Sinopsis Bercakap Dengan Jin

Sinopsis Bercakap Dengan Jin Drama Seram Astro

Bercakap Dengan Jin mengisahkan Tarmizi yang sering diganggu oleh mahkluk halus. Ketika itu, dia baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya. Dia sukar untuk fokus dalam pekerjaannya. Tarmizi mengambil keputusan untuk berjumpa kaunselor.

Tarmizi meluahkan segala yang terpendam mengenai makhluk halus yang menganggunya. Pada awalnya, kaunselor itu memberikan kata-kata positif untuk menenangkan Tarmizi. Menurutnya, apa yang kita fikir, itulah yang dilihat menerusi mata kita. Ianya seolah-olah permainan otak. Tarmizi mengeluh kerana kaunselor seperti tidak mempercayainya.

Melihat reaksi Tarmizi, kaunselor itu memusingkan badannya. Dia memberitahu Tarmizi sama ada Tarmizi percaya atau tidak di dalam bilik tersebut didiami jin. Apabila kaunselor memusingkan kepalanya, Tarmizi begitu terkejut! Mata kaunselor berubah putih! Kaunselor itu sendiri merupakan jin!

Tarmizi berasa semakin kurang selesa di pejabatnya. Seolah-olah ada yang memerhatinya. Rakan sekerjanya memberitahu ada orang meninggalkan kotak hadiah di atas motosikalnya. Tarmizi segera bergerak ke arah motornya. Dilihatnya, ada sebuah kotak berwarna putih. Tidak jauh dari situ, ada seorang wanita berpakaian serba putih. Tarmizi menyapanya dan memberitahu adakah itu hadiah diberikan untuknya. Wanita itu mengangguk dan terus hilang dari pandangan.

Selepas membuka kotak hadiah tersebut, ada sebuah buku lama catatan jawi. Semenjak penerimaan buku lama itu, gangguan makhluk halus semakin kerap! Tarmizi syak gangguan itu berpunca dari buku tersebut. Tarmizi cuba membakar buku tersebut namun ianya tidak musnah. Tarmizi cuba mencari wanita yang memberikannya hadiah buku itu. Dia mahu memulangkannya memandangkan buku itu tidak dapat dihapuskan. Ia tidak mahu buku itu asyik menganggu dirinya.

Tarmizi berjaya berjumpa wanita itu yang dikenali Mawar. Mawar membawanya ke suatu tempat. Tarmizi terkejut kerana ada seorang lagi menyerupai Mawar melarang Tarmizi mengikut wanita itu. Tarmizi serba salah kerana dia tidak tahu mana satu Mawar yang betul. Namun Tarmizi tetap mengikuti perempuan itu. Tarmizi berang apabila wanita tersebut tidak mengambil buku tersebut tetapi asyik meneruskan perjalanan. Ketika wanita itu berpaling, wajahnya yang cantik berubah hodoh! Tarmizi menjerit ketakutan!

Apa hubungan Tarmizi dengan Mawar? Mengapa makhluk halus sering menganggu Tarmizi? Benarkah diri Tarmizi sedang diganggu oleh jin? Mengapa jin ini sering menganggu dirinya? Apa hubungan Tarmizi dengan Tamar dan Long Piah? Saksikan segalanya dalam drama Bercakap Dengan Jin yang diadaptasi dari kisah benar.

Gambar Bercakap Dengan Jin 

Sinopsis Bercakap Dengan Jin, gambar drama Bercakap Dengan Jin, drama Bercakap Dengan Jin adaptasi kisah benar, Bercakap Dengan Jin karya Tamar Jalis, ulasan, komen ustaz drama Bercakap Dengan Jin

Sinopsis Bercakap Dengan Jin, gambar drama Bercakap Dengan Jin, drama Bercakap Dengan Jin adaptasi kisah benar, Bercakap Dengan Jin karya Tamar Jalis, ulasan, komen ustaz drama Bercakap Dengan Jin

Bercakap Dengan Jin sebuah karya asal Tamar Jalis
Penerbit drama Bercakap Dengan Jin Datuk Yusof Haslam

Ulasan ustaz penghujung drama Bercakap Dengan Jin

Perkataan jin diambil daripada perkatan huruf ‘jim’ dan ‘nun’. Sesuatu perkara yang tidak nampak, biasanya menggunakan perkataan ‘jim’ dan ‘nun’. Sebagai contoh bayi yang ada dalam perut disebut janin. Ada perkataan ‘jim’ dan ‘nun’.

Makna jin itu sendiri kata para ulama, sebenarnya adalah benda yang kita tidak nampak. Benda-benda yang kita tidak nampak itu disebut dalam istilah kita iaitu jin. Jin merupakan suatu bangsa. Sama seperti manusia, manusia itu dikategorikan bangsa.

Bapa kepada manusia disebut Adam. Bapa kepada jin disebut Jan. Iblis anak kepada jin. Syaitan merupakan suatu sifat yang boleh ada kepada bangsa jin dan juga bangsa manusia. Sebab itu bila benda-benda jahat, kita sebut ianya syaitan. Manusia yang jahat dipanggil syaitan. Jin yang jahat juga dipanggil syaitan.

Saksikan drama Bercakap Dengan Jin
Hari: Selasa
Jam: 10.00 malam
Saluran: Astro Mustika HD 134 & Astro Bella 133

Giveaway Contest RM700 Jualan Hebat Lazada Malaysia 11/11 by Emas Putih

7 comments

Best ni.. trill.. Thanks sharing Yumida..

baru tau kaitan jim dgn nun tu..thanx for sharing..boleh laa tengok nanti :)

jin la tu..kan?/jin ni kan boleh merupa macam orang lain..kan?/macam best pulak..kena tengok ni...

Dulu bunda pernah tengok buku2 kisah bercakap dengan jin...tapi bunda tak pernah baca pun...kini didramakan pulak...belum tentu juga bunda tengok...takuttt...

Ooo karya Tamar Jalis ya..kita baru baca mengenai this guy dekat satu Blog yumida...Dia banyak simpan rahsia mengenai makhluk halus ni.....kita ni penakut sikit..he..he


EmoticonEmoticon