KLIK BANNER UTK JOIN
As salam buat rakan pembaca,
Mengumumkan...Yumida ada kenalan rakan blogger
baru. Alhamdulillah..laman sosial banyak memberi manfaat pada diri Yumida.
Rakan baru maya bertambah dari sehari ke sehari. Melebarkan ukhuwah ke seluruh
dunia..hanya di hujung jari sahaja.
Terbaru...ehem-ehem...Yumida nak memperkenalkan
pada korang semua. Penulis blog LimeCreative’s Blog
Wajah blog LimeCreative’s Blog:
Komen blog:
Blog kelihatan kemas, simple, loading pun laju. Susunan
widget yang teratur. Sedap mata memandang. Nak baca pun senang. Latar belakang
blog berwarna hitam lantas menaikkan seri header blog yang berwarna hijau limau.
Terpegun
dengan ketampanan header LimeCreative’s Blog...unik,
kreatif, asli, awesome! Pertama kali Yumida singgah ke blog ni, Yumida
terpesona dengan kekacakkan header LimeCreative’s
Blog. Tak sangka empunya blog ni punya bakat yang besar dalam bidang
melukis. Berjiwa seni.
Menggunakan tema ‘Ramadhan Mubarak’ sememangnya
membuatkan diri Yumida merasai aura Ramadhan di bulan yang barokah ni. Disisipkan dengan logo blog iaitu picture buah limau.
Hmmmm...setiap kali Yumida tengok picture ni asyik nak telan air liur je.
Teringat kesedapan air limau ais.
Yumida cukup kagum dengan usaha tuan blog LimeCreative’s Blog yang mana cukup kreatif dalam
mereka cipta hasil lukisan sendiri. Di setiap entrinya, disertakan dengan pic
yang di design oleh LimeCreative’s Blog sendiri.
Menarik..unik..kebaboom!
Pada pandangan Yumida sendiri, blog seperti LimeCreative’s Blog mempunyai trademark nya tersendiri. Blogger pelukis. Blog ini lebih mudah
dikenali pembaca dengan trademark bakat lukisannya dalam mengolah entri. Pasti
meletakkan ia dengan kedudukan yang sangat kukuh di alam blogging.
LimeCreative’s Blog bukan
sekadar blog yang cantik, tampan dengan hasil lukisannya...malahan di setiap
entrinya penuh bermesej! Berkongsi mengenai tips, panduan, maklumat buat para
pembacanya. Blog seperti inilah yang kita damba-dambakan. Berkongsi info yang
bermanfaat bersama pembaca lain. Alhamdulillah..perkongsian yang sangat baik
yang amat membanggakan!
Haaa... LimeCreative’s
Blog jugak mempunyai page facebook yang aktif! Pengikut page Lime
Creative bertambah dari
sehari ke sehari! Wah...alhamdulillah! Banyak betul peminat. Jom ramai-ramai
terjah page Lime Creative
ni:
Siapa nak tengok empunya diri LimeCreative’s Blog? Sila angkat kaki! Hehe...
Inilah jejaka model pemilik LimeCreative’s Blog. Seperti Yumida jugak, orangnya menggunakan
picture doodle sebagai pengenalan diri. Dikenali sebagai Nan-Lime. Doodle berkulit sawo
matang..segak bergaya! Salam perkenalan daripada Yumida :)
Istimewanya
mengenai LimeCreative’s Blog:
Pada pandangan Yumida sendiri, Yumida suka membaca
entri yang dihasilkan oleh LimeCreative’s Blog.
Penggunaan ayat yang santai. Memudahkan pembaca untuk memahami mesej yang
disampaikan dalam entri. Mereka cipta gambar/ doodle bagi mewakili mesej yang
ingin diketengahkan. Kreatif! Itulah gambaran tepat buat pemilik LimeCreative’s Blog. Membuatkan para pengunjung
terhibur dengan sajian gambar yang disediakan.
Jom mengenali Nan-Lime dengan
lebih dekat. Beliau mempunyai 2 buah blog iaitu Blog.Lime.my
dan Awesome.Lime.my. Manakala
mempunyai 2 buah akaun facebook juga iaitu Lime
Creative dan Lime
Gadget. Memasing mempunyai peranannya yang tersendiri.
Terkini!!! Beliau sedang menganjurkan kontes yang dikenali sebagai Contest Blogger Jejaka Jambu. Sesiapa yang
berminat..jemputlah ramai-ramai join kontes ni. Hadiah pun menarik tau. Mana
tahu kot-kot terlekat salah satu hadiah powerbank
tu. Haaa...kan namanya rezeki. Jomlah join.
Macam Yumida pulak...pilih title Jejaka Jambu Semasam Lime Punya Idea Kreatif. Jejaka Jambu a.k.a Nan-Lime.
Hmmm...sebut je nama LimeCreative’s Blog kecur air
liur ni, teringatkan air limau. Mmm...sedap! Masam-masam manis gitu! Limau
bukan sebarang limau..limau yang special nyer! Kreatif! Inovatif!
Sepatah dua
buat LimeCreative’s Blog:
Moga perkongsian ilmu di antara kita akan sentiasa
dikembangkan. Supaya pembaca di luar sana sentiasa mendapat faedah hasil
pembacaan daripada blog kita. Sokongan daripada rakan blogger umpama suntikan
motivasi menyemarakkan lagi dunia blogging. Kekreatifan dalam menjana entri
merupakan satu bonus untuk menarik lebih ramai pembaca! Nan-Lime...selamat datang ke alam
blogging dan salam perkenalan daripada Yumida.
1 comments so far
kreatif betol =) pttlh mng
EmoticonEmoticon