Cerita Hari Raya Contest


KLIK BANNER UTK JOIN


As salam buat rakan pembaca,


Syukur Alhamdulillah kupanjatkan padaNya kerana diberikan peluang untuk menyertai Cerita Hari Raya Contest yang dianjurkan oleh dressuana.blogspot.com. Dengan rasa terujanya, aku nak share kisah beraya aku bersama korang. Jom sama-sama hayatinya.

Alhamdulillah...raya tahun ni aku rasa seronok sekali. Sebab apa? Pelbagai perasaan gembira, ceria, kelakar...semuanya bercampur aduk dengan kedatangan Aidilfitri kali ni. Memberikan kenangan terindah buat diriku. Ala-ala kenangan masam-masam manis gitu. Yang specialnya pasal raya tahun ni, aku meraikannya bersama yang tersayang. Suami tercinta :)




HARI RAYA PERTAMA



Pagi Syawal, ketika bergemanya takbir raya yang kedengaran tidak jauh dari masjid. Kami sekeluarga kelam kabut mempersiapkan diri untuk sembahyang raya. Semuanya gara-gara terlewat bangun. Haha.. Malam sebelum tu dek ghairah nak sambut raya kita orang semua tidur lewat. Bekerja keras menghias rumah. Bila bangun..nah rasakan! Semuanya kelam kabut.

Misi aku menyediakan baju melayu untuk hb. Actually dah di seterika malam sebelumnya. Tapi tak jumpa! Cari punya cari...penat jugak mikir kat mana aku sangkut baju melayu tersebut. Padahal lokasi terakhir yang aku ingat dekat sofa. So, aku pun tanya la kat kakak ipar aku tu. Mana baju melayu yang tersidai kat situ. Rupa-rupanyaaa....dah masuk sekali dalam mesin basuh! Frust menonggeng. Dah la baju baru..siap dah seterika lagi tu. Coz masa nak tukar langsir malam tu, kain langsir diletakkan jugak kat atas sofa. Nak dikumpul untuk dicuci terus. Dengan baju melayu tu sekali masuk dalam washing machine. Huhu... Hmmm..redho je la. Aku pun cari baju melayu yang lain untuk hb aku. Baju melayu tahun lepas nyer. Tapi tak sempat nak seterika..nak buat macam mana. Kang dah habis pulak orang solat raya.


Selepas solat raya, kita orang berkumpul seisi keluarga. Kini tibanya saat gembira dan sedih. Kami bersalaman meminta maaf antara satu sama lain. Situasi yang penuh emosi. Usai sahaja bersalaman, duit raya dihulurkan. Tanpa mengira yang tua dan muda semuanya merasa kegembiraan menerima angpau raya. Nilai wang bukan menjadi faktor pengukur. Yang penting kehepian semua orang mendapat sampul raya. Riuh rendah jadinya.

Yang best nya...aku pun dapat duit raya gak. Yey! Raya tahun ni (2013) merupakan detik bersejarah dalam hidup aku. Sebab apa? Tahun ni aku dapat duit raya paling banyak!!! Rasa macam tak percaya. Syukur Alhamdulillah..semoga aku sentiasa dimurahkan rezeki. Even dah dapat title ‘wife’ namun masih ada yang bermurah hati menghadiahkan duit raya. Horrey! See..aku masih kanak-kanak riang di mata orang. Ngeee :)

Pssst! Nak tahu tak jumlah duit raya yang aku dapat di pagi raya tu? Kesemuanya berjumlah RM1440.00. Aaaaa....macam tak percaya dapat duit raya sebanyak tu! First time lagi tu. Syukur Alhamdulillah! Terima kasih pada yang sentiasa menghulur, semoga korang juga sentiasa dimurahkan rezeki olehNya. Dedikasikan khas buat hb tercinta (RM1200), mother in law (RM50), sister in law (RM100), sister in law (RM60) dan sister in law (RM30). Yey! Ada duit raya..

Hari Raya Pertama pada sebelah petangnya pula, kami plan nak berkunjung ke rumah sanak saudara yang terdekat. Raya pertama katakan...semangat berkunjung dari satu rumah ke rumah berkobar-kobar. Tambahan lagi tersedia juadah menanti kedatangan kami sekeluarga. Ada yang bertanya resepi kek, resepi biskut, rahsia membuat rendang yang awesome rasanya. Siap ade yang bergosip-gosip. Haha...itulah kemanisan bila kita dapat berkumpul beramai-ramai.


Masa tu aku dan hb bawak si cilik comel, Lya. Dia ni anak buah aku. Umur baru 3 tahun. Masa nak bawak dia pergi berziarah raya, parents dia tak ikut. Pasal..kita berdua bawak dia curik-curik keluar. Hehe.. Parents dia tak tahu masa tu. Coz pergi beraya ke tempat lain. Haa...kita orang pun ambik kesempatan. Bawak si kecik ni berjalan. Al-kisahnya..sampai kat umah saudara sebelah hb, tetibe si Lya ni ‘buat hal’. Kecoh serumah dibuatnya! Boleh pulak dia pergi lepaskan hajat kat sofa rumah orang. Huhu...segan tak terkata. Silap kita orang jugak. Pasal tak pakaikan dia pampers. Huhu..sempat mandi dan pinjam baju tuan rumah. Nasib baik tuan rumah cool. Segan tu..segan la jugak. Kikiki.. pengajarannya jangan bawak anak orang sesuka hati. Kan dah dapat padahnya. Haha.. Bila story balik kisah ni kat parents si Lya tu, diorang gelak tergoleng-goleng.

Jam 8.30 malam..selesai sahaja solat Isyak, aktiviti membuat asap mula menular. Umpama berperang je bunyinya. Aku seperti biasa, main bunga api jenis dawai dengan anak-anak buah. Manakala hb aku pula, main bunga api 16 das. Syok! Berdentam-dentum. Pancaran bunga api yang pelbagai warna menghiasi ruangan langit. Korang nak tahu. Acara bermain mercun dan bunga api bermula selesai sahaja habis solat Isyak sehingga ke tengah malam! Syok wooo.... Seronoknya berhari raya :)


HARI RAYA KE-2



Plan kami sekeluarga nak pergi beraya ke rumah atuk. Satu-satunya atuk yang masih hidup. Perjalanan ke rumah atuk mengambil masa selama 4 jam. Memandangkan di musim perayaan kereta banyak di jalan, so ianya memanjangkan lagi tempoh perjalanan kami. Bukan tu sahaja, nak tunggu giliran naik feri aduhai lama bebeno. Panjaaaang barisannyaaa. Macam tak bergerak.

Kami sampai di pangkalan jeti Simunjan pada jam 9.30 pagi. Setia menunggu.. Menonton orang yang lalu lalang ke gerai. Siap berposing pelbagai gaya dalam kereta. Last-last jam 11.30 pagi baru dapat naik ke feri. 2 jam menanti menaiki perut feri. Alhamdulillah..akhirnya kesampaian jugak.

Riangnya berhari raya...berkumpul ramai-ramai cenggini..nampak meriah!

Selepas beberapa jam di rumah atuk. Jam 3 petang kami berkira-kira nak balik. Hujan turun renyai-renyai membasahi tanah bumi. Memandangkan rumah atuk belum sampai jalan bertar lagi. Kawasan berjalan kaki tadi tu menjadi becak. Hohoho..pengguna bertumit tinggi menjadi panik seketika. Mencari jalan..macam mana nak lalu jalan yang berbecak tu. Kalau jalan pakai heel, kompom tenggelam ke dalam. Erk..macam mana nak gerak..huhuhu..

Alhamdulillah..hb yang baik hati mempelawa aku memakai sandalsnya. Baiknye! So sweet! Terharu aku dibuatnya. Dia pulak balutkan kaki pakai plastik. Hehe..nampak kiut pulak. Masa nak lalu kawasan berbecak tu, kami jalan berpegangan tangan. Bukan apa..aku takut nanti dia tergelincir kat kawasan becak tu. Plastik tu kan licin. Kang tak pasal-pasal baju melayu dia kotor jatuh tersembab kat situ. So, aku pegang la tangan dia. Family yang lain kecoh menyakat kami berdua. Katanya kami ni umpama pengantin baru. Ahaha! Rasa romantik bila jalan berpegangan tangan. Jeles la diorang tu..kikiki..

Sampai kat kereta, semua sibuk mencuci kaki lepas melalui jalan berlumpur tu. Masa perjalanan balik tu kan..kita orang kena naik feri yang sama tadi tu. Huhu..ni la dugaan menunggu paling lama. Bayangkan korang. Kita orang sampai di pangkalan jeti jam 4 petang. Tunggu punya tunggu..tak jugak dapat masuk ke perut feri. Jam 8.30 malam baru dapat menaiki feri. Imagine kan korang. Kami menunggu selama 4 jam setengah. Lama giler. Kat sini kalau musim perayaan kompom barisan feri ni akan jammed. Tapi nak buat macam mana. Tu je pilihan yang ada. Redah je la.


HARI RAYA KE-3



Raya ke-3 kita orang buat open house. Jemput saudara mara, rakan taulan, member sekampung, member lama datang ke rumah. Open house bermula jam 2 petang hingga 9 malam. Ramai jugak tetamu yang datang. Penat tu penat la jugak. Tapi seronok! Penat yang berbaloi gitu.


 Tapi kan...tercipta sejarah bila..tetibe blackout jam 8.50 malam! Huhu.. nasib baik tak ada tetamu masa tu. Kecoh seketika. Yang kecil berteriakan. Yang besar mengusik yang kecil. Macam-macam bunyi boleh dengar. Hehe.. Time-time blackout macam ni, lilinlah yang menjadi penyelamat. Nak pakai pelita, takut rumah hitam berjelaga. Boleh pulak blackout di malam raya erk. Macam tak sporting pulak. Hehe.. Haaa...ker dia suruh semua orang tidur awal kot. Hahaha.. Tapi blackoutnya tak lama pun. Jam 9.15 malam..elektrik kembali seperti asal. Syukur Alhamdulillah..

Syoknya saat berhari raya. Perayaan yang disambut setahun sekali. Memang penuh kemeriahannya. Sampai di sini saja kisah hari raya yang dibawakan olehku. Hope korang semua enjoy menghayatinya :) Assalamualaikum...

Indahnya berhari raya,
Masa untuk semua bersuka ria,
Yang tua yang muda yang miskin yang kaya,
Selamat hari raya!

Salam lebaran di pagi Syawal,
Excited bersolat Raya menjadi yang terawal,
Makan lemang, ketupat dan rendang ikan bawal,
Beringat-ingat pemakanan hendaklah dikawal,
Salam Syawal :)

Psssst! Sebelum aku mengundur diri..nak kasi korang pantun jap. Sambil-sambil tu..moh ler join kontes Dressuana ni: Cerita Hari Raya Contest. Teringin gak nak baca pengalaman korang berhari raya. Selamat Hari Raya Aidilfitri u olls :)



TAMAT: 24 OGOS 2013

4 comments


EmoticonEmoticon