Tips Tingkatkan Earning Kempen Blogbuster Nuffnang

Since artikel RM1,714.50 Earning Kempen Blogbuster Nuffnang - Oral B Supernova 3 dipublish. Bertalu-talu mesej masuk. Sama ada di blog, di facebook, di fanpage bertanyakan soalan yang sama. Bagaimana memperoleh pendapatan lumayan menerusi kempen blogbuster. Apa rahsia mendapatan earning yang banyak sebegitu. Apa tips untuk dapatkan income ratusan dan ribuan dalam kempen blogbuster.

Masuk kali ni, merupakan kali ke-3 aku join kempen Blogbuster yang ditawarkan oleh pihak Nuffnang. Walaupun berlangsung dalam tempoh yang singkat iaitu sekitar 2 minggu, pendapatan yang diperoleh melalui kempen blogbuster tak pernah mengecewakan. 
Tips Tingkatkan Earning Kempen Blogbuster Nuffnang, cara jana pendapatan lumayan menerusi kempen blogbuster nuffnang, cara raih keuntungan tinggi dengan kempen blogbuster nuffnang
 Kempen Blogbuster pertama aku join iaitu U-Mobile dengan earning RM540.00. Kempen Blogbuster ke-2 yang aku join ialah Ambi Pur dengan earning RM401.00. Kali ni, kali ke-3, projek Oral B Supernova 3 dengan earning di luar jangkaan aku sendiri. RM1,714.50. Alhamdulillah, syukur sesangat. Dengan rasa rendah diri aku nak share tips bersama kengkawan semua. Moga kita sama-sama beroleh manfaat dan memaksimumkan penggunaan internet sebaiknya.

Tips Tingkatkan Earning Kempen Blogbuster Nuffnang

 Untuk mendapatkan earning Kempen Blogbuster Nuffnang yang lumayan. Apa yang perlu kengkawan buat ialah hanya tingkatkan trafik di blog. Itulah rahsia sebenar untuk mendapat earning Blogbuster yang tinggi. Ada pelbagai cara untuk meningkatkan trafik blog. Antaranya:

1) Rajinkan diri berblogwalking ke blog-blog lain. Cara paling mudah dan cepat melalui mereka yang berada di bloglist dan dashboard blog kita.
2) Buat kunjungan balas pada mereka yang meninggalkan komen di blog kita. Secara tak langsung ia mewujudkan hubungan 2 hala. Mana tahu, mereka ini bakal menjadi pembaca setia blog kita. Blogger peramah blogger disukai semua orang. So, rajinkan diri kita membuat jejak balas pembaca blog kita.
3) Bina hubungan dengan blogger-blogger baru. Mereka umpama lombong emas yang mana menyumbang pada trafik blog yang stabil.
4) Bertukar bloglist dengan rakan blogger kita. Setiap artikel yang kita update, akan terus keluar di bloglist rakan-rakan.
5) Kerap mengupdate entry. Tetapkan penjadualan untuk publish entry kita. Dengan ini, mudah bagi rakan blogger untuk membuat terjahan dari masa ke masa. Sebolehnya, hasilkan artikel berkualiti yang mana bermanfaat buat pembaca.
6) Buat artikel yang menjadi carian sepanjang masa. Antaranya jadual cuti umum dan cuti persekolahan Malaysia, jadual pembayaran gaji kakitangan awam, panduan kesihatan, tips belajar dan banyak lagi.
7) Buat artikel carian popular bermusim. Contohnya program di tv umpamanya drama tv, program realiti tv.
8) Join segmen/giveaway/contest yang dianjurkan oleh blogger lain. Pastinya ada terjahan di antara peserta dan juga penganjur.
9) Anjurkan segmen, giveaway, contest di blog kita sendiri. Ini cara paling cepat menaikkan trafik blog, lantas menambah pengikut blog kita.
10) Jadi penaja/sponsor bagi sesebuah segmen, giveaway, contest untuk menarik rakan blogger dan peserta singgah ke blog kita.
11) Terapkan teknik seo ke dalam blog agar memudahkan ianya terindeks di halaman utama enjin carian Google. Artikel kita yang terpapar di halaman utama Google pasti akan diklik dan dibaca oleh pelayar internet. Part SEO, aku akui aku bukanlah pakar sangat. Tapi aku try praktikkan. Alhamdulillah, ada artikel yang trafiknya konsisten. Janaan hanya dari trafik organik.
12) Sebarkan artikel blog kita ke laman ping. Antaranya busuk.org, kartikel, blogr, guablog, apesal, free backlink, dan banyak lagi. Juga sebarkan ke group facebook seperti kelab blogger, blogger 1 Malaysia, ping blog dan banyak lagi. Giatkan usaha mempromosi artikel kita di mana-mana yang boleh menjana trafik. Berpada-pada gak dalam sebarkan artikel di laman FB, takut dilabel sebagai spam.
13) Meletakkan button laman media sosial ke dalam blog. Antaranya Facebook like/ share button, send button, Google+ button, Tweeter button dan sebagainya. Pembaca yang suka pada artikel kita akan klik button tersebut lantas mengundang minat pengunjung lain untuk turut membaca.

Tips Tingkatkan Earning Kempen Blogbuster Nuffnang, cara jana pendapatan lumayan menerusi kempen blogbuster nuffnang, cara raih keuntungan tinggi dengan kempen blogbuster nuffnang

*Tak kesemua tips di atas aku praktikkan. Pasal time kempen blogbuster tu berlangsung, aku balik kampung. So kekangan masa nak buat blogwalking. Namun, melalui penyertaan segmen, sebaran ping artikel, penggunaan button laman sosial dan trafik organik melalui SEO sangat-sangat membantu dalam mendapatkan trafik blog.

Tu je. Sebarang penambahan mengenai tips tingkatkan earning Kempen Blogbuster Nuffnang dialu-alukan untuk membuat penambahan point di kotak komen di bawah. Sama-sama kita praktikkan. Sambil berblogging, sambil menjana pendapatan sampingan. Moga bermanfaat buat semua.


Maklumat lanjut berkaitan Kempen Blogbuster Nuffnang:
RM1,714.50 Earning Kempen Blogbuster Nuffnang

39 comments

thanks for sharing... pasni if ada kempen bb lagi nak try jugak... :)

Alhamdulillah.. thanks sharing tips Yumida.. :)

Thanx yumida..apa kata yumida share tips buat video tuh..heè

good info.. nak berjaya kena ada usaha.. :D

Sy paling suka blogwalking kalau banyak masa terluang.. thanks for the tips sis!

good sharing kak..tahniah..alhamdulillah..

Assalammualaikum... yumida,

thanks atas perkongsian nie... mselim3 tahu yumida seorang yang suka membantu blogger lain cara utk tambah pendapatan melalui blog..

mselim3

pls: thanks , tip2 yang sangar baik...

Thanks Share, tapi memang terbaik la dapat banyak untuk campaign blogbuster tu. Hehe

thanks sharing.. huhu, leen sebelum neh ada dapat jugak untuk kempen, tapi selalu abaikan, dan yang oral- B hari tu, first time join. alhamdulillah, tak mengecewakan walau tak sebanyak sis yumida punya. hehe ~~ perlu praktikkan tips neh lain kali .. :)

Berbaloi kalau kita rajin dan berusaha. Selain dari itu perlukan cara dan teknik yang betul. Tahniah Yumida dan terima kasih diatas tips ini.

thanks for sharing yumida

wahh terbaikla yumida..lya rasanya tak mampu lagi

Bestnya klu dpt buat video bb tu..masalahnya xpndai nk bt la..huhu..kongsila cara nk bt video bb nuffnang..hehe

wah hebat nya Yumida mesti belajar from you

woww!! klu rajin semuanyer leh jdi kan...;))

Memang berbaloi sangat kan

blh refer artikel ni - cara buat video blogbuster nuffnang:

http://umikasum.blogspot.com/2014/06/cara-membuat-video-kempen-blogbuster-nuffnang.html

blh refer artikel ni - cara buat video blogbuster nuffnang:

http://umikasum.blogspot.com/2014/06/cara-membuat-video-kempen-blogbuster-nuffnang.html

lya pnh dat offer.. tp x pnh join..
ada skali nk join.. tp sekerat jalanje

ilmu sedikit je..hihi..moga menjadi panduan buat mereka

sokong sgt...keyword penting..cara n teknik yg betul
moga artikel ni membantu mereka yg lain

kagum tgk earning tu..hrp lps ni akan kna berani cuba buat..

teknik SEO tu mcm mana?

cik misi menyahut cabaran..
bila dah sertai, baru dpt pengalaman berharga

teknik SEO blh try usha panduan dri pakar seo
antaranya blogger hasrul hassan, Bin Muhammad
try praktikkan
insha Allah klo menjadi artikel akan keluar di enjin carian

Terima kasih Yumida atas perkongsian tips yang sangat berguna ini :))

Alhamdulillah, murah rezki u

Thanks dear ..perkongsian yang berguna untuk kita semua ..jom amalkan tips2 berikut ..Semoga kita semua dapat menjana pendapatan bersama NUFFNANG ..

Info yang berguna buat blogger2 yg lain. thanks Yumida.. blh cuba praktikkan laa nnti..lama dah xupdate blog..bz memanjang..

inspired sunguh..saya kena lebih rajin ni blogwalking..

wah... syoknya dpt earning banyak... terus rasa semangat balik nak kembali aktif... hehehe

Tima kasih yumida share info ni.. Sngt berguna ni..

banyak info sy dpt...terima sis share tips berguna nih

tahniah kak . terima kasih atas perkongsian . dapat banyak maklumat pasal nuffnang kat sini :)


EmoticonEmoticon