KLIK BANNER UTK JOIN
A. Pada usia berapakah
yang anda paling suka sepanjang kehidupan anda?
Saat yang sentiasa manis dalam hidupku
ialah ketika aku berusia 10 tahun
(darjah 4). Zaman yang sangat indah dengan kenangan silam yg tersangat
nakal dan perangai yang pelik-pelik. Segalanya inginku eksperimen! Nak tahu?
Mencukur
bulu kaki, bulu tangan dan kumis
Suatu hari aku terlihat ayah aku
sedang mencukur misai. Misai yg hitam dan lebat! Terdetik di hati aku, kalau
aku tak cukur..nanti aku juga punya misai seperti ayah! Aaaaa! Pasti malu bila
aku dijadikan bahan gelak oleh rakan2. Aku nekad! Bermulalah ekperimen mencukur
kumis, bulu tangan dan kaki. Padahal bulu halus je..ala2 segan nak tumbuh.
Yg dahsyatnya..siap promote kat kawan2
lagi. Sambil show off tangan yg licin tanpa bulu.
Kentut
air dalam cawan sebelum minum
Balik2 sekolah je..sure la haus kan.
Aku suka minum air yg dah dikentutkan oleh aku sendiri. Cawan tu aku letak ke
lantai, then aku duduk mencangkung atas cawan tu sambil meneran kentut. Konon2
akan memberi kekenyangan sehingga petang. Bila teringat balik kisah
lampau..entah..mengapa la perilaku ku pelik seperti alien. Minum air kentut.
Pergh..!
Lekat
tahi hidung kat meja kawan
Salah satu cara nak balas dendam kat
musuh sekelasku ialah...kenakan dia perangkap tahi hidung. Darjah 4 aku punya
ramai musuh. Sekelas pulak tu. Terdiri budak2 lelaki. Kalau bertumbuk kompom
aku akan kalah. Coz diorang kuat2. Aku pulak badan cilik je. Senang nak
ditumbangkan. Then, aku ade idea cara psiko nak lawan diorang balik. Haaa!
Rasakan pekena tahi hidungku kat meja korang.
Solat
Jumaat di masjid
Every Friday, aku ngan 3 orang lagi
kawan aku excited nak balik. Pasal ape? Pasal kami nak bersiap-siap solat
Jumaat di masjid. Yg peliknya..setiap kali kami berjemaah solat Jumaat. Hanya
kami berempat je jemaah perempuan waktu tu. Tak ramai macam waktu malam. Sampailah
ade orang tegur. Masa tu aku tak faham mengapa diorang larang kami sertai solat
Jumaat. Sambil buat muka tak puas hati! Now, barulah aku faham. See, umur 10
tahun..suka join apa orang ramai buat. Orang solat Jumaat pun nak ikut jugak.
Solat
jemaah malam..kami punya agenda sendiri
Aku bersama 3 orang lagi kawan
sekamcengku jadi budak baik. Follow berjemaah di masjid malam2. Bila balik..haaa!
Bertukar menjadi lanun! Apa kami buat? Kami curik buah jambu orang kampung. Sambil
makan, kami gelak2. Siap bekal belacan lagi dari umah. See, umur 10 tahun, reti
buat persiapan segala. Bukan buah jambu je yg kte orang ambik..buah limau,
mangga, kedondong. Kawasan berpagar pun kte orang redah. Sambil buat gaya askar
menyusur bawah pagar. Habis kotor baju kena tanah. Bila ibu tegur kenapa baju
kotor, alasan standard. Jatuh tepi jalan. Haih..nakal sungguh..sampaikan kebun
jiran sebelah pun kena bedal jugak. Hohoho...
Admire
kat jiran sebelah...gatal!
Jiran sebelah tu anak dia hensem2. Aku
siap booking lagi sambil bagi warning kat kawan2 aku. Tak boleh fall in love ngan jiran aku tu. Lepas
tu..bila kat sekolah..aku akan story bagai nak rak pasal admire aku tu. Hari ni
dia pakai baju warna apa. Keluar umah pukul brapa. Jiran aku tu dewasa..umur
dlm 20-an. Yg aku pulak..baru 10 tahun. Mengada nye! Rasa syok pulak bila
terasa perasaan yg ‘aneh’ tiap kali kita terpandang wajah yg orang kita minat. Stop!
Stop..yumida! ko jangan tak ingat..buah limau yg ko curik tu buah limau
kepunyaan jiran admire ko tu. Aaaaa!
B. Apakah kenangan
zaman silam (manis atau pahit) yang anda paling ingat sampai sekarang?
Zaman silam paling pahit bagiku ketika pemergian
ibu tercinta buat selamanya. Time ni aku berumur 13 tahun (tingkatan 1). Setiap
kali aku imbas kembali kenangan masa sekolah rendah, aku jadi sebak. Rindu pada
arwah ibu. Pemergian ibu meninggalkan kesan mendalam dalam hidupku. Aku masih
ingat lagi..masa tu aku duduk di asrama. Abang datang berjumpa dengan aku.
Khabarkan berita kematian ibu..lantas bergegas untuk pulang. Dek kerana
menerima berita yg mengejutkan, seluruh badanku menggigil. Perasaan yg ‘aneh’
merayap seluruh pemikiranku. Aku
diserang ‘panik’. Menangis pun tidak. Sedih pun tidak. Tanganku terketar-ketar
masa mengemas barang-barang.
Sampai di umah, aku lihat ramai orang kampung
berkerumun di umahku. Ibu selesai dikapankan. Aku tidak ikut untuk hantar ibu
ke kubur. Masa tu, aku asyik berpeluh, badan menggigil-gigil. Melihat pada
keadaan aku, makcik2ku melarang aku pergi untuk pengebumian ibu. Keadaanku
berlarutan sehingga malam. Selepas ditenteramkan oleh makcik2ku dan dibacakan
doa oleh ayahku. Keadaan aku pulih sedikit demi sedikit.
Selepas ‘pulih’...aku baru sedar ibu telah pergi
untuk selamanya. Aku menangis..menangis dan menangis. Berlarutan sehingga
berbulan-bulan. Aku masih sukar menerima ketiadaan ibu. Situasi yg janggal
kurasakan setiapkali balik ke umah cuti hujung minggu. Tiada tempat aku mengadu
lagi, tempat aku mencurahkan perasaan, tempat untukku bermanja.. Aku lebih
banyak bersendirian. Sering memendam rasa. Zaman remaja..ku lalui dengan begitu
payah sekali. Kesedihan, kesunyian, tekanan..itulah peneman ketika aku melalui
proses kematangan diri.
C. Kalau
anda diberi pilihan untuk kembali ke zaman silam, ke zaman manakah yang anda
mahu pergi dan apakah yang anda ingin perbetulkan atau ubah sekiranya ada?
Andai diberikan peluang untuk kembali
ke zaman silam. Ingin sekali aku mengubah diriku ketika aku bersekolah rendah.
Aku ingin meluangkan masa yg banyak bersama ibu. Selepas habis bersekolah, aku
ingin baring di riba ibu. Membantu ibu mengemas dapur selepas memasak. Mengelap
meja, menyapu umah, mencuci pinggan, membantu ibu menyidai pakaian.
Ingin sekali aku berborak bersama ibu.
Bertanyakan itu ini. Mengenai zaman kecilnya, persekolahannya, kenangan
berjumpa dengan ayah, momen melahirkan aku. Ingin sekali aku mendengar suara
ibu.
Ingin sekali aku membahagiakan
ibu..menceriakan ibu. Mendengar kata2nya...tanpa mengundang rasa marahnya..rasa
sedihnya..rasa bimbangnya. Tidak akan ku pinta bermacam-macam permintaan. Yg
membuatkan ibu sedikit tertekan. Maafkan aku ya bu...kerana sentiasa mendesak
ibu memenuhi permintaanku.
Ingin sekali aku merasa belaian kasih
sayang daripada ibu. Saat ibu memelukku, menciumku.. Ibu pergi terlalu lama,
aku lupa bagaimana rasanya dipeluk dgn penuh rasa kasih sayang. Indahnya kalau
ibu masih ada..
Sedikit penyesalan kurasakan..kerana
zaman kanak2ku banyak dihabiskan bersama rakan2. Seandainya aku tahu..begitu
singkatnya pertemuan aku dengan ibu. Pasti akan ku manfaatkan masa yg ada dgn
sebaiknya. Aku amat merinduimu ibu.. Moga ibu tenang di sana, ditempatkan
bersama orang-orang beriman.
Al-fatihah buat arwah ibuku.
9 comments
good luck ya..
good luck ! :)
Huhu . The best ! (y)
Singgah dari GA same . Good Luck >.<
http://ceritahatikuu.blogspot.com/2013/06/giveaway-contest-gila-buasir-otak-110.html
done follow #
bw dari segmen sama :)
follow me back ^_^
http://www.kanvasdakwat.com/2013/06/giveaway-contest-gila-buasir-otak-110.html
nakal2 eksperimennye..
so touching bout ur mum..
Dari GA yang sama. Done follow you, follow me back ok?:)
dear,my stowy here
http://ceritasamofa.blogspot.com/2013/06/giveaway-contest-gila-buasir-otak-110.html
TAHNIAH!!! Anda telah dipilih sebagai pemenang bagi GA Contest Gila #4: 110 Juta Kenangan.
Mohon memberikan Nama dan Alamat anda kepada email saya princeofnoob[at]gmail[dot]com untuk saya poskan hadiah dengan Pos Ekspress/Pos Laju. Sekiranya sampai hari Ahad, 30 Jun 2013 saya masih lagi tak dapat email dari anda, maka kami terpaksa memilih pemenang lain di kalangan peserta yang lain.
menarik betul eksperimen2 zaman skolah rendah tu hahah... btw congrats :D
yumida sayang. tahniah :)
Perghhh seronok baca cerita kak Yumida.. memang best! Tahniah!!
#sedih baca pengalaman pahit tu.. rasa sebak je.. Al-Fatihah..
EmoticonEmoticon