Cara Aktifkan Semula Nombor Prepaid Celcom Tamat Tempoh

Cara Aktifkan Semula Nombor Prepaid Celcom Tamat Tempoh
Aku ada story kisah sebelum ni pasal nombor Prepaid Celcom yang hampir tamat tempoh: Masalah Simkad Celcom Prepaid Disekat. Gelabah bila tak boleh nak topup (reload, isian semula nilai kredit dalam handphone) juga tak boleh nak SMS, call keluar. Semuanya kena block! Dalam erti kata mudah nombor Prepaid Celcom aku disekat.

Cara aktifkan semula nombor prepaid celcom tamat tempoh, prepaid celcom broadband, simkad data celcom, celcom first, masalah simkad data celcom prepaid tak boleh topup & reload, simkad celcom disekat, di block tak boleh sms & call out, tempoh aktif expired simkad celcom prepaid, tutorial, tips, panduan aktifkan simkad celcom prepaid daripada disekat
Tak boleh SMS? Tak boleh call out? Tak boleh topup? Jom aktifkan semula nombor Prepaid Celcom


Aku pun buat carian di Google, cara bagaimana nak selesaikan masalah nombor Prepaid Celcom disekat. Simkad Celcom yang hampir tamat tempoh. Tapi nombor tu belum lagi kategori expired. Cuma nombor Prepaid Celcom tu tak dapat diaktifkan buat masa tersebut untuk buat sebarang aktiviti.

Cara aktifkan semula nombor prepaid celcom tamat tempoh, masalah simkad data celcom prepaid tak boleh topup & reload, simkad celcom disekat, di block tak boleh sms & call out, tempoh aktif expired simkad celcom prepaid, tutorial, tips, panduan aktifkan simkad celcom prepaid daripada disekat
Check balance kredit pun tak boleh. Tertera tiada rangkaian signal telefon. Ni tandanya nombor Prepaid Celcom tu kena sekat. Nak menghampiri tamat tempoh.

Tertera di screen handphone ‘no signal found for mobile networks’ dan juga ‘not registered on network’. Sah la nombor Prepaid Celcom tu kena BLOCK. Punca nombor Prepaid Celcom disekat pasal aku tak buat topup untuk tambah nilai kredit nombor tersebut dalam masa ditetapkan mereka. Bila dah melebihi tempoh 50 hari, pihak Celcom telah menyekat nombor simkad aku. Jom ketahui cara untuk aktifkan balik nombor Prepaid Celcom kita.

Cara Aktifkan Semula Nombor Prepaid Celcom Tamat Tempoh
Cara aktifkan semula nombor prepaid celcom tamat tempoh, celcom branch, celcom blue cube, pejabat celcom, masalah simkad data celcom prepaid tak boleh topup & reload, simkad celcom disekat, di block tak boleh sms & call out, tempoh aktif expired simkad celcom prepaid, tutorial, tips, panduan aktifkan simkad celcom prepaid daripada disekat
1. Pergi ke cawangan Celcom berdekatan.
2. Bagitahu pada pegawai Celcom tu yang kita nak aktifkan balik nombor simkad Prepaid Celcom yang kena sekat tu. Atau dalam proses tamat tempoh ‘expired’
3. Tunjukkan kad pengenalan (IC / MyKad) kita pada mereka. Yang mana nombor simkad tu dulu didaftarkan atas nama kita masa buat pembelian awal-awal dulu.
4. Isi borang yang mereka berikan.
5. Mereka akan fotostat salinan kad pengenalan kita.
6. Bayar RM30. Pihak Celcom akan masukkan nilai kredit RM30 tu ke dalam akaun Celcom kita. Mereka akan maklumkan kita tempoh untuk nombor tu diaktifkan semula. Kemudian, dapat la nombor tu digunakan semula.

Itulah cara untuk dapatkan kembali nombor Prepaid Celcom kita yang kena block tu. So, kalau korang menghadapi masalah simkad tamat tempoh, segeralah berurusan dengan pihak Celcom di cawangan mereka. Supaya tak menimbulkan masalah di kemudian hari, terbantut kita nak guna nombor Prepaid Celcom tu. Moga perkongsian ni: Cara Aktifkan Semula Nombor Prepaid Celcom Tamat Tempoh bermanfaat buat semua.
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

9 comments

Bile kene sekat yang malasnya nak ke celcom centre la tu
hari tu simkad lambat tnya
dah xdapat nak diselamatkan

paling tak suka terpaksa pergi kat celcom center

Bagus ni. Saya punya no. celcom pun dah lama tak topup...

Saya sedang mengalami sekarang😂 dah 3 bulan lebih kot ! Cuma malas nak pergi celcom center jee hehe

Saya dah pergi,tapi admin kat kaunter tu cakap x boleh renew sbb dah lbh 5 bulan. Ada cara lain lg x??



dah lebih tempoh, tak boleh renew. kena beli nombor sim baru