Dugaan demi dugaan menimpa pelakon terkenal, Adi Putra. Masihkah korang ingat kes
skandal yang dikaitkan dengannya? Belum pun berakhir
kes skandal Adi Putra, timbul lagi gosip mengatakan kononnya Adi Putra telah menggunakan
pengaruh orang kenamaan bagi menutup kes tersebut.
Dugaan berat…kesian pun ada. Apakan daya itulah rencah bila menjadi seorang
selebriti. Melihat situasi ni, Yumida kagum pada ketabahan isteri Adi Putra, Aida. Tenang…sentiasa menyokong
suaminya.
Adi Putra (dua dari
kanan) bersama isterinya, Aida dan para peguam.
Hari ini, diputuskan..pelakon Adi Putra bebas daripada sebarang dakwaan
berhubung kes skandal dengan wanita berstatus isteri orang pada September lalu.
Peguam Adi Putra memaklumkan keputusan siasatan rasmi polis sejak 4 bulan lalu
telah diklasifikasikan sebagai 'no
further action' (NFA) atau tiada tindakan lanjut sekali gus membuktikan Adi Putra tidak bersalah.
Ingin tahu kes skandal yang dikaitkan dengan
Adi Putra?
Pada September lalu, Adi Putra didakwa menjalinkan
skandal dengan isteri orang dan aktor itu disiasat polis selepas suami wanita
berkenaan iaitu seorang ahli perniagaan dari Johor membuat aduan. Dikatakan
mereka saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan wanita terbabit
yang berusia 30 tahun walaupun baru seminggu berkenalan. Adi Putra dikatakan
berkenalan dengan wanita terbabit menerusi laman Instagram dan kemudian mereka
kerap berbalas mesej melalui aplikasi WhatsApp sejak 29 Julai lalu sehinggalah
perbuatan berkenaan dihidu suami wanita itu.
Sumber: Mstar
Now, Alhamdulillah. Segalanya telah berakhir.
Moga kehidupan Adi Putra bersama isteri tercinta (Aida) tenang, damai, bahagia
selamanya.
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
8 comments
bila jadi figura umum ni terdedah kepada macam2 jenis risiko kan yumida??? hopefully lepas ni tak adalah lagi isteri orang yang mengaku ada hubungan dengan adi putra ni... hu hu hu...
kesian pun ada tapi inilah dugaan utk dia
semoga tabah, mungkin ini risikonya bila bergelar artis atau selebriti...
Alhamdulillah dah selesai isu pasal ni, :)
belum selesai lagi...pihak yag lagi satu nak bangkitkan kembali kes ini....
Dugaan kehidupan sebagai artis.. semoga beliau & isteri ttp tabah..
pasti ada hikmah semua ni kan...
sik paham kmk cerita nya tok.. lagipun sik ngekot gilak cerita.. malas mok ambik tauk. hehe