Sinopsis drama Menantu Sepuluh Ribu
Drama Menantu Sepuluh Ribu memaparkan
kisah Ikhwan (Fizz Fairuz) bertanggungjawab dalam menguruskan perniagaan milik
keluarganya. Ikhwan mempunyai pakej lengkap yang mana menjadi dambaan para
wanita. Wajahnya kacak, kaya, bergaya, berjawatan tinggi di syarikat milik
ayahnya.
Mona (Salwa Md Razak) melaksanakan
berbagai strategi untuk membuatkan Ikhwan jatuh hati padanya. Mona berhasrat
untuk menjadikan Ikhwan sebagai suaminya.
Ikhwan berhasrat untuk mengembangkan
perniagaannya. Dia telah berbincang dengan ayahnya, Datuk Musa (Cat Farish),
untuk membeli sebidang tanah di kawasan perkampungan untuk mendirikan kilang.
Ikhwan segera bergerak ke kampung untuk membeli tanah di situ.
Haji Yaakob (Zack Taipan) merupakan
bekas pemandu keluarga Ikhwan. Haji Yaakob memperkenalkan pemilik tanah iaitu Alang
(Zulkifli Mohd Salleh) kepada Ikhwan. Keputusan membeli sebidang tanah telah
dipersetujui kedua-dua pihak. Semasa Ikhwan hendak berjumpa Alang, dia
terserempak dengan anak perempuan Alang. Buat pertama kalinya, Ikhwan jatuh
hati pada gadis bernama Umairah (Reen Rahim).
Selepas mencapai kata persetujuan
membeli tanah. Ikhwan kini fokus untuk membangunkan tapak tanah tersebut. Ikhwan
membuat keputusan untuk berada di kampung bagi memberi tumpuan kepada
pembangunan kilangnya. Bermula saat itu, Ikhwan berkawan baik terhadap Umairah.
Umairah sering membantu Ikhwan dalam menyediakan juadah berbuka puasa. Hubungan
Ikhwan dan Umairah sangat rapat. Tanpa sedar, timbul bibit cinta antara mereka.
Melihat Ikhwan jarang berada di
Bandar. Timbul syak wasangka di hati Mona. Lantas Mona membuat keputusan untuk
menyiasat mengapa Ikhwan suka menghabiskan masa di kampung. Setibanya di
kampung, Mona menyaksikan Ikhwan sedang berbual mesra dengan seorang gadis.
Perasaan marah di hati Mona membuak-buak. Baginya, Ikhwan hanya miliknya
seorang. Mona cemburu tidak bertempat. Padahal selama ini, Ikhwan tidak pernah
memberi respon terhadap perasaannya. Bermula hari itu, Mona merancang untuk
memisahkan hubungan mereka.
Suatu hari, Ikhwan menyatakan
hasratnya ingin memperisterikan Umairah. Menerima beritu itu membuatkan seluruh
keluarga Ikhwan terkejut. Mana tak nya, selama ini mereka tidak pernah melihat
Ikhwan bercinta dengan mana-mana gadis. Adakah hasrat Ikhwan akan tercapai?
Akan bersatukah Ikhwan dengan Umairah? Bagaimana dengan Mona? Yang selama ini
yakin Ihkwan akan menjadi suaminya selama ini. Adakah keluarga Ikhwan akan
menerima kehadiran Umairah seadanya? Saksikan drama TV3 Menantu Sepuluh Ribu
untuk mengetahui kisah selanjutnya.
Saksikan drama Menantu Sepuluh Ribu di TV3:
OST Menantu Sepuluh Ribu | Lagu Tema Menantu Sepuluh
Ribu
Saksikan drama slot Azalea Menantu Sepuluh Ribu
Hari: Isnin hingga Khamis
Jam: 4.00 petang hingga 5.00 petang
Saluran: TV3
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
13 comments
Selamat menonton
Jom
bagi sesiapa yang ada kesempatan blh la menonton..
selamat melayan drama yang menarik nih..
Sempat jugak layan citer ni ..Ok la
layan jangan tak layan
Nice ;D
pernh tengok sekali je
Dah gk berkali jugak dahhh ..tak tahu plak berapa episod
Menantu 10 Ribu ..
Tak berpeluang nak tgk cite ni sngt klau en.suami dh ngdap tv.. Hehe
Tak berpeluang nak tgk cite ni sngt klau en.suami dh ngdap tv.. Hehe
selamat menonton....