Cashout Earning 8Share Minimum RM50

Buat Duit Online Dengan 8Share: Kongsi Link Iklan Di Laman Sosial
8Share merupakan salah satu cara untuk dapatkan income menerusi online. Ia bukan hanya popular di kalangan blogger, malah orang yang tak ada blog pun boleh menjana pendapatan dengan 8Share. Asalkan ada akaun Facebook, Twitter, Google+ dan laman sosial lain. Yang penting link iklan 8Share hidup, boleh diklik pembaca.

So far, hanya Instagram je tak dapat kongsi link iklan 8Share pasal url iklan tiada link kalau kita letak kat Insta. Tu yang kurang best pasal Insta, sama la jugak kalau kita kongsi url entry blog kita kat Insta. Pembaca kena copy secara manual untuk membuka entry tersebut.

Nilai Iklan 8Share 1 Unit
Nilai iklan 8Share 1 unit tu bergantung pada tawaran iklan pengiklan. Kebiasaannya, 1 link iklan bernilai 20 sen. Ada jugak 1 nilai iklan bernilai 40 sen. Bergantung pada berapa tawaran advertiser untuk 1 kempen ditawarkan. Untuk musim perayaan ataupun festival, pihak 8Share akan naikkan nilai iklan, mengikut pengalaman aku sendiri masa sambutan Hari Kemerdekaan 2014 pihak 8Share tawarkan nilai iklan sebanyak 35 sen untuk 1 unit. Kalau hari biasa, nilai iklan 20 sen. Haaa, itulah keistimewaan menggunakan pengiklanan 8Share ni.

Cashout Earning 8Share Jumlah Minimum RM50.00
Pada pengguna 8Share yang baru berdaftar mesti tertanya-tanya, berapa nilai 8Share yang boleh dikeluarkan untuk ditunaikan hasilnya. Untuk pengetahuan semua, nilai paling minimum (minima) cashout earning 8Share adalah RM50.

Bila jumlah pendapatan 8Share korang capai RM50, korang dah boleh cashout earning 8Share. RM1 akan ditolak untuk pemprosesan cashout. So, nanti jumlah wang yang masuk dalam bank korang adalah RM49. Macam tak best je tengok RM49 tu kan, so kalau korang nak cashout pastikan nilai earning 8Share korang bernilai RM51. Nanti, wang masuk bank berjumlah RM50. Haaa, baru syok!

buat duit online dengan 8share, kongsi link iklan 8share di laman sosial facebook, twitter, google+, gambar cashout 8share, nilai iklan 8share 1 unit, cashout earning 8share minimum rm50, request for cash out 8share, you can cash out 8share from rm50 up to rm500
Earning 8Share boleh di cash out pada nilai RM50
Request for cash out 8Share
You can cash out from RM50 up to RM500. Do not include cents value.

Bila cashout 8Share, jangan masukkan nilai sen. Hanya nilai Ringgit sahaja diterima. Selamat menjana pendapatan dengan 8Share!

Kisah 8Share dan diriku..
Jom daftar 8Share & raih income lumayan: http://bit.ly/11tLi6u
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

2 comments

selamat pagi dari syira lokman..hehee ^_^

Selamat pagi. Lama tak singgah disini. =)

ZH Blogger