Pengacara Anugerah Industri Muzik ke 20 - Aznil Hj Nawawi & Nabil Ahmad

BACA: Anugerah Industri Muzik ke 20 - Senarai Pencalonan AIM 20

Pengacara nombor satu negara, Datuk Aznil Hj Nawawi tahun ini bakal kembali untuk menjadi pengacara majlis kemuncak Anugerah Industri Muzik ke 20 (AIM 20) yang akan berlangsung 14 Disember ini di Stadium Putra Bukit Jalil.

Jika tahun lepas beliau bergandingan dengan Adibah Noor, tahun ini nampaknya giliran Nabil Ahmad menjadi pasangan Pak Nil untuk mengendalikan majlis anugerah dengan tema Meraikan Kemuncak Segalanya itu.

Selain pengumuman pengacara AIM 20, sidang media semalam juga mengumumkan barisan artis yang akan membuat persembahan pada malam itu nanti dan mereka termasuklah Datuk Siti Nurhaliza, Hafiz, Shila Amzah, Najwa Latif, Spider, Ning Baizura, DJ Fuzz, Waris dan Aizat.

Dua orang artis popular Indonesia iaitu Rossa & Afgan juga bakal muncul membuat persembahan istimewa pada malam AIM 20 nanti yang mempertaruhkan 17 kategori untuk menghargai penggiat muzik tanah air.


Pengacara AIM 20 - Aznil Hj Nawawi & Nabil Ahmad

Saksikan Anugerah Industri Muzil ke-20 (AIM 20)
Lokasi AIM 20: Stadium Putra Bukit Jalil
Hari: Sabtu
Tarikh: 14 Disember 2013
Jam: 9.00 malam
Saluran: Astro Ria 104 & Maya HD 135
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

3 comments

memang mantap la kalau 2 org tu mengacarakan mjlis.. ^^