As salam buat rakan pembaca,
Seperti yang
dijanjikan, inilah resepi Kek Lapis Sabok Tun Razak. Seperti yang diwar-warkan
pada entry terdahulu: Kek Aidiladha air
tangan hb ku. Nak tahu cara membuatnya, meh terjah!
Gambar Kek Lapis Sabok Tun Razak. Bukan aku yang buat ni tau. Ehem-ehem hb ku yang rajin ittew :)
Bahan-bahan Kek
Lapis Sabok Tun Razak:
500g mentega
200gm tepung hongkong
200gm gula halus
50gm serikaya
1/2 cawan susu pekat manis / 10 sudu makan
6 sudu besar serbuk koko / 40gm
1 sudu teh coklat emulco/browning sugar
2 sudu teh esen vanilla
10 biji telur ayam-gred A
4 sudu besar nestum beras(nestum baby) / 50gm
4 sudu besar serbuk horlick /100gm
pewarna merah
Cara-cara
membuat Kek Lapis Sabok Tun Razak:
1. Putar mentega dan susu sehingga berkrim
dan putih.
2. Putar gula dan telur hingga kembang di
dalam bekas lain.
3. Masukkan serikaya putar hingga sebati dan
masukkan tepung gandum,esen vanilla.
4. Bahagikan adunan kepada:
A.pewarna merah + nestum beras
B.adunan plain + serbuk horlick
C.serbuk koko + coklat emulco/browning sugar
5. Panaskan oven/alat pengukus dan griskan
loyang,bakar/kukus adunan selapis-lapis dimulai dengan adunan merah dulu
kemudian adunan koko dan seterusnya adunan plain.
6. Ulangi proses melapis itu sehingga habis.
7. Bakar pada suhu 180c sehingga sedikit
kekuningan mengikut keadaan oven masing2. (kukusan adunan sehingga masak 7-10
minit setiap lapisan)
Kek yang siap dipotong, sedia untuk dingap!
Haaa...boleh la korang try bila weekend
nanti. Sedap! Nyum! Nyum!
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
32 comments
www.cahayacinta.com
waha..semuanya main putar -putar jugalah.saya baru habis mutar tapi untuk 2 minggu yang lepas.mutar buat mufin sahaja huhuh..
suka tengok warna dia cantik dna terang
sedapnya....done klik
ha tu dia dah keluar dah rezeki kek lapis ni, nanti ada masa boleh cuba ni... he he he...lama dah tak baking, last baking hari raya puasa hari tu...
kita tak reti buat kek tapi biskut raya pandai plak hihi...sedap nie macam kek yang jual kat kedai la :)
nak skit..hihik
ermmm....sedapnya...
waaa..sedapnya kak...
Pergh!! sedapnya Yumida oi.. tak ingat pun nak pos sini ek? hehehe
keluar dah resepi...takut pulak tak mejadi kek nie...lagilah kalau nipis2 nie
thanks yumida nmpk sedap..jom duduk berjiran hehee
Kek cantik macam ni sayang nak makan..he he... harini kak ina lak klik2 nuff awak :)
yum..lazat..saya memang suka kek
nyamannya.lamak sik makan kek lapis tok...kelak nak molah. boleh jual hihihi
bukak-bukak je entry ni, terjojol bijik mata saya tengok kek yang cantik ni. I like cake very much. especially, bila time lapar. memang rasanya, kalau buat satu bancuhan tu, memang saya sorang je la yang lahap.
Nyamannnn ;)
kek lapis sabok..?? 1st time dengar..
hehe...geram aku tegok ni...hihi...sedap o!
Eh, siap ada bagi resepi, bagusnya
sedapnyer.. maaf lambat terjah semula, bercuti, busy dgn keje & kesihatan Adik x mengizinkan lately !
ni pes time dgr tepung hongkong...mmg ada ek..haha apa pun mmg mabeles la nmpk kek tu..nasib jauh kalo dekat dh mintak skit.hehee
sedapnya nak cuba lah
nyaman da jak rupa..p nak melapis ya la lemah..huhu..
Nampak sedapnya. hehe
boleh try tok..
sabok ya maksudnya sampin nak? kain pelikat pun sama juak nak? Jarang dipake udah perkataan sabok ya.. huhu
tepung hongkong?
pertama kali nur dgr ni...
baru nak tanya pasal tepung tu.. nur tanya dulu..haha.. 1st time gak dgr nih.. kena cari kat hongkong la eh? haha.. ;p
resepi nampak mudah dik, tapi nak membaking tu yg mcm malas last buat kek last week....thanks resepi.....
sedapnya... nak try buat jugak la.. hihi :)
Tq Yumida sudi kongsi resipi ..
Ada masa boleh la layann buat
yg pelik nye bahan dia xda tepung gandum yg ada tepung hongkong,.. cara mbuatnya pulak ada tepung gandum tp takda tepung hongkong..
ASKLM, kak liha pernah buat kek ni, tapi tak berlapis ,nama kek sabon tu razak sahaja. warna coklat. sedap kek ni.