Rasulullah
SAW bersabda yang maksudnya:
“Bersahurlah
kamu kerana sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan”
(Riwayat
Bukhari & Muslim)
Tempoh waktu sahur
Waktu
sahur bermula tengah malam hingga terbit fajar. Kita digalakkan untuk melambatkan
waktu sahur iaitu kira-kira 10 minit sebelum bilal melaungkan azan Subuh.
Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa waktu bersahur itu adalah bersamaan
dengan bacaan 50 ayat suci Al-Quran.
Alasan apabila ramai yang tidak mahu angkat sahur
Mengantuk,
letih dan kekurangan masa tidur
Kelebihan bersahur
1. Melalui
bersahur, ia membekalkan tenaga buat kita sepanjang kita menjalani ibadat puasa
pada waktu siang.
2. Sahur
adalah amalan sunat yang berkat. Orang yang bersahur, Insha Allah akan mendapat
ganjaran pahala di mana Allah akan merahmati orang-orang yang makan sahur dan
malaikat juga akan mendoakannya.
3.
Bagi membezakan antara puasa penganut agama lain dengan puasa kaum muslimin. Penganut
lain tidak bersahur sebelum berpuasa. Kerana itu juga umat Islam digalakkan
untuk bangun sahur.
4. Waktu
sahur adalah waktu yang paling mustajab untuk berdoa kepada Allah S.W.T. Panjatkanlah
doa padaNya, moga-moga di bulan Ramadhan yang berkah ni, doa kita akan
dimakbulkan olehNya.
Cara bersahur yang betul
Bersahur
dengan pengambilan makanan dalam kuantiti secukupnya. Tidak digalakkan
mengambil terlalu sedikit atau terlalu banyak makanan. Ini kerana pengambilan
makanan yang terlalu sedikit atau pengambilan makanan berlebihan ketika sahur,
boleh menjejaskan kesihatan. Bersahurlah dengan kadar sederhana.
Doa Puasa:
Ramadhan Kareem:
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
18 comments
Nice sharing
Bersederhaha
Semoga diberkati selalu
insyallah...dah tak sabar nak bersahur dan berpuasa nie ..selamat berpuasa yumida
Rindu kat ramadhan
slamat brpuasa yumida, comel la header tu..:)
emm, sgt elok lelambat2 kan waktu bersahur tapi ramai yg susah nk bgn..
Header comel le
selamat menjalani ibadah puasa Yumida.. Marhaban Ya Ramadhan Kareem..
http://pemudattbc.blogspot.com/2014/06/ramadhan-kareem-selamat-menjalani.html
rindunya dgn suasana bersahur dgn family...
Salam Ramadhan kak ;D
Jangan lupa sahur pagi nanti ;)
Sahur itu sunnah ..janagn lupa bersahur ..
Semoga puasa kita hari ini mendapat keberkatan ..
banyak kelebihan bersahur
Jngn melepaskan sahur... rugi nanti.. :)
Rugi bagi sesiapa yg tidak bsahur..byk keberkatan yg ada di dlmnya..jom bsahur bg yg tidak suka bersahur..
Janagn lupa sahur nanti tau ..sahur itu sunnah