Konsert AF 2013 Minggu Keenam | Komen Juri

As salam buat rakan pembaca,

Sape yang tengok Konsert Minggu Keenam Akademi Fantasia (AF 2013) pada 20 Oktober 2013 yang lepas? Well, sebagai penonton yang menonton konsert minggu keenam AF 2013 ni.. Apa komen korang mengenai persembahan mereka pada malam tersebut?

Berikut merupakan tajuk lagu yang dinyanyikan oleh bintang AF 2013 di konsert minggu keenam. Jom terjah komen para juri. Oh ya, juri Roslan Aziz tidak hadir untuk konsert minggu ke-6 ni. So, diganti dengan Melly Goeslow.

Aisyah AF 2013 Ikut Rentakku (Jaclyn Victor)
Komen juri – Edry KRU: Persembahan baik dan menyerlah, movement juga menarik even duduk di kerusi.
Komen juri – Sharifah Amani: Well done!
Komen juri – Melly Goeslow: Aisyah mempersembahkan nyanyiannya sebaiknya.
Komen aku: Pakaian Aisyah nampak cantik. Persembahan Aisyah juga bertenaga even menyanyi dalam keadaan duduk di kerusi.

Indah AF 2013 Ku Menunggu (Rossa)
Komen juri – Edry KRU: Lagu tak menunjukkan kebolehan vokal Indah.
Komen juri – Sharifah Amani: Indah ada voice dan karisma yang baik. Berharap minggu depan Indah dapat lagu yang lebih mencabar vokalnya.
Komen juri – Melly Goeslow: Lagu simple tapi bermakna bila dinyanyikan oleh Indah.
Komen aku: Persembahan Indah nampak menghiburkan. Arrangement lagu juga kedengaran sedap didengar.

Irmisa AF 2013 Teman Tapi Mesra (Ratu)
Komen juri – Edry KRU: Persembahan Irmisa menghiburkan dan menampakkan ada kelainan. Key rendah tak stabil pada permulaan lagu.
Komen juri – Sharifah Amani: Persembahan menarik. Nyanyian Irmisa kedengaran menjerit.
Komen juri – Melly Goeslow: Kumpulan duo harus sama-sama membantu, bangun bersama, gabungan harus kukuh.
Komen aku: Persembahan menghiburkan dengan nyanyian yang rancak, ditambah dengan kehadiran penari dari bintang AF 2013. Suntikan dangdut dalam lagu tu menjadikan ianya menarik dan sedap didengar. Masih nampak kelemahan suara Irsa. Di mana ada kalanya nyanyiannya tak kedengaran. Tenggelam di sebalik muzik rancak lagu.

Faizul AF 2013 Cinta Ini Membunuhku (D’Masiv)
Komen juri – Edry KRU: Faizul ada peningkatan setiap minggu. Penampilan menarik. Menasihati Faizul agar menyanyi dari hati, harus ada injection perasaan dalam lagu.
Komen juri – Sharifah Amani: Disagree dengan Edry. Mata Faizul menunjukkan feel, persembahan menarik dengan adanya gitar.
Komen juri – Melly Goeslow: Suara Faizul enak dan membuatkan penonton melting.
Komen aku: Aku setuju dengan pendapat Edry. Tiada rasa dalam nyanyian Faizul. Kosong. Emosi lagu tak sampai kepada penonton. Kehadiran gitar memang memberi kelainan persembahan Faizul.

Nabila AF 2013  Love Fool (The Cardigans)
Komen juri – Edry KRU: Persembahan nyanyian sesuai dengan tema lagu. Tapi nyanyian Nabila tidak menarik untuk ditonton.
Komen juri – Sharifah Amani: Suka persembahan Nabila. Nampak usaha Nabila untuk fight dalam konsert AF ni. Nabila faham meaning lagu dengan membuat memek muka yang sesuai dengan nyanyiannya.
Komen juri – Melly Goeslow: Jadikan segala kritikan untuk membina diri jadi lebih baik.
Komen aku: Decoration pentas dengan belon-belon nampak menarik. Cuma persembahan Nabila tak bertenaga. Kedengaran mendatar. Lagu yang dinyanyikan rancak, tapi penonton tak merasai kerancakkan lagu tu.

Amira AF 2013 Terima Kasih (IAmNeeta)
Komen juri – Edry KRU: Tone suara Amira besar, range tak tinggi. Vokal Amira tenggelam dalam muzik rancak tu. Lagu tu seharusnya dinyanyikan Amira dengan caranya tersendiri.
Komen juri – Sharifah Amani: Suka suara Amira. Nyanyian Amira tiada rasa, tak sampai kepada penonton. Amira harus pandai connect dengan penonton.
Komen juri – Melly Goeslow: Jangan sia-siakan peluang di AF, jangan malu-malu, suara Amira seksi.
Komen aku: Nyanyian Amira hanya biasa sahaja. Arrangement lagu tu takde, so takde rasa special dalam lagu tu.

Suhada AF 2013 Madu 3 (Ahmad Dhani)
Komen juri – Edry KRU: Vokal Suhada tak kemas, bertaburan! Seharusnya lagu ni Suhada buat cara tersendiri, tanpa mengikut versi penyanyi asal. Kehadiran penari langsung tak membantu nyanyian.
Komen juri – Sharifah Amani: Persembahan Suhada nampak terlalu mencuba.
Komen juri – Melly Goeslow: Suhada mempunyai karakter kuat antara semua peserta AF lain. Pandai menari. Suhada harus nyanyi mengikut tempo lagu.
Komen aku: Persembahan Suhada nampak biasa. Tiada keunikan. Arrangement lagu juga tiada, nyanyian pun mendatar.

Azhael AF 2013 Kita (Forteen)
Komen juri – Edry KRU: Persembahan menarik dan mengagumkan. Azhael nyanyi lagu ni dengan caranya tersendiri, gabungan vokal yang mantap dan kumpulan duo yang kukuh.
Komen juri – Sharifah Amani: Setuju dengan pendapat Edry, nyanyian ni ada energi. Share emosi dengan penonton dan menasihati Azhael jangan over confident.
Komen juri – Melly Goeslow: Teknik vokal bagus. Kekurangan azhael muzik tak sekata, segala nyanyiannya merangkumi lirik, melodi lagu harus bersatu!
Komen aku: Persembahan Azhael menghiburkan. Nyanyian best di dengar juga sangat bertenaga.

Konsert AF 2013 Minggu Keenam | Komen Juri, Konsert Akademi fantasia 2013 Minggu Ke-6

Berakhirnya konsert minggu keenam AF 2013, disambut dengan penyingkiran..

Secara keseluruhannya, pemilihan lagu minggu keenam ni tidak menyerlah kehebatan vokal sesetengah bintang AF 2013. Lagu kurang mencabar bagi aku. Arrangement lagu juga kurang, suntikan kreativiti dalam lagu juga kurang, menampakkan persembahan bintang AF 2013 kelihatan biasa-biasa sahaja. Apa pun, kehadiran Melly Goeslow sebagai inspirer Akademi Fantasia tahun ni menyinari lagi industri muzik kita. Dulu hanya dapat menatap persembahannya, nyanyiannya, tapi melalui AF 2013, dapat melihat Melly Goeslow dengan lebih jelas lagi. Caranya mendidik, mengajar peserta AF. Pssst! Nantikan inspirer terkemuka untuk minggu hadapan. Dato’ Siti Nurhaliza! Tak sabar nak tengok!

Ingin mengetahui komen juri selama Konsert AF 2013 berlangsung? Jom terjah!
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

15 comments

datang klik churp2 yumida ;)

mama minat af ni, tapi jarang ada masa nak tengok... hihi

mama menabung sini untuk yumida..

tak pernah tngok AF ni..rumah kita dah tak pakai astro :)

ayu tgk jgk..tp msih tak menyerlah la dorang..azhael indah n aishah ja kot ok skt kan

tak tengok pun..yang sepatutnya keluar tak keluar masih stay..macam mana nak maju..huhu

rasanya AF kali ni kurang menyengat la... kurang dapat sambutan.

IRmisa tu sbnrnya sedap gak kan sora dorang tp undian peminat x cukup...

*derma klik2 sbb rajin utk Yumida arini :)

KA x pernah layan AF 2013 ni hehehe

Sekarang ni best pulak dengar suara Faizul..Indah memang best...klik2 tabung awak pulak :)

masih xfhm kenapa kenapa kenapa nabila boleh terpilih.....

terbaiklh yumida.. :)

churp2 kat sini...

overall konsert last week ya mcm boring bg kmk.. lagi tertarik nangga komen2 org kt twitter guna hashtag #af2013 ya.. haha..