Pos & Hantar Kad Raya Dengan Harga Setem
50 Sen
Promosi
pos kad Raya woiii… Sempena sambutan bulan Ramadhan Al Mubarak tahun 2015 ni,
pihak Pos Malaysia menawarkan kadar caj pengeposan bagi kad Raya pada nilai 50
sen 1 sampul. Wah, ni la peluang keemasan bagi sesiapa yang suka bagi kad Raya
tu.
Kadar Standard SETEM Pos Biasa Dan Tawaran Pos
Kad Raya
Biasanya,
nilai standard perletakan setem untuk pos biasa ialah 60 sen. Yang sampul putih
tu. Setiap tahun, Pos Malaysia selalu baik hati dengan menawarkan nilai setem
50 sen untuk pengeposan kad Raya. Tujuannya untuk menggalakan rakyat Malaysia
mengukuhkan ukhuwah, bagi kad ucapan Hari Raya Aidilfitri sesama rakan. Yang
jauh, dirapatkan. Jimat 10 sen kat situ. Bayangkan kalau pos 100 sampul kad
Raya, dah jimat RM10.
Syarat Pengeposan Kad Raya Setem 50 Sen
- 1
sampul kad Raya untuk setem bernilai RM0.50
-
berat sampul kad Raya tidak melebihi 50 gram
-
tempoh tawaran bermula 18 Jun 2015 hingga 13 Julai 2015
Haa,
tu je syarat kalau nak guna pengeposan kad Raya menerusi promosi setem bernilai
50 sen tu. Jangan terlebih berat sudah, mana tahu ada isi barang-barang dalam
sampul tu, kang tak sampai-sampai kad Raya dengan kawan yang kita nak pos tadi.
Selamat menghantar dan pos kad Raya.
Pos surat,
pos kad Raya dan setem..
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
3 comments
Lama tidak pos kad raya.. Dulu rajin juga.. Hehe..
Salam ramadhan
Blogwalking Sini..
Jombaca artikel baru saya
Biskut Semperit Sedap
Macam nak pos kad raya dekat kengkawan jer balik.. huhuhu...
fae nak kad raya dari kak umi :p