Wokeh,
memandangkan bila balik kampung mengambil tempoh yang lama. Cuti 2 minggu, so
aku nak kongsikan beberapa tips persiapan
sebelum balik kampung. Secara tak langsung, panduan ni untuk menjaga
keselamatan rumah kita.
Tips persediaan dan persiapan sebelum balik kampung untuk bercuti atau pulang beraya |
Tips Persediaan Sebelum Balik Kampung
1.
Buat senarai barang yang perlu dibawa semasa balik kampung contoh ubat-ubatan,
barangan rumah dan sebagainya. Pentingnya senarai ni supaya kita tak terlupa
barang untuk dibawa balik. Boleh letak senarai ni dalam list handphone kita.
Lebih mudah nak buat rujukan.
2.
Sediakan makanan kucing awal-awal dan letak di luar rumah. Pesan pada orang
lain untuk bagi kucing makan. Tujuannya supaya kucing tu tak berkeliaran jauh
mencari makanan.
Letak makanan kucing di luar rumah dan pesan orang sebelah rumah bagi kucing makan |
3. Simpan
Tupperware (bekas makanan, container, kontena) atau apa sahaja panggilannya ke
dalam almari. Ini untuk mengelakkan rak pinggan mangkuk berselerak dengan
Tupperware. So, nampak la kemas sikit kat dapur tu kan.
4. Alas
mesin basuh, tilam, toto, meja dengan surat khabar. Sebab apa? Supaya tahi
cicak tak mengotori tempat tersebut. Kat kuarters kami ni banyak cicak, tahi
cicak boleh tahan banyaknya. Euw! Tetibe rasa geli pulak.
5.
Tutup kesemua suis elektrik dalam rumah. Cabut plug soket dari suis.
Cabut kesemua plug soket di rumah yang tidak digunakan |
6.
Kosongkan air dalam baldi. Untuk mengelakkan nyamuk bertelur dalam tu.
Telungkupkan baldi tersebut. Ye la, takut cicak berak dalam baldi tu.
7.
Tutup tingkap, kunci pintu, kunci mangga pagar sekali. Pastikan kesemuanya
dalam keadaan ‘lock’.
Kunci pintu rumah sebelum meninggalkan rumah |
8.
Sebelum keluar rumah, semak dalam rumah untuk pastikan tiada kucing yang masih
berada dalam rumah. Ini untuk mengelakkan kucing tersebut terperangkap dalam
rumah. Dah nama kita cuti, memang takde la yang bagi kucing tu makan dalam
rumah. Boleh menyebabkan kematian woo. Tak makan selama 2 minggu tu. So,
berwaspadalah kalau kat rumah korang ada kucing. Buat pemeriksaan.
Sekian
sahaja tips dari aku langkah persediaan sebelum balik ke kampung. Agak-agak
sama tak dengan cara korang sebelum balik kampung bercuti tu. Especially cuti
Raya, memang ramai yang balik kampung. Pastikan rumah kita dalam keadaan
selamat, barulah kita tinggalkan rumah. Moga bermanfaat.
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
4 comments
wahhh tu dia dah keluar dah tips persediaan sebelum balik kampung...hik hik hik...
singgah pagi
sory hr nie x de mood nak BW, demam x baik lagi ..
office sejuk beku... hehe
yeyeehhh tak sabar nak balik kg..
Hehee lagi dua minggu nak habies exam..
nanti sblum blik kg kita ikut tip2 yg akak bagi ye :)
Singgah pagi....
Biasa dah nak puasa nie..pas tu raya...
mcm² org yang x bermoral ni nak buat...
kena lebih berhati² k..:) thanks share tips :)