Keazaman nak
memiliki Safi Balqis White Trilogy akhirnya tercapai. Beli Safi Balqis ni kat
Watsons. Cawangan Watsons ni baru di buka di Bandar Mukah, Sarawak. Happy!
Pasal…boleh shopping produk kecantikan di Watsons. Ada banyak pilihan. Boleh
survey mana yang kita nak. Kalau beli kat kedai, kat super market agak payah sikit.
Coz barangan kosmetik padat dan bercampur aduk.
Ada 1 kedai tu just
pamer kotak kosmetik je. Isi dia kosong. Kalau nak beli produk tu, kena bawa
kotak kosmetik tu ke kaunter cashier. Nanti mereka ambil produk sebenar. Tak
bez la kan. Orang nak tengok design botol dia macam mana. Jenis krim ker, jenis
cecair ke. Part tu yang aku kurang gemar. Yeah..Watsons dah ada kat sini!
Safi Balqis White
Trilogy Cerah sempurna
Arbutin – Nano
BioWhite – Kiwi
Krim kecantikan
Harga: RM6.70
Pengenalan Safi Balqis White Trilogy:
Safi Balqis White telah
diuji secara saintifik untuk mencerah 3 lapisan epidermis kulit untuk hasil
pencerahan yang sempurna dan selamat dari dalam. Diperhebat dengan kombinasi Arbutin terkenal dengan manfaat
pencerahannya di dalam produk penjagaan wajah. Nano BioWhite berfungsi melambatkan proses
pigmentasi, mengurangkan kerosakan sel serta mempertingkatkan kelembapan kulit,
lantas menjadikan kulit cerah bermaya melalui proses pencerahan 3 lapisan
epidermis kulit. See, hebatkan? Sememangnya produk dirumus khas untuk
mencerahkan kulit.
Kelebihan Safi Balqis White Trilogy:
Memudarkan
pigmentasi, menutup cela, menyamaratakan tona kulit, menghidratkan kulit,
melindungi dari sinaran UV, mengekalkan lembapan, mencerahkan kulit, menghaluskan
kulit, melembutkan kulit dan melindungi kulit dari radikal bebas. Hasilnya,
kulit menjadi halus, mulus dan cerah sempurna.
Proses pencerahan kulit melalui Safi Balqis White Trilogy:
3 Minit – Bertindak pada lapisan luar
kulit untuk memulakan proses pencerahan secara semulajadi
3 Hari – Mula mengurangkan
pembentukan melanin pada lapisan dalam kulit
3 Minggu – Kulit menjadi cerah sempurna
hasil pencerahan jauh ke dalam lapisan kulit
Untuk mendapatkan
kulit cerah sempurna, korang kena dapatkan 3 produk utama rangkaian Safi Balqis
White Trilogy. Yang aku beli ni krim kecantikan, just untuk asas solekan.
3 produk pencerahan kulit Safi Balqis White Trilogy:
1) Pembersih Muka
Safi Balqis White Trilogy
2) Krim Pelembap
Safi Balqis White Trilogy
3) Serum Safi
Balqis White Trilogy
Insha Allah, jika
digunakan secara konsisten pasti korang akan mendapat hasil positif. Safi
Balqis White Trilogy produk transformasi kecantikan diri, kulit cerah,
berseri-seri u olls!
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
20 comments
pernah try guna produk ni tapi x lama.. huhu
dulu akak memang pengguna safi balqis ni..sekarang nie dah bermacam-macam jenis safi kan..
bagus ek
menarik ni
Harga pun berpatutan. Sekarang ni SR tegah cuba limau gedang punya. Hehe
Produk Safi Balqis nie memang bagus. Kawan zumal cakap orang kulit sensitif boleh guna tak perlu takut mengelupas dan lain2 efek :)
Mmg pengguna tegar safi balqis
sy guna safi balqis white trilogy skrg ni.. safi balqis yang dulu da xjual, sy tanya org kedai kosmetik, org kedai tu ckp da x jual. safi balqis yg baru ni mmg ok, xde effect lg kt kulit stkt ni, ssuai utk kulit sensitif :)
byk dah produk safi balqis nih..apapn guna pencuci muka safi jer..yg lain xpakai pn..
produk safi memang best, ika pun guna tp cleanser je.. yg pasti hrga pun murah. hihi mampu milik ..
takut tak sesuai dgn kulit
Kak Lya guna SAFI ..Alhamdulillah ok jer setakat ni ..
Alhamdulillah, dah lama juga guna pencuci muka & krim kecantikan...memang puas hati...harga pun berpatutan...^_^
Okay juak harga ya bah.. Kmk tok kejap pake kjap skip gik, yalah malas beli krim2 tok gik ;D
oh..akak guna lain ler...but good try....
Sy pnh try produk safi ni..tp xsesuai dgn kulit..
Sememangnya HEBAT !!!!
Siapalah yg dapat hadiah UTAMA tu ya ..
Saya pakai pencuci muka safi balqis white trologi limau gedang, scrub buih pembersih safi balqis white trologi limau gedang, toner safi balqis white trologi dan krim pelembap malam safi balqis white trilogi.. untuk krim kecantikan nye saya pakai krim kecantikan safi yg warna hijau tu.. buat masa ni memang best set safi balqis white trologi ni.. bau die lebih kurang safi rania.... tak pedih tak terik n nipis cuma rase segar n kulit makin halus.. buat masa ni saya sukaaaa sangat.. mudah mudahan kekal n makin cantik pakai safi balqis white trologi.. ni baru 3 hari pakai .. nak tengok kesannye dlm mase 3 minggu... hihihihi
Kulit saya jenis kombinasi. berjerawat tapi tak la teruk sangat.saya dah try macam2 jenis produk penjagaan muka, baik yang mahal mahu pun murah. keluaran tempatan dan luar negara. mahupun dari kedai jamu atau pun farmasi..mostly yg mahal, dari farmasi tu memang ok. tapi tak memuaskan..yela..lambat lepas tu mahal, mana mampu nak maintain beli. kalau produk tempatan pulak dia cepat sangat kesan dia tapi tu lah, lama2 dia rosak kan kulit, pedih2 bila kne matahari atau time basuh muka dan tepek krim muka jadi merah2 sbb kulit makin nipis dan kadang tu de merkuri.So scary~~(sangat2 tak recommend beli produk tempatan walau ade kelulusan dari KKM, NO PLEASE) Orang cakap less is more.Saya sangat setuju dengan statement ni. Dulu kalau nak jaga muka, semua saya nak beli. dari pencuci muka sampai ke serum, moisturizer la, scrub, krim malam, krim jerawat etc.etc~~. tapi lepas saya guna pencuci muka safi white trilogy limau gedang (yg colour orange yg dah siap2 ada toner dalam pencuci tu)dan Safi Balqis Oxywhite (moiturising gel), kulit saya makin cerah, bersih, parut jerawat pun pudar dan muka tak begitu berminyak. Memang best. Pakai tu je dah ok. jimat! (but sesiapa nak kesan lebih optima, beli la semua rangkaian dia, tapi peringatan untuk sesiapa kulit yang berminyak, please pakai moisturzer berasaskan gel macam Nature Republic Aloe Vera ke atau mana2 jenama lain yang anda berkenan (janji gel, gel tu texture krim dia transparent atau jernih sbb water base ok so tak menambahkan minyak dekat wajah anda)Tapi klu nak keluar rumah tu, supaya tak kena sunburn pakai la krim sunblock mana jenama yang sesuai dengan kulit anda. I recommend brand Lip Hop Ultra Whitening Sun Protection Lotion SPF 80 because it's less oily, light and non-greasy texture.Saya pakai tudung, so bila pakai sunblock ni, mmg xde belang lansung.So percaya la.hehe