Hari
ini 14 Jun 2013...blogger famous amos kita dijemput sebagai tetamu undangan dlm
Wanita Hari Ini..di TV3 bermula 12 tengah hari sehingga 1 petang. Rancangan yg
mengambil masa 1 jam ni membincangkan topik Suamiku Surirumah.
Actually,
beberapa hari yg lepas..aku ade terpandang status yg di update oleh bro Ben ni
dlm fb. Katanye dia bakal dijemput dlm WHI..Jumaat ni. So, aku pun record la
rancangan ni. Takut ter-miss pulak kan. Mudahnya dgn PVR, segalanya blh direcord
tanpa perlu kita menunggu n terpacak depan tv. Yeah..kasi promote sikit.
See..beginilah
rupanya hasil rekod menggunakan PVR nih. Bila2 free boleh tengok program yg dah
di rakam nih. Nak ulang tayang beberapa ratus kali pun blh. Paling bez blh kasi
cepatkan iklan tanpa perlu menunggu lama2.
Temuramah
ni membabitkan 2 orang pengacara popular WHI iaitu..
Nor Azzura Azizul Azman & Hazrena Kassim
Temuramah PART 1
Pengacara:
Jom kita bersama dgn seorang
suami yg banyak melakukan tugasan di rumah iaitu bersama dgn Encik Ben Ashaari. Terima kasih bersama
dgn kami hari ni...dan juga seorang blogger.
Ben Ashaari:
Terima kasih..
Temuramah PART 2
Pengacara:
Sekarang ni sukar utk
masyarakat kita nak menerima sepenuhnya. Mungkin Encik Ben blh terangkan
sedikit bermulanya orang kata satu impian ataupun keputusan utk menjadi
surirumah dlm masa yg sama bergelar blogger ni. Apa yg membuatkan Ben sendiri
membuat keputusan yg saya rasakan cukup besar nak menjaga rumah tangga, anak2
dan sebagainya.
Ben Ashaari:
Ok.Apa yg membuatkan saya
membuat keputusan utk menjadi surirumah tangga ni.. Bukan mudah sebenarnya.
Tapi selepas dapat tahu wife mengandung..dlm 2 tahun mencuba. Saya nekad nak
jaga anak sendiri. Nak membesarkan anak sendiri. Pada masa yg sama jugak, saya
nak menjana pendapatan melalui rumah. Maknanya saya tak perlu tinggalkan dia.
Ataupun kena keluar pejabat dan letak anak pergi taska. Di pejabat pun saya
kena fikir utk anak2 dekat taska tu jugak. Jadi, saya rasa tanggungjawab utk
jaga anak sendiri setelah berbincang dgn isteri dan juga keluarga.
Pengacara:
Jarang2 kita dengar suami
bertanggungjawab jaga anak sendiri ye. Sejak bila tu Encik Ben? Blh terangkan
sedikit.
Ben Ashaari:
Dekat 2 tahun saya bergelar
surirumah tangga. Saya bergelar blogger dah 5 tahun. Jadi, 2 tahun tu memang
mencabarlah. Saya sendiri mencabar diri saya sendiri. Bagaimana nak jaga baby
dari kecik tu hingga ke besar. Menyusu..nak tukar pampers semua tu kan. “Boleh ke
abang buat?”. Tapi, saya cuba.
Temuramah PART 3
Pengacara:
Cerita sebegini saya tertarik
sebenarnya..macam mana agaknya reaksi di
peringkat awal? Keluarga Encik Ben blh menerimanya. Tetapi bagaimana dgn
mertua? Adakah blh menerima situasi yg dialami tu mungkin?
Ben Ashaari:
Mula2 sukar jugak. Lebih2 lagi
nak jaga baby yg kecil tu..boleh ke saya muda nak tukar pampers seorang diri.
Berkat tunjuk ajar drpd mertua sendiri dan juga isteri, dan juga rakan2 di
internet. Mereka ada bagi galakkan. Kalau ada masalah pun saya akan tanya
mereka dan bagi tunjuk ajar. Dari situ saya dapat semangat. Maknanya kalau
mereka blh buat..perempuan blh buat..lelaki tak kan lah tak blh buat.
Pengacara:
Tapi yg pastinya Zura..saya
percaya Encik Ben ni bertuah kerana mendapat kepercayaan isteri utk menjadi
suri rumah.
Haaa..gitulah
al-kisah temuramah tu. Berpeluh2 aku rakam video nih. Mula2 record pakai PVR.
Then, nak ambik data tu x blh transfer ke lappy. So, aku record semula pakai
camera Sony. Nampak bergoyang2 sedikit video tu. Al-maklumlah aku ni jurugambar
x professional. Ahahak... Then, after berjaya dirakam, aku pindahkan data ke
lappy. Seterusnya di upload ke youtube. Supaya korang semua blh tengok. Baik x
aku? Hewhewhew..
Meh
kasi LIKE fanpage aku..kita geng wokeh..
*Tak
dinafikan tugas sebagai surirumah merupakan tugas yg amat mencabar dari segi
mental dan fizikal. Sering kali tugas ni di anggap enteng oleh sesetengah
pihak. Aku amat kagumi seseorang yg bergelar surirumah yg hebat di dapur, hebat
mengemas rumah, hebat menguruskan anak2/ keluarga, hebat meletak hala tuju
penghuni rumah. Sesekala..kita berikan rehat pd surirumah kita sebagai tanda
penghargaan kita pd mereka. Especially bila weekend tuuu...manfaatkanlah
penyapu, periuk, kuali..dgn sebaiknya. Hikhikhik..
24 comments
tq share... wpun duduk rumah tapi still ada pendapatan. Best jadi wife dia, balik rumah semua dah settle..lalalala
Dah nak tamat baru tgk tadi.. tu kali pertama tgk Ben Ashaari dan dengar suara dia.. dgr tajuk dan blogger je dah bleh agk mesti Abg Ben...terus berlari depan tv.. BETOL RUPANYA!!
doodle untuk peserta segmen tercepat by ASJ dah siap.. jgn lupa ambil.. :)
http://sherlyanna-angiela.blogspot.com/2013/06/doodle-untuk-peserta-segmen-tercepat-by.html
cikna tengok jugak tadi. ingatkan ada qhaliff sekali. ;)
kagum dengan Abg Ben..berani untuk mencabar kemampuan diri. bukan senang utk jadi surirumah kan. kita yang perempuan ni pun kadang mengaduh penat
First time dengar suara Abang Ben.. Hihi..
Berpeluh2 awk merakamnya dgn PVR hehe...promote banyak tu :P
BA memang bertuah dpt kepercayaan isteri jadi surirumah..
ye ade tgok bro Ben ni kat tv3 tongah hari tadi. cool jd surirumah.
gitu
amal astro biasa jerr...
xde rekod2 ni.. hehe
js pun xsmpt nk tengok prog tu..nasib yumida ada rekod..hehe
wah best jugak ada pvr ni..hehehe boleh pujuk hubby ngeee...best kan boleh rekod apa kita suka..
itulah bangga dengan kawan blogger macam BA...boleh jadi contoh kepada pasangan lain yang mungkin berdepan situasi sebegini ^^
oh, maksudnya abg Ben tak takde pergi kerja lah ya, buat duit dari rumah jer.. baru sy tahu.
Untung jd bini dia.
Macam mana masukkan video tu ek. Siap ada gambar lagik.
fuh! sis siap rekod? memang peminat tegar ben ashaari ni hehehe.
haa ? dia tu mmg suri rumah ke ? haha,
Wahhh...yumida rekod, dapatlah Nur tgk...tak tgk, Nur kerja hari ni... :)
sy pn baru tgok dkt tonton tadi.. hehehe.. biasalah rumah xde tv...huhuhu sib baik ada tonton..hehehe
sy pn baru tgok dkt tonton tadi.. hehehe.. biasalah rumah xde tv...huhuhu sib baik ada tonton..hehehe
bagusnya abg ben hihi
ehe...nampaknya...akak sorang je yg tak kenal ben...ekkkiiii...
pergh... kalau boleh buat pendapatan kat rumah, x de hal rasanya kalau suami nk jadi surirumah. heheh
terbaiklah Ben Ashaari..
xde hal rasanya kalau masing2 leh handle tugas baru masing2 :))
EmoticonEmoticon