Info penting Kempen Blogbuster Nuffnang

Uniknya mengenai Kempen Blogbuster Nuffnang

Kempen Blogbuster ni jarang ada. Dalam setahun mungkin ada 1,2 or 3 kempen. Bergantung pada tawaran dari advertiser. Memandangkan kehadirannya yang sukar diramal, apa kata kita rembat peluang yang diberikan.

Bagaimana cara membuat video Blogbuster?

Buat mereka yang tak pernah join kempen blogbuster sebelum ni, boleh buat rujukan berdasarkan tutorial ni: Cara Membuat Video Kempen Blogbuster Nuffnang. Ianya hanya contoh sebagai gambaran untuk menghasilkan video. Cara membuat video sebenar, just follow sebagai mana arahan yang dinyatakan oleh advertiser. 
Info penting Kempen Blogbuster Nuffnang, Maksud Kempen Blogbuster Nuffnang Jana income melalui Kempen Blogbuster Ingin terpilih dalam Kempen Blogbuster? Info penting Kempen Blogbuster Nuffnang Cara Membuat Video Kempen Blogbuster Nuffnang Tips Tingkatkan Earning Kempen Blogbuster Nuffnang

Info penting yang anda harus tahu mengenai Kempen Blogbuster Nuffnang

1. Bayaran RM0.50 per video yang habis ditonton bagi berstatus Glitterati. Jika video hanya ditonton sekerat dan tak habis, kemudian terus pangkah CLOSE, tiada bayaran diberikan.
2. Iklan video akan keluar automatik setiap kali pengunjung membuka blog kita.
3. Hanya tontonan pertama sahaja akan dikira, tontonan video bagi kali ke-2 itu tidak dikira. Contoh: Ani membuka blog kita, iklan video automatik dipaparkan. Ani menonton sampai habis selama 10 saat. Kemudian, Ani tertarik pada iklan tersebut lantas klik lagi sekali selesai sahaja iklan tu habis ditonton. Klik lagi sekali oleh Ani tidak menjana earning 50 sen. Hanya tontonan pertama sahaja dikira. Point penting: Kita tidak perlu suruh orang klik video kita, tapi dapatkan trafik tinggi ketika kempen blogbuster berlangsung.
4. Iklan video blogbuster kita diselangselikan oleh iklan Nuffnang. Umpama rotation. Penyiaran iklan mengikut giliran masing-masing. Jadi tidak hairanlah, ketika kengkawan mengunjungi blog kita, tiada iklan video disiarkan sebaliknya hanya iklan dari Nuffnang.
5. Seperti yang dinyatakan di atas, penyiaran iklan video blogbuster mengikut giliran masing-masing. Dalam sehari ada banyak sesi iklan video dipaparkan. Sesi pukul 8 pagi, pukul 10 pagi, pukul 12 tengah malam (contoh sahaja). Agak sukar meramal pukul berapa sebenarnya iklan video ini akan keluar. So, untuk target earning yang tinggi bagi kempen blogbuster ni, kita digalakkan untuk tingkatkan trafik blog dengan pelbagai cara.
6. Merujuk pada point [nombor 3] di atas. Misal kata, Ani singgah ke blog kita jam 8 pagi, iklan video keluar. Ani menonton sampai habis, 50 sen di kredit ke dalam akaun Nuffnang kita. Then, Ani datang lagi pada pukul 10 malam untuk baca isi kandungan blog kita, secara automatik iklan video disiarkan, Ani menonton sampai habis. Di situ, Ani telah memberi keuntungan pada kita sebanyak RM1.00 dalam sehari. Situasi ini merujuk pada kedatangan Ani bagi sesi iklan yang berbeza.
7. Dilarang mengklik iklan video diri sendiri berulang kali. Ini bagi mengelakkan ianya dikategorikan fraud klik. Fraud klik ialah penipuan secara pengklikkan yang mana pihak Nuffnang mengesan klik yang kerap dan berulang kali itu datangnya dari ip address internet yang sama. Bila kita dikesan melakukan fraud klik, kita tidak dapat cashoutkan earning Nuffnang. Earning ditahan. Contohnya earning kempen Blogbuster dibekukan, hanya earning dari kempen CPC dan kempen CPUV sahaja dikira bagi proses cashout.

.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

16 comments

nak kena belajar buat video lah lepas ni :D

Nice sharing dear. baru faham sekarang =) Next time kena tingkatkan lagi trafik..chaiyok2

yesszaaa! memang syok buat video blogbuster ni kan yumida. Harap2 pasni ada rezeki lagi tuk kita hehe :D

akak tak pernah lagi join kempen blogbuster nie..tak pandai nak buat video

bestnyer kalau dapat kempen blogbuster tu :))

Ohh baru saya tahu.. thanks Yumida.. :)

ooo... thnks baru tau hehe

ohh.. bahaya jugak.. kan tak terperasan tertengok video sendiri banyak kali, tak ter cashout earning. hehe ... ~

yang masa tuh susah untuk diramalkan. oo, 3 sesi, okayy.. mekasih share ya.. hehe :)

lya tak reti la buat video nie..syg gak ari tu terlepas peluang

actually fraud klik bukan sahaja pada kempen blogbuster
meliputi seluruh kempen nuffnang termasuk kempen CPC dan CPUV

3 sesi di atas tu contoh je. coz iklan video keluar bila tiba giliran masing-masing. macam ikut giliran. masa sebenar iklan video keluar x dpt dipastikan

Kmk sik pande buat video kacakkkkkk ;(

Tangan kaku tak leh nak buat video hehehee ..Kena banyak belajar lagi pasni ..
Thanks Yumida atas perkongsian ..

so far tak pernah join lagi....

Oo.. Mcm tu.. Mekasih share..