Showing posts with label Baju Kurung Moden. Show all posts
Showing posts with label Baju Kurung Moden. Show all posts

Harga Upah Jahit Baju Kurung Moden

Harga Upah Jahit Baju Kurung Fesyen / Moden RM26
Aku sangat suka hantar kain kat kedai penjahit sorang ni yang aku kenali sebagai tailor Cina. Sebab proses penjahitan berjalan dengan cepat. Takde kes baju dijahit tak siap. Kes tak sempat siap. Lancar je! Lagipun aku bandingkan dengan tailor lain, harga upah jahit baju kurung moden kat tailor Cina yang aku suka pergi tu harganya lebih murah. Harga upah untuk jahit baju kurung moden sahaja tanpa kain, dikenakan bayaran RM26.00. Memandangkan aku jenis si penjimat duit, sebelum hantar kain, aku akan survey dulu di kedai-kedai jahit. Yang mana murah, itu aku pilih.