Janda Muslimah Episod Akhir

Sinopsis Janda Muslimah Episod Akhir (Episod Ke 13) Drama TV2 Galeri Famili | Maryam / Yam (Intan Ladyana) bersedih kerana ibu Ustaz Reqal (Fiz Fairuz) menentang hubungan mereka. Ditambah lagi dengan status jandanya, Yam merasakan begitu berat dugaan yang diterimanya.

Sinopsis Janda Muslimah episod akhir drama TV2 Galeri Famili, Janda Muslimah episod akhir – episod 13, sinopsis episod terakhir Janda Muslimah, gambar, pelakon, drama Janda Muslimah tamat, last episode, ending Janda Muslimah, episod kemuncak
Janda Muslimah Episod Akhir - episod ke 13 dah pun tamat pada hari ni

Orang kampung mengata Yam, membuat fitnah ke atas Yam. Dengan itu, makin bertambah benci ibu Ustaz Reqal kepadanya. Selesai sahaja kelas mengajar ngaji, Ustaz Reqal datang berjumpa Yam untuk seketika. Ustaz Reqal memberi kata-kata semangat pada Yam atas cercaan orang kampung terhadapnya. Tidak sampai 5 minit, datang seorang pemuda menuduh mereka berkhalwat di dalam surau. Yam bertambah sedih.

Ustaz Reqal dan Yam menafikan fitnah itu dan meminta pemuda itu menunjukkan bukti mereka berdua-duaan di surau dan membuat perkara tidak elok. Namun, pemuda itu mendiamkan diri sahaja.

Rona (Lana Nordin) sedar atas kesalahannya. Dia datang berjumpa dengan ibu bapa Ustaz Reqal dan menceritakan segalanya. Dia turut meminta maaf kepada mereka kerana telah membuat cerita yang bukan-bukan mengenai Yam.

Dia menjelaskan, dia berbuat begitu kerana Ustaz Reqal telah menolak cintanya. Tidak dapat menerima hakikat, lantas dia memfitnah wanita yang disukai oleh Ustaz Reqal. Barulah ibu Ustaz Reqal sedar, orang yang dibencinya selama ini adalah berhati mulia.

Mazlan / Lan (Qazeem Nor) datang dari kampung untuk melihat perkembangan butik Munawarah / Muna (Julia Ziegler) di Kuala Lumpur. Selama ini, Lan menaruh hati terhadap Muna namun tidak kesampaian dalam meluahkan perasaannya.

Lan terlepas peluang bila mana Muna sudah mempunyai kekasih hati iaitu Zahir (Aqasha). Zahir tinggal bersebelahan di rumah Muna. Mereka mengenali satu sama lain semenjak hari pertama lagi dia tiba di KL. Wan (Wan Raja) teman serumah Zahir seringkali terpikat dengan peribadi 3 sahabat baik ini yang bergelar janda muslimah.

Latifah (Sharifah Nadia) begitu gembira apabila menerima pemberian hadiah dari insan yang dicintainya iaitu Cikgu Amir. Kini dia sangat bahagia dengan cinta barunya selepas sekian lama terseksa dengan sejarah perkahwinannya yang terdahulu.

Kasih mulai bersemi. Hubungan ketiga-tiga sahabat rapat ni mendapat restu dari keluarga masing-masing. Majlis akad nikah berlangsung di masjid. Dengan disaksikan oleh ahli keluarga dan sanak saudara. Ustaz Reqal selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Yam. Begitu juga Muna dan Zahir. Latifah dan Cikgu Amir disatukan sebagai suami isteri.

Ketiga-tiganya menemui jodoh selepas lama bergelar janda. Janda bukan sebarang janda, janda muslimah yang memiliki sifat dan peribadi yang baik. Masing-masing mengecapi kebahagiaan dan hidup bahagia di samping suami tersayang. Tamat.

Pelakon Drama Janda Muslimah TV2
Munawarah / Muna – Julia Ziegler
Maryam / Yam – Intan Ladyana
Latifah – Sharifah Nadia
Zahir – Aqasha
Wan – Wan Raja
Ustaz Reqal – Fiz Fairuz
Rona – Lana Nordin
Basir – Lan Siro
Mazlan – Qazeem Nor
Jalil – Zull Edward
Isteri Jalil – Yaya Maembong

Gambar Drama Janda Muslimah Episod Akhir
Sinopsis Janda Muslimah episod akhir drama TV2 Galeri Famili, Janda Muslimah episod akhir – episod 13, sinopsis episod terakhir Janda Muslimah, gambar, pelakon, drama Janda Muslimah tamat, last episode, ending Janda Muslimah, episod kemuncak

Tonton drama Janda Muslimah Galeri Famili
Tarikh episod akhir Janda Muslimah disiarkan: 7 Disember 2015
Janda Muslimah episod akhir – episod 13
Hari: Isnin
Jam: 1.00 petang
Saluran: TV2


EmoticonEmoticon