Cabaran Berpuasa Cuaca Panas Terik & Kering

Hari pertama dan kedua berpuasa, cuaca agak mendung. Bermulanya hari ketiga dan keempat puasa, cuaca berubah menjadi terlampau panas terik dan kering sepanjang hari. Tiada hujan, tiada angin. Sepanjang hari berpuasa, badan asyik berpeluh-peluh. Buka kipas angin sampai 2 sekaligus masih tak mampu untuk sejukkan suhu persekitaran.

Cabaran Berpuasa Cuaca Panas Terik & Kering, cabaran bulan ramadan 2015, masalah tiada air paip bulan puasa, gambar cuaca panas terik
Cabaran berpuasa bulan Ramadhan 2015 - cuaca panas terik dan kering

Lagi menambah cabaran berpuasa tahun ni, pasal ketiadaan air paip. Masalah takde air yang dah berlangsung sebelum bulan puasa lagi. Dalam tempoh tu, berjimat penggunaan air. Nak mandi, kencing, berak, aktiviti memasak semua dalam langkah kawalan. Ada had guna air. Air minuman kita orang beli air mineral dalam kotak tu.

Bila cuaca mendung, kurasakan agak nyaman berpuasa. Bila cuaca berubah menjadi panas terik dan kering sepanjang hari, inilah dugaan berpuasa sebenarnya. Ditambah lagi, bulan Jun 2015 memang dah diramal oleh pengkaji cuaca umat Islam akan berpuasa dalam fasa panas terik dan kering.

So, jagalah kesihatan diri kita. Elakkan dari berada di bawah matahari terik. Ketika bersahur dan berbuka puasa, minumlah air putih sebanyaknya. Salam Ramadan u olls semua..
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

5 comments

memang cabaran sungguh. sudah lah panas, air pula tak ada.

Semalam tempat bunda panas....hari2 sebelumnya ada jugak hujan sikit sebelah petang..

samalah..cuaca agak mencabar juga..tapi bila fikirkan inilah dugaan Allah bagi, takpelah, redha

Pernah gak rasa bulan puasa tak ada air. Sepanjang ramadhan tu tak ada dekat N9 sebab hujan lebat smpai pecah paip besar yg salurkan air. Nak tadah air hujan tak ada sebab dah start pnas...memang susah kalau tak ada air ni...