Wawa Zainal dan Aeril Zafrel sudah bernikah

Sape yang tengok Galaksi semalam? Fuh! Setianya aku menunggu Galaksi sampai habis semata-mata nak tahu pasal isu hangat ni. Apa hubungan antara Wawa Zainal dan Aeril Zafrel? Rakan biasa? Buah hati? Ataupun suami isteri?

Wawa Zainal dan Aeril Zafrel sudah bernikah, gosip perkahwinan Wawa Zainal dan Aeril Zafrel, Wawa Zainal Aeril Zafrel

Sebelum ni, kedua-dua pasangan ini menafikan sekeras-kerasnya tentang gossip perkahwinan mereka. Sampaikan aku pun tertanya-tanya. Mengapa khabar angin ni semakin panas? Sehingga membabitkan kelahiran seorang bayi.

Akhirnya…persoalan mengenai status perkahwinan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal telah pun terjawab di dalam sidang media hari Jumaat lepas. Disiarkan di Galaksi lagi. Tengkiu pihak wartawan Galaksi. Sekurang-kurangnya dapat la meredakan isu tegang ni. Lagi pun ramai peminat di luar sana yang ingin tahu.

Wawa Zainal dan Aeril Zafrel sudah bernikah, Wawa Zainal, Aeril Zafrel
pic kredit to Kosmo Online

Menurut Aeril, mereka telah bernikah 2 kali iaitu pada 25 Februari 2012 dan 4 Februari 2013. Airel berkata, pernikahan pertama bertujuan untuk menghalalkan perhubungan daripada segi syarak. Manakala, pernikahan kedua bertujuan untuk mendapatkan status yang sah kepada anak pasangan itu untuk didaftarkan di bawah Jabatan Pendaftaran Negara dan dibinkan atas nama sebenar Airel iaitu Suhairil Sunari.

Mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ahmad Fakharuddin Attar yang dilahirkan pada 24 Ogos 2013. Dengan pengakuan ini, terjawablah segala persoalan yang bermain di minda kita semua. Buat Wawa Zainal dan Aeril Zafrel, tahniah diucapkan. Moga perkahwinan ini kekal bahagia di dunia dan akhirat.
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

29 comments

akhirnya...tak tgk pulak galaxy semalam..xpelah yg penting dorg sah suami isteri..

Terjawablah sudah.. terkejut jugak.. Kawin senyap-senyap je.. :-) Semoga bahagia.. Bila masa yer Wawa Zainal tu pregnant?? Tak tahu pun..

Barakallah.. hentikan sepkulasi. moga mereka bahagia hendaknya

semoga dorang bahagia hinggal akhir hyat. Aminn

sama kacak, sama cantik...semoga kekal sampai jannah,..:)

Semoga mereka berbahgia sehingga ke anak cucu.. amin :)

Moga bahagia hingga akhir hayat.. :) Mesti cute anak ya.. ^_^

xpe la yg pntg dorg dah sah...mmg secocok

mesti frust peminat mereka.. doakan semoga perkahwinan mereka diberkati oleh Allah dan kekal hingga ke syurga.. :D

woah. compicated betul ceritanya. ape2 pon doakan yg terbaik untuk dorang :)

Ika ada tengok galaksi, ika tengok dengan abah :)

Alhamdulillah, sekurang-kurangnya mereka memang sah suami isteri. Mungkin ada sebab dan alasan kenapa mereka merahsiakan perkahwinan mereka, yang pasti sebab itu mesti kukuh kan? Sebagai peminat, atau lebih baik dikatakan sebagai saudara seIslam, kita doakan kebahagiaan mereka. Secocok ni haa ika tengok :)

Semoga bahagia, mesti comel anak dorang ni :)

Akhirnya terjawab sudah, semoga bahagia bpanjangan...

melepassss

tumpang bace cni jom ke blog sy jgk ek,nk exchange bloglist ngan sy bgtau la :)

Tak Mungkin Benar

depa takut kat david teoh..cian... perkahwinan perlu dihebohkan....tau...

sy tak sempat tgk galaksi pun smlm.bce dlm pper arini je.terjawab sudah segalanya.smga mereka berdua bahagia ke akhir hayat..

sama2 kita doakan kebahagian mereka berdua...

Tedah nangga tunang wawa zainal ya jak. Hmmmm.. Kempang ati molah org kedak ya..

semoga bahagia hingga ke syurga.. :)

tahniah buat sidak duak.. mok nangga anaknya gik. mesti kiut nak. hehe

alhamdulillah...semuanya dah terungkai.
semoga berbahagia hendaknya

sah nikah kan.. x sgka sgt... kan lebih baik awal2 lagi dihebahkan.. kan dlm islam mmg digalakkan hebah.. agar tak timbul fitnah.. apapun moga mereka kekal berbahagia.. teringin nak tgk anak dorg.. huhu..

ho.. dah nikah dulu 2012 yea.. ingatkan baru nikah 2013 .. tu yg pelik awat cepat nye beranak..hu3