Bajet 2014: Bonus setengah bulan untuk penjawat awam

Kira-kira 1.4 juta penjawat awam akan menerima bonus setengah bulan gaji atau minimun RM500, demikian diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bajet 2014: Bonus setengah bulan untuk penjawat awam


Najib yang juga Menteri Kewangan berkata bagi meringankan lagi beban golongan pesara, kerajaan juga akan memberi Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM250.

"Bayaran bonus dan bantuan khas kewangan ini akan dibayar pada awal Januari 2014," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2014 di Dewan Rakyat hari ini.

Pada Ogos lepas, sebagai persiapan Hari Raya, Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 dan RM250, masing-masing telah dibayar kepada penjawat awam dan pesara.

Bayaran bantuan khas kepada penjawat awam itu adalah untuk Gred 1 hingga Gred 54.

Sumber: Kosmo Online


.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

7 comments

Wah.. rezeki penjawat awam.. tahniah :)

kita yg kerja swasta ni berkelip-kelip ajelah nampaknya..kuikui

Assalammualaikum.. yumida,

tahniah lah buat penjawat awam... k

mselim3

alhamdulillah... deqla antara yg merasa bonus ni.. hihi ;)