Asal tibanya
hujung minggu, pelbagai idea kreatif melintas kat fikiranku. Hmmm…tengah plan
nak masak apa yang istimewanya hujung minggu macam ni. Membayangkan pelbagai
lauk pauk nak dimasak, dah cukup membuatkan aku tertelan air liur dengan
sendirinya. Gulp!!
Ditambah
lagi dengan selera makan aku yang makin meninggi. Pukul 6 pagi perut aku dah
mula berkeroncong, mintak makanan. Nak tak nak terpaksa jugak aku layan. Masak mi
segera ke, makan biskut, makan pisang, segala makanan yang dapat mengenyangkan
aku masa tu. Lepas perut kenyang, mata kuyu balik, mintak layan balik atas
tilam. Zzzzz… tidur lepas makan, hmmm bagus sangat lettew!
Semua wanita terutama bergelar ibu atau isteri memang hebat memasak di dapur. Berdentam-dentum bunyi periuk dan kuali. |
Nak masak
apa ye untuk tengah hari ni? Masak sup ayam, ayam masak merah, ayam kicap, ayam
goreng, ayam masak buttermilk. Takpun masak ikan goreng, ikan kukus.. Buat sambal belacan hmmm yang ni
confirm sedap. Kasi makan bertambah-tambah. Aaaa buat sup daging. Sedap ni!
Apa masakan
istimewa korang hari ni? Meh share sikit. Mana tahu nak masak lauk tu jugak. Eh
bukan tiru. Tapi sumber inspirasi. Hihihi.. Selamat memasak untuk orang
tersayang kat rumah.
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
6 comments
Alahai, lapar pulak rasanya. Hehe
ditag http://theathra.blogspot.com/2015/06/1st-giveaway-by-murni-alysa.html ^^
Saya tunggu mak masak je hari minggu ni..hehe
sbb hari ni kena tinggal sensorg , makan roti je le ...
X masak pun hr ni sbb tgal sorang. Anak anak sume blk kg
hari ada kenduri, so makan kenduri jer la..hehe