Isu
larangan bercinta dan berkahwin sepanjang tempoh kontrak dimeterai bersama MIG
Talents yang dibangkitkan Wawa Zainal dan Aeril Zafrel sebagai alasan punca
mereka merahsiakan hubungan cinta dan perkahwinan mula diperdebatkan.
Tak
kurang yang melihat alasan pasangan itu terpaksa mencari sebab takut dimarahi
David Teo apabila melanggar kontrak, sekali gus tergamak untuk berkahwin secara
rahsia dan menipu demi menyelamatkan diri. Ironinya, kalau dilihat ada artis di
bawah bumbung MIG tak kira yang masih diuruskan atau tidak contohnya seperti
Lisa Surihani, Farid Kamil dan Intan Ladyana tidak langsung menjadikan alasan
bercinta atau berkahwin untuk menyembunyikan kebenaran.
Malah
isu larangan bercinta dan berkahwin itu turut mendapat perhatian Persatuan Seniman
Malaysia (SENIMAN) hingga menggesa syarikat produksi tempatan yang berbuat
demikian memansuhkan syarat berkenaan kerana ia dianggap mencabuli hak asasi
manusia yang mempunyai fitrah untuk disayangi dan menyayangi.
Di MIG, David bertanggungjawab atas artis
naungannya dan apa dilakukannya itu dilihat wajar. Dalam konteks Islam pun,
lebih afdal jika menjalinkan cinta selepas kahwin. David sendiri pernah cakap,
sesiapa boleh jadi baik jika mengikut ajaran agama masing-masing.
Diana
Amir yang juga artis naungan MIG bakal menamatkan zaman bujangnya dengan
pelajar peringkat Sarjana di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang iaitu Mohd
Habibbullah A Rahman pada 25 Oktober ini, diajukan persoalan sama ada benar
larangan bercinta dan berkahwin seperti syarat dalam kontrak bersama MIG
menjadi beban kepadanya.
Diana,
27, dan Habibullah, 26, dijadualkan melangsungkan pernikahan selepas solat
Isyak di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Sidang media mengenai
pernikahan mereka diaturkan pihak MIG dan berlangsung di pejabat syarikat
berkenaan, petang Jumaat lalu. Pasangan itu sudah mengikat tali pertunangan
selama setahun.
B*POP: Berapa lama lagi kontrak bersama MIG?
Diana:
Masih berbaki setahun dan Diana sudah bersama MIG sejak 2009.
S:
Sepanjang awak jadi artis naungan MIG, ada tak syarat awak dilarang berkahwin?
J:
Ya, macam ada... tapi yang Diana tahu tak boleh membabitkan soal cinta sesama
artis naungan dan krew MIG. Tapi, perkara macam ini fleksibel, pihak pengurusan
MIG pun tak marah apabila Diana beritahu dah bertunang.
S:
Apakah syarat larangan berkahwin dalam kontrak MIG menjadi beban kepada awak?
J:
Sejak awal lagi, David Teo sudah umpama ayah angkat Diana dan begitu juga
dengan artis naungan MIG yang lain. Sejak dulu juga, kalau ada berkawan dengan
sesiapa, Diana tak ketinggalan memberitahu perkara itu kepadanya. Selalunya,
David memberi nasihat untuk Diana pertimbangkan termasuk soal mencari teman
hidup dan hal berkaitan itu dan ini. Bagi Diana, nasihatnya itu semestinya
untuk kebaikan Diana. Disebabkan ayah Diana jauh di Johor Bahru, jadi secara
tak langsung David yang akan dirujuk Diana kerana dia lebih dekat. Lagipun
David sudah lama di arena seni dan apa yang ditegur atau dinasihati demi
kebaikan bersama. Diana tak melihat isu larangan bercinta atau berkahwin
seperti dalam kontrak kerja sesuatu yang membebankan.
S:
Bagaimana pula rancangan awak yang nak berkahwin tak lama lagi?
J:
Macam Diana cakap tadi, sesiapa yang menjadi teman akan diperkenalkan
kepadanya. Kalau yang kita kawan itu OK, David akan beri lampu hijau dan
begitulah sebaliknya. Tak langsung marah sebaliknya jika David tak berkenan
dengan sesiapa yang Diana kenali, itu bererti David risau dengan diri Diana. Di
MIG, David bertanggungjawab atas artis naungannya dan apa dilakukannya itu
dilihat wajar. Dalam konteks Islam pun, lebih afdal jika menjalinkan cinta
selepas kahwin. David sendiri pernah cakap, sesiapa boleh jadi baik jika
mengikut ajaran agama masing-masing.
Apabila
David melarang itu bererti beliau bimbang ia akan mendorong kepada permasalahan
sosial. Kalau teman Diana yang David suka dia tiada masalah atau bantahan.
Malah, David dan isterinya, Jane serta staf MIG banyak membantu Diana memberi
kelancaran dalam hal nak kahwin termasuk mengadakan sidang media mengenai
pernikahan. Kalau kita serius dalam sesuatu perkara, MIG pasti membantu apa
yang patut. Cuma dalam soal nak kahwin, keputusan itu di tangan Diana.
S:
Awak perkenalkan bakal suami kepada David?
J:
Diana mengenali bakal suami sejak dua tahun dan Diana akui hanya memaklumkan
perkara pertunangan kepada David selepas persetujuan keluarga kami dicapai.
David minta Diana memperkenalkan tunang kepadanya. Tetapi Diana hanya memberi
gambaran kepadanya saja mengenai tunang. David OK dan memberi sokongan. Lagipun
ia perkara baik.
S:
Komen mengenai isu Wawa dan Aeril?
J:
Diana tak berhak masuk campur dan apa yang terjadi antara mereka dengan David
boleh diumpamakan masalah keluarga. Apa yang Diana boleh katakan, Diana tumpang
gembira kerana mereka sudah memiliki anak hasil perkongsian hidup. Harap juga
kontroversi yang melanda mereka akan surut tak lama lagi.
S:
Apa perkembangan terkini?
J:
Diana sekarang lebih banyak membabitkan diri dalam dunia pengacaraan berbanding
lakonan. Diana ada mengacarakan program Semangat Intelek Swadaya di TV9 yang
sudah memasuki musim kedua. Diana turut mengacarakan program Sunsilk Hijabku Gayaku
yang akan disiarkan di TV9 dan TV3. Kali terakhir Diana berlakon filem ialah
menerusi filem Salam Cinta di samping Kamal Adli.
Kredit foto to Samsultahir Photography
Tahniah
diucapkan buat Diana Amir. Moga dipermudahkan urusan majlis nikahnya nanti.
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
20 comments
Semoga dipermudahkan segala urusan mereka & beroleh kebahagiaan dunia & akhirat.. amin. Thanks sharing Yumida.. Salam hujung minggu :)
Tahniah buat pasangan tok.. ;)
thanks
setuju syarat itu dimansuhkan.....
macam-macam hal. apa pon. suka tengok diana bertudung.
Tahniah Diana Amir.
alhamdulillah :)
alhamdulilah akhirnya diana amir akan menamatkan zaman bujangnya..amin
Good Diana Amir :)
tahniah diana..comel betul dia..
kena tunjuk dekat david teoh dulu yea...hehehe..
apapun, selamat pengantin baru buat diana..
ihihi suka sangat dengan dia ni dan seronok dengar dia nak kahwin. :D
makin cantik dan berseri seri diana amir ni sekarang :)
cantik sungguh diana amir ni :)
dah macam omputeh pulak ada kontrak takbole kawin. apa pun tahniah untuk Diana Amir :)
Yumida.. cer singgah sini.. mcm yumida menang jea.. http://fiqansz.blogspot.com/
tahniah buat diana amir and tunangnya.. :D
makin cantik diana ni kan... :)
apalah hak david tu nak halang org berkahwin kan.. huhu.. tahniah buat diana dan pasangan.. cantik diana ni.. retis icon!
cantik gambar perkahwinan diana ni...