Layan Mamee Chef Perisa Tom Yam Thai


Sape pernah makan Mamee Chef ni? Ini merupakan kali ke-2 aku beli dek kerana kesedapannya. Apa yang membuatkan Mamee Chef ni lain daripada mi segera lain. Ia mempunyai sedikit sentuhan daripada chef. Ade udang kecik yang rasanya seakan udang real. Tapi ia depend dengan flavour mee tersebut. Ade gak Mamee Chef disertakan dengan cendawan shitake dan juga tauhu.
  


Haaa...gini la rupa pek Mamee Chef Perisa Tom Yam Thai yang aku beli. Dalam pek ni ade 5 bungkus mi. Harganya RM5.40.
  


Yeah... Mamee Chef Perisa Tom Yam Thai satu! Nak tahu isi dalamnya tak? Meh scroll bawah sikit.
  


Taraaa! Mi nya agak lain daripada mi segera biasa. Bentuk bulat gitu. Disertakan dengan 3 perencah sebagai perasa mi.
  


Untuk menambah kelazatan mi ni, aku tambahkan sedikit sayur-sayuran. Ku lemparkan segenggam cangkuk manis ke dalam mi. Biarkan lama sedikit. Untuk melayukan sayur cangkuk tu. Tapi kalau nak tambah sayuran lain pun boleh. Terpulang ada apa di dalam peti sejuk korang. Nak letak sayur sawi, carrot, kobis, tauge, tauhu, cendawan and so on. Masukkan je..janji ia masak.
  


Lepas tu, aku masukkan sebijik telur. Before tu..pastikan telur tu dah dibasuh dahulu. Untuk pastikan ia benar-benar bersih. Barulah selera nak makan kan. Kalau korang nak tambah benda lain pun ok gak macam sosej, fishball, daging ayam and etc. Makin banyak bahan dalam mi tu..makin meriah la! Ala-ala hari raya gitu.



Hasilnyaaaaaa..nyum! nyum! Menyelerakan!

29 comments

memang menyelerakan, .. tu telur cenggitu, feveret mama nih.. hihi

Tak pernah beli lagi yang ni.. tapi teringim jgk la nak rasa..

mun perisa tom yam kmk x penah campo ngan telo koh.,lain rasanya.. hehe

memang sedap mamee chef ni kan...dik an beli habis 5 bungkus tu kat dik an sorg je sbb sedap sngt..huhu

Memang selera betul nampak..nak cuba rasa jugak ni..

dah lama xmkn meggi.. sis pernah makan mamee siam x..? lagi sedap..

dah lama xmkn meggi.. sis pernah makan mamee siam x..? lagi sedap..

baru tahu ada megi ni..nak cubalah jgk =)

dah lama tk buat meggi cam ni..tringin plk..hee

sedap ya tek..hihi...tapi telur ya cik akak sik mok makan..gik mantak..hihi

aihhh.. berzapin terus perut nii.. haha

belom penah cuba gik. pastok beli lah. hehe :D

okay sejujurnya belum pernah cuba, tapi entry yumida buat nur teringin nak mencuba... :)

kalau lapo sental jer!!!hakhakhak!!!

suka tom yam dan kari.mi begitu kenyal..ceh macam iklan daaa....perghh terangkat.

tak tau dah berapa kali beli sebab semua kat rumah suka..tak boleh selalu,sekali-sekala oklah he3...

Belom penah gik kamek merasa.. Hihi..

assalamualaikum yumida...mmg nampak sedapnya...:)

Salam, namapak mcm menyelerakan je. tapi jenis tak makan maggie sgt.

nmpk sdp... nk try jugak la..tp jgn mkn slalu ye...hihi...

terliur pulak tgok megi ni..simple tp menyelerakan

nmpak mcm sedap.. x pernah try lagi mee segera jenis ni.. tapi hari tu ada member rekemen. katanya memang sedap.. nanti nk try.. heheh

hehehehhxD senang je.. smua dah ada,, kah3.. megi lain simple jee...

yes.. makanan tersebut memang menyelerakan cik yumida.. serius..(kan dah meleleh air liur saya ni..cis!!)

tak pernah test megi lain selain maggi dan pama... ruski pernah beli sekali...


EmoticonEmoticon