Since artikel RM1,714.50 Earning Kempen Blogbuster Nuffnang - Oral B Supernova 3 dipublish.
Bertalu-talu mesej masuk. Sama ada di blog, di facebook, di fanpage bertanyakan
soalan yang sama. Bagaimana memperoleh pendapatan lumayan menerusi kempen
blogbuster. Apa rahsia mendapatan earning yang banyak sebegitu. Apa tips untuk
dapatkan income ratusan dan ribuan dalam kempen blogbuster.
Masuk kali ni, merupakan kali ke-3 aku join kempen Blogbuster
yang ditawarkan oleh pihak Nuffnang. Walaupun berlangsung dalam tempoh yang
singkat iaitu sekitar 2 minggu, pendapatan yang diperoleh melalui kempen
blogbuster tak pernah mengecewakan.
Kempen Blogbuster pertama aku join iaitu U-Mobile dengan
earning RM540.00. Kempen Blogbuster ke-2
yang aku join ialah Ambi Pur dengan earning RM401.00. Kali ni, kali ke-3, projek Oral B Supernova 3 dengan
earning di luar jangkaan aku sendiri. RM1,714.50. Alhamdulillah, syukur sesangat. Dengan rasa rendah diri aku
nak share tips bersama kengkawan semua. Moga kita sama-sama beroleh manfaat dan
memaksimumkan penggunaan internet sebaiknya.
Tips Tingkatkan Earning Kempen Blogbuster Nuffnang
Untuk mendapatkan earning
Kempen Blogbuster Nuffnang yang lumayan. Apa yang perlu kengkawan buat ialah hanya tingkatkan
trafik di blog. Itulah rahsia sebenar untuk mendapat earning Blogbuster
yang tinggi. Ada pelbagai cara untuk meningkatkan trafik blog. Antaranya:
1) Rajinkan diri berblogwalking
ke blog-blog lain. Cara paling mudah dan cepat melalui mereka yang berada
di bloglist dan dashboard blog kita.
2) Buat kunjungan
balas pada mereka yang meninggalkan
komen di blog kita. Secara tak langsung ia mewujudkan hubungan 2 hala. Mana
tahu, mereka ini bakal menjadi pembaca setia blog kita. Blogger peramah blogger disukai semua orang. So, rajinkan diri kita
membuat jejak balas pembaca blog
kita.
3) Bina hubungan
dengan blogger-blogger baru. Mereka umpama lombong emas yang mana
menyumbang pada trafik blog yang stabil.
4) Bertukar bloglist
dengan rakan blogger kita. Setiap artikel yang kita update, akan terus keluar
di bloglist rakan-rakan.
5) Kerap mengupdate
entry. Tetapkan penjadualan untuk publish entry kita. Dengan ini, mudah
bagi rakan blogger untuk membuat terjahan dari masa ke masa. Sebolehnya, hasilkan
artikel berkualiti yang mana bermanfaat buat pembaca.
6) Buat artikel yang
menjadi carian sepanjang masa. Antaranya jadual cuti umum dan cuti
persekolahan Malaysia, jadual pembayaran gaji kakitangan awam, panduan
kesihatan, tips belajar dan banyak lagi.
7) Buat artikel carian
popular bermusim. Contohnya program di tv umpamanya drama tv, program
realiti tv.
8) Join
segmen/giveaway/contest yang dianjurkan oleh blogger lain. Pastinya ada
terjahan di antara peserta dan juga penganjur.
9) Anjurkan
segmen, giveaway, contest di blog kita sendiri. Ini cara paling cepat menaikkan
trafik blog, lantas menambah pengikut blog kita.
10) Jadi penaja/sponsor
bagi sesebuah segmen, giveaway, contest untuk menarik rakan blogger dan peserta
singgah ke blog kita.
11) Terapkan teknik
seo ke dalam blog agar memudahkan ianya terindeks di halaman utama enjin
carian Google. Artikel kita yang terpapar di halaman utama Google pasti akan
diklik dan dibaca oleh pelayar internet. Part SEO, aku akui aku bukanlah pakar
sangat. Tapi aku try praktikkan. Alhamdulillah, ada artikel yang trafiknya
konsisten. Janaan hanya dari trafik organik.
12) Sebarkan artikel blog kita ke laman ping. Antaranya busuk.org,
kartikel, blogr, guablog, apesal, free backlink, dan banyak lagi. Juga sebarkan
ke group facebook seperti kelab
blogger, blogger 1 Malaysia, ping blog dan banyak lagi. Giatkan usaha
mempromosi artikel kita di mana-mana yang boleh menjana trafik. Berpada-pada
gak dalam sebarkan artikel di laman FB, takut dilabel sebagai spam.
13) Meletakkan button
laman media sosial ke dalam blog. Antaranya Facebook like/ share button,
send button, Google+ button, Tweeter button dan sebagainya. Pembaca yang suka
pada artikel kita akan klik button tersebut lantas mengundang minat pengunjung
lain untuk turut membaca.
*Tak kesemua tips di atas aku praktikkan. Pasal time kempen
blogbuster tu berlangsung, aku balik kampung. So kekangan masa nak buat
blogwalking. Namun, melalui penyertaan segmen, sebaran ping
artikel, penggunaan button laman sosial dan trafik organik melalui SEO
sangat-sangat membantu dalam mendapatkan trafik blog.
Tu je. Sebarang penambahan mengenai tips tingkatkan earning Kempen
Blogbuster Nuffnang dialu-alukan untuk membuat penambahan point di kotak komen
di bawah. Sama-sama kita praktikkan. Sambil berblogging, sambil menjana
pendapatan sampingan. Moga bermanfaat buat semua.
Maklumat lanjut berkaitan Kempen Blogbuster Nuffnang:
RM1,714.50 Earning Kempen Blogbuster Nuffnang
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
39 comments
thanks for sharing... pasni if ada kempen bb lagi nak try jugak... :)
wow
Alhamdulillah.. thanks sharing tips Yumida.. :)
Thanx yumida..apa kata yumida share tips buat video tuh..heè
good info.. nak berjaya kena ada usaha.. :D
Sy paling suka blogwalking kalau banyak masa terluang.. thanks for the tips sis!
good sharing kak..tahniah..alhamdulillah..
wah. tahniah kak ^^
Assalammualaikum... yumida,
thanks atas perkongsian nie... mselim3 tahu yumida seorang yang suka membantu blogger lain cara utk tambah pendapatan melalui blog..
mselim3
pls: thanks , tip2 yang sangar baik...
very good sharing :)
Thanks Share, tapi memang terbaik la dapat banyak untuk campaign blogbuster tu. Hehe
thanks sharing.. huhu, leen sebelum neh ada dapat jugak untuk kempen, tapi selalu abaikan, dan yang oral- B hari tu, first time join. alhamdulillah, tak mengecewakan walau tak sebanyak sis yumida punya. hehe ~~ perlu praktikkan tips neh lain kali .. :)
Berbaloi kalau kita rajin dan berusaha. Selain dari itu perlukan cara dan teknik yang betul. Tahniah Yumida dan terima kasih diatas tips ini.
thanks for sharing yumida
wahh terbaikla yumida..lya rasanya tak mampu lagi
Bestnya klu dpt buat video bb tu..masalahnya xpndai nk bt la..huhu..kongsila cara nk bt video bb nuffnang..hehe
wah hebat nya Yumida mesti belajar from you
woww!! klu rajin semuanyer leh jdi kan...;))
Memang berbaloi sangat kan
blh refer artikel ni - cara buat video blogbuster nuffnang:
http://umikasum.blogspot.com/2014/06/cara-membuat-video-kempen-blogbuster-nuffnang.html
blh refer artikel ni - cara buat video blogbuster nuffnang:
http://umikasum.blogspot.com/2014/06/cara-membuat-video-kempen-blogbuster-nuffnang.html
lya pnh dat offer.. tp x pnh join..
ada skali nk join.. tp sekerat jalanje
ilmu sedikit je..hihi..moga menjadi panduan buat mereka
sokong sgt...keyword penting..cara n teknik yg betul
moga artikel ni membantu mereka yg lain
kagum tgk earning tu..hrp lps ni akan kna berani cuba buat..
teknik SEO tu mcm mana?
cik misi menyahut cabaran..
bila dah sertai, baru dpt pengalaman berharga
teknik SEO blh try usha panduan dri pakar seo
antaranya blogger hasrul hassan, Bin Muhammad
try praktikkan
insha Allah klo menjadi artikel akan keluar di enjin carian
Terima kasih Yumida atas perkongsian tips yang sangat berguna ini :))
Alhamdulillah, murah rezki u
Thanks dear ..perkongsian yang berguna untuk kita semua ..jom amalkan tips2 berikut ..Semoga kita semua dapat menjana pendapatan bersama NUFFNANG ..
Info yang berguna buat blogger2 yg lain. thanks Yumida.. blh cuba praktikkan laa nnti..lama dah xupdate blog..bz memanjang..
inspired sunguh..saya kena lebih rajin ni blogwalking..
wah... syoknya dpt earning banyak... terus rasa semangat balik nak kembali aktif... hehehe
Pedoman yg menarik...
nice sharing dear...
Tima kasih yumida share info ni.. Sngt berguna ni..
banyak info sy dpt...terima sis share tips berguna nih
thanks for sharing
tahniah kak . terima kasih atas perkongsian . dapat banyak maklumat pasal nuffnang kat sini :)