Apple mahu Samsung bayar kos guaman AS$22 juta

Apple menuntut Samsung Electronics membayar AS$22 juta (RM71.1 juta) daripada kos guaman berhubung saman hak cipta oleh pengeluar iPhone dan iPad berkenaan ke atas pesaingnya itu.

Jumlah itu yang difailkan di sebuah mahkamah pada Khamis lalu merupakan tambahan kepada ganti rugi AS$930 juta yang dimenangi oleh Apple dalam dua perbicaraan berasingan di Mahkamah Persekutuan di sini, dalam negeri California.

Apple mahu Samsung bayar kos guaman AS$22 juta, apple menang saman samsung, apple sue samsung

Dalam saman itu, Apple mendakwa Samsung meniru reka bentuk dan aplikasinya untuk digunakan dalam telefon pintar keluaran gergasi elektronik Korea Selatan berkenaan.

Apple terpaksa membayar yuran guaman melebihi AS$60 juta (RM194 juta) kepada peguam-peguam belanya dalam kes saman paten tersebut.

Firma Amerika Syarikat tersebut juga mahu Samsung membayar pasukan peguamnya sebanyak AS$6.2 juta (RM60 juta) sebagai kos tambahan lain.

Sumber: Kosmo

Apple mahu Samsung bayar kos guaman AS$22 juta, apple menang saman samsung, apple sue samsung
*Fuh…berpeluh-peluh tengok angka tu. Tak main ribu-ribu nyer. Nak juta-juta. Menggerunkan bila syarikat gergasi menyaman syarikat gergasi lain. Kedua-dua nama tersebut sangat kukuh penjenamaan produknya! Kan kan…korang nyer handphone pakai brand mana?
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

14 comments

adehhh tak habis lagi saman menyaman ye hehehe. Tapi, kayo tetap kayo! hehe :D

pooyoooo r apple ni....huhuhuhuhu
kite support asia brand...huhuhu

sony hehehe banyaknya jumlah saman..

Saya pakai Nokia E7-00 je Yumida. Hehehehe

ZH Blogger

kadang-kadang saman itu adalah strategi bisnes juga..

p/s: Salam blogwalking dari peserta-Contest SEO Eridy

ke sebab skrg iphone dan makin menurun..tu yang nak saman berjuta2 ringgit tu...

Assalamualaikum Yumida

jangan dia saman pengguna udah laaaa

kaya ler Apple....pandai dorang buat duit.......

apa agaknya apple mahukan ..tak habis2 lagi

dyh x mampu lg pkai apple..mkn apple je mmpu..hoho..biar la dy nk saman..jgn saman kta suda..hoho..diorg kaya xpe la.. t_t

Hihii..kes saman lagi...ikut suka dorang laa.asal tak saman kita pengguna sudaaa...



x0x0 ^___^

samsung pernah pakai, iphone pun pernah pakai....tp sekarang setia dengan samsung hewhew

wah...tak abis dendam lagi ke dorang nie..hehehe..strider isi tabung Sony promotion sini...

Regards,
-Strider-

tak settle lagi eh diorg ni...