Cara Membuat Video Kempen Blogbuster Nuffnang

As salam buat rakan pembaca,

Selepas penerbitan artikelku yang bertajuk RM1,714.50 Earning Kempen Blogbuster Nuffnang - Oral B Supernova 3. Ramai yang mengajukan persoalan. Bagaimana nak buat video blogbuster ni. Antara komen yang paling banyak dihantar, ‘tak tahu macam mana nak buat video’. So, dengan terhasilnya artikel ni sedikit sebanyak akan aku kongsikan pengalaman yang pernah aku lalui dalam penghasilan video blogbuster.

Suatu ketika dahulu, aku juga pernah melalui fasa kurang arif cara bagaimana nak menghasilkan video blogbuster. Pertama kali baca, aku dah rasa “susahnya!”. Baca 4-5 kali, aku masih blur. Baca berbelas kali baru aku memahami serba sedikit sambil membuat sedikit research. Tu baru part memahami, belum masuk part nak buat video. Apa-apa tawaran kempen blogbuster Nuffnang, pastikan korang buat sedikit kajian mengenai produk tersebut. Supaya memudahkan korang dalam pembikinan video nanti.

Cara Membuat Video Kempen Blogbuster Nuffnang, tawaran Kempen Blogbuster Nuffnang, Maksud Kempen Blogbuster Nuffnang Jana income melalui Kempen Blogbuster Ingin terpilih dalam Kempen Blogbuster?
Antara contoh video Blogbuster yang pernah aku hasilkan bagi kempen yang lain

Tips Penting Tawaran Kempen Blogbuster Nuffnang:
1. Video Submission Deadline – alert pada tarikh akhir video tersebut di submit. Biasanya, tempoh diberikan untuk menyiapkan video tak lama, dalam sekitar seminggu sahaja.
2. Campaign Period – tempoh kempen blogbuster berlangsung depend pada kehendak advertiser. Kadang-kadang dalam 2 minggu, kadang-kadang 3 minggu atau selanjutnya.
3. Tingkatkan trafik blog semasa kempen blogbuster berlangsung. Untuk mengetahui cara tingkatkan trafik selanjutnya meningkatkan earning kempen blogbuster, insha Allah akan dikongsi minggu hadapan.
4. Bayaran RM0.50 per video yang habis ditonton (status Glitterati)
5. Record a short video (approx. 10 seconds) – dah katanya 10 saat je. So, jangan lebih. Kasi adjust video korang supaya menepati kriteria yang advertiser nak.
6. Submit video – paling banyak boleh submit 5. Nak submit 1 video je pun boleh. Tapi berisiko sikit. Coz kalau video tu kena reject takde back up video lain. Better buat melebihi 1 video.
7. Convert video tu kepada format yang advertiser nak. Antaranya MOV, MPG MP4, 3GP, FLV and M4V.
8. Follow kesemua arahan yang tertera dalam tawaran kempen blogbuster.

Patuhi arahan dan larangan pihak advertiser:
Do not wear any red and green (contoh warna) coloured clothings.
No product placement required in the video.
Do not show any competitor brands in the video.

Video Kempen Blogbuster - Oral B Supernova 3

Format video: MOV
Saiz video: 3.15 MB
Tempoh video: 10 saat

Cara Membuat Video Kempen Blogbuster Nuffnang

Tutorial menghasilkan video Oral B Supernova 3 berpandukan tawaran kempen Blogbuster Nuffnang yang ditawarkan bulan lepas. Disertakan butiran arahan advertiser dan contoh gambaran video di atas.
1. Bloggers saw FB App and Lisa says “garlic is the bad breath king”. 
Minit video: ke-0.1 saat hingga ke-2.45 saat
2. Bloggers challenge and eat a lot of garlic/petai/local favourite stinky
food.
Minit video: ke-2.46 saat hingga ke-3.55 saat
3. Walk close to friends and talk non-stop, just to make their friends feel nausea/smelly of the garlic smell. Until the friend couldn’t stay with it anymore and complaint: “Why didn’t you brush your teeth or why your mouth stinky etc!?”. 
Minit video: ke-3.56 saat hingga ke 6.59 saat
4. After all, bloggers show it’s actually an experiment and agree to the FB
App to #ReThinkYourMouth. Bloggers to encourage readers to rethink what have you done to protect your mouth and see what Lisa says – FB App. End video in 3 seconds - ReThink Your Mouth today and give your mouth the best oral protection!
Minit video: ke-6 saat hingga ke-10 saat

Info video:
Video ni boleh rakam diri sendiri secara direct. Ianya lebih mudah. Hanya memerlukan diri kita sebagai pelakon. Juga boleh tambahkan pelakon tambahan dengan bantuan orang sekeliling kita. Bergantung pada situasi gambaran yang tertera dalam syarat dan terma advertiser.  Macam contoh di atas, video terhasil melalui gandingan pelakon blog dan grafik kartun. Agak rumit dan leceh sebenarnya nak lukis-lukis bagai. Makan masa. Rasa nak lebih senang, rakam video diri sendiri. Edit dan gabungkan scene rakaman. Siap!
Maklumat lanjut berkaitan Kempen Blogbuster Nuffnang: Maksud Kempen Blogbuster Nuffnang Jana income melalui Kempen Blogbuster Ingin terpilih dalam Kempen Blogbuster? Info penting Kempen Blogbuster Nuffnang Cara Membuat Video Kempen Blogbuster Nuffnang  Tips Tingkatkan Earning Kempen Blogbuster Nuffnang RM1,714.50 Earning Kempen Blogbuster Nuffnang
Moga cara menghasilkan video kempen Blogbuster Nuffnang ni membantu rakan blogger sekalian dalam menyahut cabaran bagi kempen blogbuster yang akan datang. Kalau difikirkan susah, memang ianya susah. Try dulu..tak try kita tak tahu. Moga bermanfaat buat semua.

.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

33 comments

10sec tu da besarkan nilainya. inshaAllah pasni buat yg terbaik

waaaaah..nice..tq sharing :)

awesome... sungguh bermanfaat dan terima kasih atas perkongsian pintar ini... :D

Alhamdulillah, rezeki tu Yumida...akak tumpang happy untuk Yumida...

tips yang menarikk..hehe ~ leen tukang edit jah .. pelakon org lain .. hehe

Terima kasih Yu, CM ada dapat jugak campaign Blogbuster ni, tapi tak reti nak buat video bagai, rs rugi pun ada sebab biarkan campaign tu berlalu, tambah-tambah lagi bila tahu Yu dapat earn banyak hari tu..terima kasih perkongsian ini.sangat berguna:)

wah... earning memang masyuk sesangat..

rasanya cakap bahasa campur ok kot. tp x pasti gak. depend dgn advertiser yg jadi juri video tu. buat bm pun blh gak.

ngeee :)
moga memberi manfaat

sokong sesangat kat onie. nilai 10 saat yg berharga. memberi pulangan lumayan. alhamdulillah

terima kasih yumida atas perkongsian.. kalau ade tawaran Blogbuster lps nie, rase nak try juga la..

Ruginya dah banyak kali abaikan kempen blogbuster nie. Sebab nampak macam rumit jek nak buat video. Tapi lepas baca entri kak Yumida nie, rasa macam excited pulak. Menanti dapat kempen blogbuster lagi. :D

Macam tu yer Yumida... Terima kasih atas perkongsian ilmu berguna ini :)

kmk nang selalu biar ajak kempen tok. mok polah video kedirik malu, atau kawan2 leceh. huhu. molah kartun2 kedak ktk sik tauk. sobs

wah...thanks sharing Yumida....bestnya dapat buat iklan blockbuster..SA lebih kepada malu...

Wahh bestnyerr kalau pandai buat video cam Yumida buat ...
Tahniah berjaya menghasilkan sesuatu yang terbaik ...
Tq jugak atas perkongsian ini ..

Nice info but akak tak pernah buat video lagi...

Wah, terbaekkkkkkk ;D

Masih tidak kesampaian untuk membuatnya :)

info meanrik..kalau ada peluang lgi lya nak cuba la mcm nie

wah tahniah yumida!^^ btw, yumida guna apa buat video sbb hari tu deno nak buat guna doodle tapi tak reti la.. pastu tinggal mcm tu je padahal doodle dah siap

doodle tu gabungkan dalam movie maker. dlm semua pc ada software movie maker. juz adjust time dia je.

Terbaik laa..memang kena teliti dan sabar dlm mhasilkan video nih..apapn tahniah buat Yumida krn bjaya mhasilkan video yg tbaik..

Thanks :D Masa tu dapat tapi blur tak tawu nak buat apa..

Terima kasih Yumida sudi berkongsi informasi.