Cara Aktifkan Semula Nombor Prepaid Celcom Tamat
Tempoh
Aku
ada story kisah sebelum ni pasal nombor Prepaid Celcom yang hampir tamat tempoh: Masalah Simkad Celcom Prepaid Disekat. Gelabah bila tak boleh nak topup (reload,
isian semula nilai kredit dalam handphone) juga tak boleh nak SMS, call keluar.
Semuanya kena block! Dalam erti kata
mudah nombor Prepaid Celcom aku disekat.
Tak boleh SMS? Tak boleh call out? Tak boleh topup? Jom aktifkan semula nombor Prepaid Celcom |
Aku
pun buat carian di Google, cara bagaimana nak selesaikan masalah nombor Prepaid Celcom disekat. Simkad Celcom yang hampir tamat tempoh. Tapi nombor tu belum lagi
kategori expired. Cuma nombor Prepaid
Celcom tu tak dapat diaktifkan buat
masa tersebut untuk buat sebarang aktiviti.
Check balance kredit pun tak boleh. Tertera tiada rangkaian signal telefon. Ni tandanya nombor Prepaid Celcom tu kena sekat. Nak menghampiri tamat tempoh. |
Tertera
di screen handphone ‘no signal found for
mobile networks’ dan juga ‘not
registered on network’. Sah la nombor Prepaid Celcom tu kena BLOCK. Punca nombor Prepaid Celcom disekat pasal
aku tak buat topup untuk tambah nilai kredit nombor tersebut dalam masa
ditetapkan mereka. Bila dah melebihi tempoh 50 hari, pihak Celcom telah menyekat nombor simkad aku. Jom ketahui
cara untuk aktifkan balik nombor Prepaid Celcom kita.
Cara Aktifkan Semula Nombor Prepaid Celcom
Tamat Tempoh
1.
Pergi ke cawangan Celcom berdekatan.
2.
Bagitahu pada pegawai Celcom tu yang kita nak aktifkan balik nombor simkad Prepaid
Celcom yang kena sekat tu. Atau dalam proses tamat tempoh ‘expired’
3.
Tunjukkan kad pengenalan (IC / MyKad) kita pada mereka. Yang mana nombor simkad
tu dulu didaftarkan atas nama kita masa buat pembelian awal-awal dulu.
4.
Isi borang yang mereka berikan.
5.
Mereka akan fotostat salinan kad pengenalan kita.
6.
Bayar RM30. Pihak Celcom akan masukkan nilai kredit RM30 tu ke dalam akaun
Celcom kita. Mereka akan maklumkan kita tempoh untuk nombor tu diaktifkan
semula. Kemudian, dapat la nombor tu digunakan semula.
Itulah
cara untuk dapatkan kembali nombor Prepaid Celcom kita yang kena block tu. So,
kalau korang menghadapi masalah simkad tamat tempoh, segeralah berurusan dengan
pihak Celcom di cawangan mereka. Supaya tak menimbulkan masalah di kemudian
hari, terbantut kita nak guna nombor Prepaid Celcom tu. Moga perkongsian ni: Cara Aktifkan Semula Nombor Prepaid Celcom Tamat Tempoh bermanfaat buat semua.
9 comments
lama tak guna celcom...
celcom ek
tak guna celcom..
Bile kene sekat yang malasnya nak ke celcom centre la tu
hari tu simkad lambat tnya
dah xdapat nak diselamatkan
paling tak suka terpaksa pergi kat celcom center
Bagus ni. Saya punya no. celcom pun dah lama tak topup...
Saya sedang mengalami sekarang😂 dah 3 bulan lebih kot ! Cuma malas nak pergi celcom center jee hehe
Saya dah pergi,tapi admin kat kaunter tu cakap x boleh renew sbb dah lbh 5 bulan. Ada cara lain lg x??
dah lebih tempoh, tak boleh renew. kena beli nombor sim baru
EmoticonEmoticon