Cara Anda Urus Blog Bila Balik Bercuti

Alhamdulillah, baru je balik bercuti dari kampung Selasa lepas. Dengan tempoh percutian selama seminggu lebih. Rasa agak lama. Kalau dulu, nak balik kampung cuti 2 minggu. Tapi tempoh seminggu lebih tu pun dah rasa lama. Tak ada planning pergi mana-mana, melainkan pergi kenduri kahwin.

Ada sesetengah blogger, bila balik bercuti mereka akan buat penjadualan entry. Buat auto publish artikel blog. So, dengan cara ni akan menampakkan blog mereka berupdate setiap hari. Korang pula bagaimana? Adakah buat auto publish jugak ataupun membiarkan blog anda bercuti begitu sahaja?

Cara blogger urus blog ketika balik bercuti, pengurusan berblog, penjadualan entry, auto publish entry blog, automatik publish artikel blog, buat jadual entry, blog bercuti dan bersarang, balik kampung blog terabai, cara terbaik urus blog

Kalau ikut pengalaman aku, aku sedaya upaya untuk buat penjadualan entry. 1 hari 1 entry bagi tempoh sepanjang aku bercuti tu. Cabaran besar bagi aku, bila nak cari topik apa yang perlu dimasukkan sepanjang aku bercuti tu. Bayangkan korang, kalau aku bercuti selama 2 minggu, means 14 hari. So, ada 14 entry yang aku kena siapkan. Huhuhu..mencabar woo. Ada kalanya otak blank, tak tahu nak masukkan info apa dalam blog.

Malah, berdasarkan pengalaman aku, pernah jugak aku membiarkan blog aku bersarang selama 4-5 hari, gara-gara kebuntuan idea tak tahu nak update blog pasal apa. Sebelum bercuti pun, kita dah sibuk nak packing barang, kemas rumah. Apatah lagi semasa bercuti, takde masa nak mengemaskini artikel blog. Last-last, blog pun bercuti jugak, macam tuannya. Hihi..

Cara blogger urus blog ketika balik bercuti, pengurusan berblog, penjadualan entry, auto publish entry blog, automatik publish artikel blog, buat jadual entry, blog bercuti dan bersarang, balik kampung blog terabai, cara terbaik urus blog

Tapi, aku sangat-sangat kagum sesetengah blogger. Yang sentiasa update entry blog mereka setiap masa. Tak kira ketika sibuk bekerja, bercuti, balik kampung dan sebagainya. Sentiasa ada kisah menyusul di dada blog mereka. Blogger yang jenis rajin. Blogger contoh.

Cer citer kisah korang pulak cara urus blog ketika korang bercuti balik kampung. Cemana tu??? Jom story sikit..
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

6 comments

kalau sy trbiar macm 2 jer.. huhuhu

HII, WIFI SUDAH PULIH, hhee~ bole blogwalkinggg

well..nona memang akan buat entri,,tp kalau dah tkde idea sgt, nona juz share wordless or... giveaway...or... quotes everydayyy ~ hahaa..thats all.tQ

Kalau mimi biar je centu. Hihi. Sebab bila balik kampung memang tak sempat nak update entri apatah lagi nak sentuh belog.

nory ikut pada idea...kalau sebelum cuti tu banyak idea, bolehlah buat entry autopublish sesiap, kalau tak, terpaksa bersarang lah..hehehe

Kalau internet laju kt kg,kebiasaan sy akn share apa yg sy baca kt majalah dlm blog..mcm tips,petua dll..walau ringkas tp berupdate la tiap hr:-) tp kdg miss jgk kalau pnykt M dtg..hihi

Kalau internet laju kt kg,kebiasaan sy akn share apa yg sy baca kt majalah dlm blog..mcm tips,petua dll..walau ringkas tp berupdate la tiap hr:-) tp kdg miss jgk kalau pnykt M dtg..hihi