Sebab Mengapa Kesihatan Itu Penting

Setiap manusia menginginkan tubuh badan yang sihat. Oleh itu penjagaan kesihatan amatlah penting bagi memastikan diri kita dalam keadaan sihat walafiat. Berikut merupakan antara sebab mengapa kesihatan itu amat penting bagi diriku. 

Sebab kesihatan itu penting, mengapa kesihatan itu penting, kelebihan bila tubuh badan sihat, manfaat, kebaikan tubuh sihat, penjagaan kesihatan, contoh makanan sihat, makanan berkhasiat, sayuran, buah-buahan, tumbuhan hijau


Mengapa kesihatan itu penting?


1. Aku memerlukan tubuh badan yang sihat untuk bekerja
Pentingnya menjadi sihat, agar aku boleh mencari rezeki dengan adanya kesihatan yang baik. Bekerja dengan bersungguh-sungguh, fokus, menjadi pekerja produktif. Bayangkan jika kita tidak mempunyai kesihatan baik. Aktiviti bekerja terganggu. Banyak kerja tertangguh. Pastinya majikan tidak mahukan pekerja sebegini. Sebab itu kesihatan amat penting bagi diriku. Bila sihat, kerja terlaksana dengan baik. Dapat mencari sumber pendapatan, menambah sumber kewangan, melangsaikan segala hutang dan membuat tabungan simpanan di bank.

2. Mengelak daripada sebarang penyakit
Aku amat menitikberatkan perihal kesihatan. Ini kerana aku sedaya upaya untuk mengelak daripada ancaman penyakit. Contohnya penyakit kencing manis, sakit jantung, darah tinggi, masalah obesiti dan banyak lagi. Bila pemakanan tidak dijaga dengan baik, makan sesuka hati, kita mungkin menghadapi masalah obesiti. Berat badan berlebihan. Yang mana, melalui obesiti inilah penyakit berbagai bentuk mudah datang. Aku sangat-sangat..tersangat sayangkan kesihatanku!

3. Aku ingin umur yang panjang
Kesihatan itu amat penting bagi aku kerana aku menginginkan umur yang panjang. Mengikut kajian, orang yang menjaga kesihatan berpeluang untuk hidup lebih lama berbanding mereka yang tidak menjaga kesihatan. Sebab itulah menjaga kesihatan amat penting bagi diriku. Sebab dengan umur yang panjang ini, aku ingin mencapai matlamat, ingin membalas jasa orang tua, ingin memberi kesenangan buat orang tua, ingin mencapai impian hidup, paling penting dengan umur yang panjang aku ingin memenuhi usiaku dengan membuat amal ibadah secukupnya.

4. Aku ingin merasai nikmat hidup yang sihat
Bila badan sihat, berbagai aktiviti kita boleh lakukan. Gembira, ceria, seronok melalui kehidupan setiap hari. Bayangkan jika kita jatuh sakit gara-gara tidak menjaga kesihatan, pastinya ia memberi kerunsingan buat diri kita. Melalui hari-hari dengan payahnya. Rasa beremosi, tertekan, sakit. Seboleh-bolehnya aku tidak mahu melalui perkara itu. Sebab itu, menjaga kesihatan amat penting bagi diriku. Aku ingin sebuah kehidupan yang ceria yang dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik.

Itulah 4 sebab utama mengapa kesihatan itu amat penting bagi aku. Kalau nak tahu, dengan bercerita pasal sebab mengapa kesihatan itu penting, aku dapat hadiah. Yey! Dengan bercerita pun boleh dapat hadiah. Perkongsian pandangan/pendapat. Nak tahu hadiahnya? Dapat botol air Tupperware dan 2 peket cinch energy tea mix Shaklee. Moga kita semua diberi kesihatan yang baik. Sama-samalah kita menjaga kesihatan.

4 comments

yup semua orang nakkan kesihatan yang baik.. moga kita terhindar dari penyakit yang memudaratkan..

sihat demi anak2 dan suami jugak..:)

Semoga kita semua sentiasa di kurniakan kesihatan yang baik....


EmoticonEmoticon