Sinopsis Episod
Akhir Drama TV3 Teman Lelaki Upahan
Slot Akasia
EL (Ungku
Ismail Aziz) begitu membenci Kyra Lydia (Siti
Elizad Sharifuddin). Segala rasa ketidakpuasan hatinya,
rasa amarahnya dihambur keluar. Dia sudah tidak peduli lagi apa yang Kyra Lydia
rasa. Malah, dirinya juga tidak memberi peluang Kyra Lydia untuk bercakap.
Baginya, Kyra Lydia layak diperlakukan sebegitu!
Bagi EL, Kyra Lydia hanyalah wanita
yang tamak! Mementingkan sendiri! Api kemarahan EL pada Kyra Lydia meluap-luap.
Kyra Lydia hanya membatu diri, hanya air mata yang deras mengalir. EL
menyalahkan Kyra Lydia kerana merosakkan hubungannya dengan ibunya (Dian
P.Ramlee).
Malah kematian abangnya juga, Yazeed
(Wan Raja) berpunca dari Kyra Lydia. Hingga menyebabkan wanita yang pernah
dicintainya, merangkap kakak iparnya, Zara (Izara Aishah) menjadi balu.
Di rumah, Kyra Lydia menangis
sepuasnya. Dia akui, dirinya banyak membuat kesalahan, malah lagi teruk, orang
yang dia cintai, kini amat membencinya. Kyra Lydia menghubungi ibu kandungnya,
Azlina (Fazlina Ahmad Daud). Kyra Lydia meluahkan segala yang terbuku dihatinya
sambil menangis tersedu-sedan. Ibunya memberi nasihat dan sokongan buat Kyra
Lydia.
Pagi keesokannya, Kyra Lydia
menyediakan sarapan seawal pagi. Kyra Lydia memohon maaf kepada ibu EL dan
menjelaskan kesemua kisah bagaimana EL menjadi kekasihnya. Juga bagaimana banglo
mewah itu menjadi milik EL. Sebelum berangkat pergi, Kyra Lydia menyerahkan
sepucuk surat kepada Sofia (Sharifah Aleysha) untuk diberikan kepada EL.
Ibu EL datang bersemuka dengan EL,
bertanyakan perihal antara dia dan Kyra Lydia. EL tunduk sedih. Ibunya memberikan
dia kata-kata semangat, betapa bahagianya dia mempunyai anak yang telah berjaya
merapatkan hubungan Kyra Lydia dengan ayahnya. Ibunya memberi restu hubungan
dia dan Kyra Lydia.
EL segera bergegas keluar dan mencari Kyra
Lydia namun kelibatnya tiada. Sofia menyapa EL dan memberikan sepucuk surat
yang ditinggalkan oleh Kyra Lydia. Kini, barulah EL sedar, Kyra Lydia sudah
memutuskan hubungan mereka.
EL berusaha menemui Kyra Lydia. Dia ingin
memohon maaf atas apa yang berlaku. Mengenangkan betapa sukarnya dia melupakan
lelaki yang dicintainya itu, Kyra Lydia nekad tidak mahu hubungan itu
diteruskan. EL merayu berulang kali untuk diberikan peluang kedua. Kyra Lydia
hanya mampu menitiskan air mata.
Siapa sangka, lelaki yang pernah
diupah menjadi kekasih itu benar-benar menjadi suaminya. Kyra Lydia memberikan
peluang kedua kepada EL. Malah dirinya juga berusaha memperbaiki sikap dan
dirinya ke arah lebih baik. EL dan Kyra Lydia disatukan dalam majlis yang
meriah. Tamat!
Pelakon yang
menjayakan drama Teman Lelaki Upahan episod akhir
Ungku Ismail Aziz – EL
Siti Elizad Sharifuddin – Kyra
Lydia
Wan Raja – Yazeed
Izara Aishah – Zara
Sharifah Aleysha – Sofia
Dian P.Ramlee – Puan Sri Sanisah
Rahhim Omar – Datuk Azham
Zarynn Min – Datin Izzaty
Fazlina Ahmad Daud – Azlina
Gambar Drama Teman
Lelaki Upahan
Pengajaran drama
episod akhir Teman Lelaki Upahan
1. Jangan
angkuh pada kekayaan yang kita miliki
2. Utamakan
hubungan kekeluargaan
3. Hormati
kedua orang tua kita
4. Sentiasa
memberi kemaafan buat orang lain
5. Berusaha
memperbetulkan keadaan. Terangkan sejelasnya tentang apa yang berlaku, supaya
perselisihan faham dapat dielakkan.
Tamat dah
drama Teman Lelaki Upahan, minggu depan kita bakal saksikan drama
terbaru di Slot Akasia bertajuk Hati Perempuan. Baca respon penonton
drama Teman Lelaki Upahan, ramai yang puas hati dengan kualiti drama ni.
Lakonan yang sangat menyakinkan! Jalan ceritanya juga bagus. Tak merepek. Hmmm…aku
pun suka! Sangat-sangat berbaloi meluangkan masa menonton drama bersiri Teman Lelaki Upahan ni hingga ke episod akhir. Aku bagi 4.9/5 bintang!!!
Drama Teman Lelaki Upahan telahpun tamat
Tarikh episod akhir Teman Lelaki Upahan disiarkan: 26 Mac 2015
Hari: Khamis
Jam: 7.00
malam – 8.00 malam
Saluran: TV3
EmoticonEmoticon