Buku Harian Baim Episod Akhir

Sinopsis Sinetron Buku Harian Baim Episod Akhir (TV9) Episod 95 | Baim / Ibrahim (Ibrahim Khalil Alkatiri) bersedih kerana rahsia antara ibu dan ayahnya telah terbongkar! Rupa-rupanya kasih sayang dan kemesraan yang ditunjukkan di hadapan Baim adalah palsu! Mereka sebenarnya tidak saling menyayangi.

Sinopsis Sinetron Buku Harian Baim episod akhir (episod 95), akhir cerita Sinetron Buku Harian Baim TV9 tamat, last episode, episode terakhir, episode 95, ending Sinetron Buku Harian Baim TV9, episod kemuncak, finale Buku Harian Baim TV9
Buku Harian Baim episod akhir - episod ke 95

Ibu Baim iaitu Alya (Inneke Koesherawati) terluka akibat perbuatan suaminya suatu masa dahulu. Yang mana suaminya menikahi wanita lain kerana ingin merasai kesenangan. Lantas, membiarkannya keseorangan menempuh dugaan ketika Baim terlantar sakit. Walaupun mereka telah bersatu kembali, hatinya masih pedih, belum dapat menerima suaminya sepenuh hati. Demi Baim, dia sanggup mengetepikan kekecewaanya dan berpura-pura menunjukkan bahagia bersama suaminya.

Ayah Baim merasa begitu bersalah terhadap isterinya Alya. Tindakannya yang mengahwini wanita kaya itu langsung tidak membawa kebahagiaan dalam dirinya. Dia menyesal meninggalkan Alya. Selama 8 tahun, Alya mengharungi pelbagai onak diri keseorangan, manakala dirinya hanya mementingkan nafsu tamak kepada harta.

Sekembalinya dia ke dalam keluarga itu, dia nekad ingin membahagiakan Baim. Dan menghormati isterinya di samping tidak memaksa Alya untuk menerimanya 100%. Dia redha jika Alya masih ragu-ragu menerimanya kembali. Baginya itulah pembalasan yang harus diterimanya. Walaupun hubungan Alya dan ayah Baim renggang, namun mereka sentiasa mempamerkan kasih sayang buat Baim.

Selepas Baim mengetahui akan kepura-puraan ibu dan ayahnya, Baim mengasingkan diri dan enggan bercakap dengan kedua orang tuanya. Perkara itu membuatkan Alya susah hati. Kegusaran hatinya dibawa berbincang bersama suaminya. Alya menerangkan Baim telah salah faham mengenai situasi mereka. Baim menyangka kekeruhan hubungan ibu dan bapanya, juga menyebabkan mereka terpaksa menunjukkan kasih sayang palsu kepada dirinya.

Suatu hari, seorang penerbit buku telah datang ke rumah Baim. Tujuannya untuk membukukan segala catatan diari Baim. Buku tersebut nanti akan diedarkan kepada orang ramai sebagai motivasi. Pada awalnya, Baim tidak bersetuju. Namun selepas dipujuk oleh Satria (Raffi Ahmad) Baim terus bersetuju.

Kata Satria, buku itu nanti akan menceriakan orang lain dan membawa kebahagiaan. Memikirkan kembali hubungan ayah dan ibunya, Baim kembali bersugul. Buku Baim telah diterbitkan, semasa majlis perasmian buku Baim, Baim tiba-tiba ingin menarik diri. Dia tidak mahu meneruskan pelancaran buku itu kerana baginya dia gagal membahagiakan ibu bapanya.

Nama Baim dipanggil beberapa kali, namun tiada kelibat Baim muncul. Satria segera mencari Baim, termasuk rakan baik Baim iaitu Nizam (Nizam) dan Abel (Christable). Alya dan suaminya tertanya-tanya ke mana Baim menghilang. Dalam kerisauan, Alya memberitahu bahawa dirinya ikhlas menyayangi suaminya. 

Suaminya juga sama, menyatakan rasa cintanya pada Alya. Katanya, dia akan sentiasa menunggu pintu hati Alya terbuka untuknya seperti mana Alya sabar menunggunya selama 8 tahun itu. Hati Alya tersentuh. Selepas meluahkan segala isi hati terpendam, hubungan mereka kembali terjalin erat dan mesra. Alya telah membuka pintu hati untuk suaminya. Baim gembira melihat perubahan itu. Tiada lagi kasih sayang palsu di antara mereka. Baim gembira di majlis pelancaran bukunya. 

Sinopsis Sinetron Buku Harian Baim episod akhir (episod 95), akhir cerita Sinetron Buku Harian Baim TV9 tamat, last episode, episode terakhir, episode 95, ending Sinetron Buku Harian Baim TV9, episod kemuncak, finale Buku Harian Baim TV9
Raffi Ahmad dan Nina Zatulini dalam sinetron TV9 Buku Harian Baim episod terakhir

Satria pula telah melamar Olivia (Nina Zatulini), hubungan mereka direstui oleh Alya. Satria berjanji akan menjaga Olivia dan membahagiakannya. Majlis pertunangan mereka bakal diadakan dalam masa terdekat.

Sinopsis Sinetron Buku Harian Baim episod akhir (episod 95), akhir cerita Sinetron Buku Harian Baim TV9 tamat, last episode, episode terakhir, episode 95, ending Sinetron Buku Harian Baim TV9, episod kemuncak, finale Buku Harian Baim TV9
Akhir cerita Buku Harian Baim, Baim dapat adik! Horrey!

Setahun kemudian, Baim telah mendapat seorang adik perempuan yang dinamakan Bintang. Mereka sekeluarga hidup bahagia. Tamat.

Pelakon Sinetron Buku Harian Baim TV9
Ibrahim Khalil Alkatiri Sebagai Baim / Ibrahim
Inneke Koesherawati Sebagai Alya
Raffi Ahmad Sebagai Satria
Nina Zatulini Sebagai Olivia
Nizam Sebagai Nizam
Christable Sebagai Abel
Estelle Linden Sebagai Ayu
Gary Iskak Sebagai Ayah Olivia
Nadya Almira sebagai Fiona

Gambar Sinetron Buku Harian Baim Episode Terakhir – Episode 95 
Sinopsis Sinetron Buku Harian Baim episod akhir (episod 95), akhir cerita Sinetron Buku Harian Baim TV9 tamat, last episode, episode terakhir, episode 95, ending Sinetron Buku Harian Baim TV9, episod kemuncak, finale Buku Harian Baim TV9

Sinetron Buku Harian Baim TV9
Tarikh episod akhir Buku Harian Baim disiarkan: 11 Disember 2015
Buku Harian Baim episod akhir – FINALE
Hari: Jumaat
Jam: 5.30 petang
Saluran: TV9

Tamat dah Sinetron Buku Harian Baim yang disiarkan di TV9:

Jangan lupa tonton Sinetron Pashmina Aisha di saluran 119, sinetron terbaru yang menggantikan Buku Harian Baim:

5 comments

lama dah cerita ni. comellll je baim tu. kalau sya tgok cerita tu, mesti tengok baim dgn rafi ahmad je

sekali tengok muka baim tu seiras muka anak tomok. Tengok baim sebab suka tengok video anak tomok.
.
Jemput singgah blog saya :)

dulu layan jgk cerita nih... tapi bla busy xdan nak tgk.. baru jer ari tu duk sbut bilala citer ni nk habis akhirnya habis jgk.. hehehehe

Ada tak link episode akhir baim?? Sedihnya tgok dari awal tapi tak dpt tgok endings dia..

tak ada link episode akhir baim. mungkin boleh cari di youtube, mana tahu ada


EmoticonEmoticon