantu sambutan kemeriahan Hari Raya korang.

Antara sebab paling utama Yumida ingin menyertai giveaway Fair & Lovely ni kerana hadiahnya sangat gempak! Iaitu 1 SET Hamper Produk Fair & Lovely Bernilai RM50.00. Moga Yumida terpilih antara 10 blogger bertuah tersebut. Insha Allah...

Lebih-lebih lagi nak sambut Hari Raya, keinginan untuk memiliki produk Fair & Lovely ni membuak-buak. Tambahan pula Yumida pengguna tegar Fair & Lovely. Pemakaian produk Fair & Lovely bermula sejak tingkatan 1. Produknya yang murah, yang mana boleh dimiliki oleh setiap lapisan masyarakat..ye la zaman sekolah menengah mana mampu nak beli produk kecantikan mahal-mahal. Rata-rata di sekolah menggunakan produk Fair & Lovely ni.

Selain harganya yang murah yang mampu dibeli oleh semua orang, keberkesanannya dalam mencerahkan kulit juga terbukti! Testimoninya daripada Yumida sendiri. Produk ni dipakai dari alam sekolah menengah sehingga Yumida masuk universiti. Memang benar ianya membantu mencerahkan kulit Yumida. Boleh tengok gambar ni zaman universiti.



See...kulit tampak cerah, putih..malah membuatkan kulit Yumida kelihatan berseri-seri!

Bila kulit semakin cerah, penampilan diri nampak mempersonakan. Especially bila Hari Raya...yang memerlukan kita memberikan layanan terbaik buat para tetamu yang datang. Kulit yang nampak cantik dan sihat memberikan keyakinan dalam diri kita. Diri ini menjadi lebih ceria tatkala beramah mesra di Hari Raya. Itulah aura pemakaian produk Fair & Lovely.

Tambahan pula, dengan pemakaian produk Fair & Lovely ni boleh menghilangkan bintik-bintik hitam di wajah, mencerahkan lingkaran hitam dan mencerahkan tona kulit secara menyeluruh! Fair & Lovely penyelamat daku di Hari Raya. Dengan adanya Fair & Lovely, dapat la menutupi kekurangan yang ada di wajahku. Diri menjadi lebih berkeyakinan dan ceria di Hari Raya.

Sebab tu lah hati Yumida ni meronta-ronta ingin menyertai giveaway ni. Dengan harapan dapat la terpilih dalam memenangi 1 SET Hamper Produk Fair & Lovely Bernilai RM50.00. Manalah tahu kan...rezeki..


Nyatakan vitamin yang terkandung dalam Fair & Lovely Advanced Multi Vitamin ni.

Vitamin yang terkandung dalam Fair & Lovely Advanced Multi Vitamin ni mengandungi vitamin B3, C dan E.

TAMAT: 24 OGOS 2013

3 comments

Hi Winners,

Email Nurul

Nama Penuh
No. Tel
Alamat Rumah

dekat : ciksiezuka@gmail.com untuk pengeposan hadiah..

Tahniah & Terima kasih.. :)


EmoticonEmoticon