Sinopsis Cerita Satu Malam

Sinopsis Novel Cerita Satu Malam 

Cerita Satu Malam mengisahkan Rizal yang baru bekerja di sebuah bangunan di pinggir kota Kuala Lumpur. Pada suatu malam, dia terpaksa pulang lewat kerana tugasnya. Apabila selesai bertugas, dia turun ke bawah untuk pulang. Namun apabila tiba di lobi, dia dikejutkan dengan kejadian seorang lelaki jatuh dari tingkat atas bangunan.

Ketika dia tergamam itu, dia telah ditegur seorang pengawal keselamatan bernama Kadir. Melalui Kadir, dia telah diberitahu bahawa bangunan itu sebenarnya keras. Kadir menceritakan tiga kejadian yang pernah berlaku di dalam bangunan itu.

Kisah Jennifer yang mengandung anak teman lelakinya telah mencari jalan singkat dengan terjun dari bangunan. Tandas di aras tujuh bangunan itu dikatakan berhantu berikutan kedengaran suara tangisan seorang perempuan dan ada kejadian ngeri. Terdapat juga kisah nasib pengawal keselamatan yang turut diganggu dengan sesusuk tubuh lelaki tanpa kepala.

Rizal menjadi kalut mendengar cerita Kadir. Dia akhirnya meminta diri untuk pulang kerana waktu semakin lewat. Ketika dia keluar dari lobi, dia sempat melihat mayat yang terbujur di depan bangunan. Rizal bertambah terkejut apabila melihat wajah lelaki yang mati itu ialah Kadir. Jadi… dengan siapa dia bercakap tadi?

“Tapi abang tak bohong. Memang macam-macam ada dalam bangunan ni. Jumpa dengan tidak aje.” – Ayob

“Saya boleh buktikan yang kematian gadis-gadis di dalam tandas ni ada kena-mengena dengan puaka yang mendiami tempat ni.” – Shira

Sinopsis Cerita Satu Malam, Gambar novel Cerita Satu Malam, Penulis novel Cerita Satu Malam: Zaifuzaman Ahmad, novel terlaris 2014, novel popular tahun 2014, novel terbaik, Harga novel Cerita Satu Malam: RM19.90, Jumlah halaman novel Cerita Satu Malam 544 muka surat

Inilah gambar novel Cerita Satu Malam
Penulis novel Cerita Satu Malam: Zaifuzaman Ahmad
Harga novel Cerita Satu Malam: RM19.90
Jumlah halaman novel Cerita Satu Malam: 544 muka surat

Novel Cerita Satu Malam merupakan novel antara yang terlaris dijual tahun 2014. Jom dapatkan novel Cerita Satu Malam di pasaran! Serrrrammm..

7 comments

Mcm best je ni Yumida.. thanks sharing.. :)

Hai Kak Umikasum.. Saya biasa beli novel dari Fixi .. Kalau novel keluaran lain jarang sikit beli. hehe.. Kak suka baca novel erk? try la baca novel dari Fixi. Banyak novel bestseller.. =D


EmoticonEmoticon