Bajet 2014

Datuk Seri Najib Razak semalam membentangkan Bajet 2014, iaitu pelan kewangan lengkap yang proaktif dalam memenuhi janji kerajaan dalam memakmurkan negara dan mensejahterakan rakyat.

   Bertemakan ‘Memperteguhkan Ketahanan Ekonomi, Memperkasakan Transformasi dan Melaksanakan Janji
Bajet ke-56 itu juga dirangka untuk memastikan ekonomi terus kukuh dan mengurangkan defisit fiskal negara.

Bertemakan ‘Memperteguhkan Ketahanan Ekonomi, Memperkasakan Transformasi dan Melaksanakan Janji’ bajet itu menggariskan lima teras iaitu Merancak Aktiviti Ekonomi; Mengukuh Pengurusan Fiskal; Mengungguli Modal Insan; Mempergiat Pembangunan Bandar dan Luar Bandar dan Mensejahterakan Kehidupan Rakyat.

Bajet memperuntukkan RM264.2 bilion berbanding RM251.6 bilion tahun lalu itu disasarkan bagi melaksanakan langkah, program dan projek kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara.

Dalam mengukuhkan pengurusan fiskal negara, Najib berkata, kerajaan memandang serius isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012.

Sebagai langkah penambahbaikan, katanya, kerajaan mengambil langkah proaktif membuat pengauditan ke atas projek melebihi RM100 juta ketika pelaksanaan projek itu.
Sistem percukaian

Dalam memudahkan pembayar cukai yang membuat potongan cukai bulanan (PCB), kerajaan, katanya, mencadangkan supaya pembayar cukai tidak perlu mengemukakan borang nyata cukai pendapatan jika berpuas hati bahawa PCB adalah cukai muktamad, berkuat kuasa tahun taksiran 2014.

Sementara itu, dalam usaha memperluas lagi asas percukaian dan menjadikannya lebih saksama, kerajaan bercadang memperkenal Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan.

Najib berkata, GST akan berkuatkuasa pada 1 April 2015, kira-kira 17 bulan dari sekarang dan kadar GST yang ditetapkan adalah enam peratus berbanding kadar cukai jualan, iaitu lima dan 10 peratus dan cukai perkhidmatan pada kadar enam peratus.

“GST bukanlah cukai tambahan baru. Lebih 160 negara sudah melaksanakan GST. Ini menunjukkan bahawa GST adalah satu sistem percukaian yang terbaik setakat ini dan terbukti berkesan,” katanya.

Apabila GST dilaksanakan, kerajaan akan memberi pelbagai bantuan sokongan semasa peringkat peralihan seperti bantuan tunai RM300 sekali bayar kepada penerima BR1M; kadar cukai pendapatan individu akan dikurangkan satu hingga tiga peratus; pendapatan bercukai pada kadar maksimum dinaikkan daripada melebihi RM100,000 kepada melebihi RM400,000 dan kadar cukai maksimum kini 26 peratus pula dikurangkan kepada 24, 24.5 dan 25 peratus berkuat kuasa 2015.

Bajet 2014 - Bantuan persekolahan
 bantuan persekolahan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah RM100

Dalam teras mengungguli modal insan, Najib turut mengumumkan bantuan persekolahan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah RM100 diteruskan bagi memanfaatkan kira-kira 5.4 juta pelajar.

“Kerajaan juga meneruskan program Baucar Buku 1Malaysia dengan nilai RM250 kepada setiap pelajar pra-universiti dan IPT untuk mengurangkan kos pembelian buku dan bahan pengajian,” katanya.

Perdana Menteri berkata, dalam teras terakhir Bajet 2014, iaitu mensejahtera kehidupan rakyat, tumpuan antaranya meningkatkan keselamatan dan ketenteraman awam; menyediakan perkhidmatan kesihatan berkualiti; pemerkasaan Bumiputera dan meningkatkan pemilikan rumah.


Sumber: Berita Harian
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

10 comments

skrg ni pi mana2 pun sembang pasal bajet je..

Org mmg masih tngh hot citer ttg bajet.. thanks sharing ye :)

bajet yang xthu nk tafsir cmne..hu3 =) mcm xkena je dgn janji kan..

salam.mahu anak sekoalh nasinya terbela.

dah habis cuti? done

hanya mampu tersenyum saja.. singgah isi 3-3 tabung.. :D

:) ada jugak tgk Bajet 2014. Byk sangat pembaharuan. http://nurjannatulain.blogspot.com/2013/10/pencarian-sponsor-ga.html
klu b'minat, pm sy ^^

Perlaksanaan GST bakal membebani rakyat..

Kenaikkan gaji masih tak terlaksana.cuma kenaikkan bonus semata-mata ia tidak dapat menampung kos sara hidup makin tinggoi

http://pemudattbc.blogspot.com/2013/10/syria-operasi-mujahideen-di-darya.html

tiap2 tahun nur tak pernah tgk belanjawan ni..hehehe

selesai sudah pembentangan.. apa2pun, belajarlah utk bersyukur.. kalo kita ssh, ada lagi yg ssh dari kita.. at least kita dpt la jugak imbuhannya.. ;)