Seiras Seirama (Astro)

Seiras Seirama (Astro) | Seiras Seirama telahpun disiarkan bermula minggu lepas. Hebat-hebat peserta yang bersaing dalam Seiras Seirama. Setiap episod, 4 peserta yang berjaya dalam ujibakat Seiras Seirama akan bertanding di hadapan ikon, meniru gaya penampilan dan cara menyanyi yang serupa dengan ikon mereka.

Gambar Seiras Seirama 
seiras seirama astro, ujibakat seiras seirama, juara seiras seirama musim pertama, pusingan the battle seiras seirama, gambar seiras seirama, pentas akhir seiras seirama
Seiras Seirama bersama 7 ikon penyanyi tanah air Malaysia

Mampukah peserta-peserta Seiras Seirama meniru gaya dan suara penyanyi pujaan mereka? Peserta diadili oleh ikon yang ditetapkan setiap minggu dan pemenang mingguan dapat berduet dengan ikon terpilih. Bestnya! Seiras Seirama cari klon ikon tersohor tanah air. Inilah peluang peserta tunjuk bakat meniru ikon masing-masing.

Dalam pertandingan Seiras Seirama, peserta perlu menyanyikan lagu ikon pilihan mereka dengan suara yang serupa seperti ikon tersebut. Lebih banyak persamaan yang berjaya ditonjolkan peserta, lebih tinggi peluang mereka untuk memenangi hadiah utama termasuklah mengadakan persembahan bersama idola mereka.

seiras seirama astro, ujibakat seiras seirama, juara seiras seirama musim pertama, pusingan the battle seiras seirama, gambar seiras seirama, pentas akhir seiras seirama
Seiras Seirama - Azri bersama ikon Dato' Jamal Abdillah (penampilan sama, muka hampir sebijik sama, suara sekali, ini baru klon)

Nak menang Seiras Seirama, peserta perlu menjiwai karakter, gerak gaya dan suara persis ikon kegemaran mereka barulah dapat dinobatkan sebagai Juara Seiras Seirama 2015 musim pertama! Aku dah tengok episod Dato’ Jamal Abdillah, bukan mudah woo, mencabar jugak tugasan diorang ni.

Pusingan The Battle Seiras Seirama menyaksikan 2 peserta terbaik akan berentap sesama sendiri untuk muncul sebagai pemenang bagi episod ikon tersebut. Pemenang setiap episod akan mara ke episod akhir (episod 8) di pentas akhir Seiras Seirama kelak. Ha, time itulah menentukan siapa yang bakal menjadi pemenang sekaligus bergelar juara Seiras Seirama musim 1.

Pengacara Seiras Seirama
Dato’ Aznil Hj. Nawawi

Ikon Seiras Seirama
Dato’ Jamal Abdillah
Ella
Ziana Zain
 Misha Omar
Mas Idayu
Faizal Tahir
 Hafiz Suip

Hadiah Pemenang Seiras Seirama
Pemenang Seiras Seirama bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000. Setiap peserta yang mewakili ikon masing-masing akan berentap di pusingan akhir Seiras Seirama untuk merebut gelaran juara Seiras Seirama.

Tonton Seiras Seirama setiap minggu
Tarikh Seiras Seirama mula disiarkan: 20 Disember 2015
Hari: Ahad
Jam: 9.00 malam
Saluran: Astro Ria 104 & Ria HD 123

1 comments so far

singgah stalk sini sambil picit iklan di 'Paling POPULAR Carian Ramai'.. hehehe.. ^^

http://akubukaninnocent.blogspot.my/


EmoticonEmoticon