KLIK BANNER UTK JOIN
Gambar di
atas diambil ketika bas yang kami naiki rosak di tengah jalan. Apa yang
membuatkan kami seriau, ketika itu jam telah menunjukkan pukul 11.30 malam.
Hampir tengah malam! Suasana gelap gelita. Hanya terdengar lolongan anjing dari
jauh. Ada di antara kami yang ingin membuang air kecil, air besar..kerana
tempoh perjalanan yang agak jauh. Jadi, pemandu bas tidak singgah di mana-mana
stesen minyak berdekatan. Suasana malam yang pekat, ditambah lagi dengan
kehadiran semak, pokok, hutan di sekeliling membantutkan niat murni kami.
Perancangannya
tidak seharusnya terjadi begini. Bas yang sepatutnya bertolak jam 2 petang
telah ditunda ke jam 6 petang. Penantian yang sia-sia selama mana 4 jam
berlalu. Kumpulan kami merupakan trip ke-4 mengikuti rombongan kajian luar ke Banjaran Crocker, Sabah. Tujuan kami ialah
untuk mengkaji mengenai tumbuhan hutan dan persekitaran hutan.
Perjalanan
yang sepatutnya memakan masa hanya 3 jam telah bertukar menjadi 5 jam! Keadaan
jalan yang tidak rata, banyak selekoh, juga dikelilingi gaung sepanjang
perjalanan membuatkan aku sedikit resah. Ditambah lagi dengan hujan menyebabkan
pergerakan bas berjalan dengan perlahan akibat licin. Rasa tidak selamat.
Ya..aku akui yang itu. Kondisi bas yang lama tanpa penyaman udara berfungsi
kurang baik membuatkan aku mabuk sepanjang perjalanan. Lebih memalukan bila
penumpang yang duduk di sebelah aku adalah student
lelaki. Siap minta plastik lagi dari dia untuk aku muntahkan segala apa
yang ada di perut. Memalukan! 5 kali muntah..5 beg plastik yang dia hulurkan!
Uargh...! Malunya aku! Padahal sebelum bas bertolak kami siap berkenalan antara
satu sama lain. ‘Awek muntah’...pasti dia labelkan aku seperti itu.
Bas telah
masuk sebahagian badan hutan. Memandangkan jalan yang dilalui hanya tanah
kuning tanpa jalan berturap, ia telah menyebabkan tayar bas terkandas di dalam
tanah. Akibat menekan pedal minyak terlalu lama, dengan kekerapan menukar gear
bas untuk menggerakkan tayar..tiba-tiba enjin bas mati! Tanpa dapat di start
lagi. Laaa...sudah! Kami terperangkap di tengah hutan! 30 minit lagi
menunjukkan jam 12 tengah malam. Seram, gerun, takut..semua perasaan
bercampur-baur. Agak lama jugak kami ter-stuck di situ..panik! Akhirnya, kami
telah membuat keputusan.
Kami
berjalan kaki di tengah malam untuk singgah mana-mana rumah yang bakal kami
jumpa. Gelap gelita. Hanya berpandukan lampu suluh kecil. Hampir 1 jam kemudian,
kami tiba di sebuah rumah. Ketika itu jam sudah menunjukkan pukul 1.15 pagi. Kami
meminta kebenaran untuk bermalam di situ. Manakala pelajar lelaki membuat
khemah di luar rumah. Begitulah kisah kami terperangkap di tengah hutan.
Walaupun ia kisah yang pahit, namun memberi pengalaman manis bersama
rakan-rakan tersayang. Dari dalam gambar..sahabatku Mimi, Jai, Us dan yang
hujung belah kanan tu Yumida. Ah..tetibe rindu kat diorang. Moga sahabatku
semua sukses dalam kerjaya masing-masing dan bahagia bersama insan tersayang.
EmoticonEmoticon