Sinopsis Sinetron Pashmina Aisha TV9

Sinopsis Sinetron Pashmina Aisha TV9 | Pashmina Aisha mengisahkan Pashmina dan Aisha (Aura Kasih) merupakan pasangan kembar yang terpaksa dipisahkan. Pashmina telah dijadikan anak angkat oleh keluarga kaya, manakala Aisha pula dibesarkan di rumah anak yatim. Pashmina mempunyai masalah sakit jantung, dengan itu keluarga barunya bertanggungjawab dalam merawatnya.

Sinopsis Sinetron Pashmina Aisha TV9, pelakon dan gambar Sinetron Pashmina Aisha TV9, ost lagu tema Pashmina Aisha: lagu buat sakit hati - charly & pepeng, Pashmina Aisha episod akhir – episod 100, Pashmina Aisha tamat
Sinetron Pashmina Aisha disiarkan di TV9

Setelah menginjak usia dewasa, Aisha jatuh cinta pada Reyhan (Giovani L. Tobing). Aisha dan Reyhan berpakat ingin membina rumah tangga. Namun keputusan anaknya berkahwin dengan gadis miskin membuatkan Dinar (Annie Anwar) menentang sekerasnya. Dinar mahu anaknya berkahwin dengan gadis dari keluarga berada seperti dirinya, juga mempunyai jawatan hebat.

Melihat ibunya tidak merestui hubungan mereka, Reyhan nekad meninggalkan rumah ibunya dan berkahwin dengan Aisha. Tidak lama selepas itu, Aisha disahkan mengandung. Reyhan berasa sangat gembira meskipun ketika itu pekerjaannya hanya penoreh getah.

Ketika Aisha sarat mengandung, Dinar datang lagi menganggu rumahtangganya. Dia memaksa Aisha menandatangani perjanjian dalam 1 borang. Perjanjian itu menyatakan anak Aisha yang bakal dilahirkan akan diserahkan kepadanya, kemudian Aisha harus meninggalkan Reyhan. Aisha tidak sanggup memenuhi permintaan ibu mertuanya yang melampau.

Dinar tertolak Aisha tanpa sengaja. Berlaku tumpahan darah, saat itu juga Aisha seperti hendak bersalin. Aisha di hantar ke hospital dan melahirkan bayi perempuan. Anak tersebut dinamakan Dinda (Atiyah Shahab). Dinda disahkan menghidap sakit jantung dan memerlukan pembedahan dengan segera.

Bingung dengan situasi kritikal anaknya, Aisha terpaksa bersetuju dengan cadangan Dinar untuk menandatangani perjanjian itu. Dinar memberitahu akan memberikan rawatan terbaik buat Dinar dengan syarat Aisha pergi dari hidup anaknya.

Sinopsis Sinetron Pashmina Aisha TV9, pelakon dan gambar Sinetron Pashmina Aisha TV9, ost lagu tema Pashmina Aisha: lagu buat sakit hati - charly & pepeng, Pashmina Aisha episod akhir – episod 100, Pashmina Aisha tamat
Sinetron Pashmina Aisha TV9 lakonan Aura Kasih dan Baim Wong

Kembar Aisha, Pashmina telah kembali ke Indonesia. Dengan penyakit jantungnya, Pashmina dapat merasakan hidupnya menjadi singkat. Dia kemudiannya berusaha mencari Aisha. Misi pencarian kembarnya Aisha dibantu oleh Wira (Samuel Rizal).

Ketika Reyhan tiba di hospital dia mencari-cari kelibat Aisha namun tiada. Dinar sentiasa menghasut mengatakan Aisha seorang isteri dan ibu yang tak bertanggungjawab. Reyhan bimbang melihat keadaan anaknya yang memerlukan pembedahan dengan segera.

Aisha yang susah hati selepas menandatangani perjanjian itu, tidak dapat berfikir dengan baik. Dia melintas jalan tanpa menoleh ke kiri dan kanan yang ketika itu kereta sibuk lalu lalang. Abang kepada Juwita (Raya Kohandi) bernama Juna (Ashraf Sinclair) telah menyelamatkan Aisha daripada menjadi mangsa kemalangan jalan raya.

Juwita merupakan bekas kekasih lama suaminya Reyhan. Juwita bertugas sebagai seorang doktor yang bakal merawat sakit jantung anaknya Dinda. Ketika Aisha sedang bersedih, Soni (Baim Wong) membantu Aisha.

Pergelutan berlaku ketika Juwita ingin merampas Dinda dari Aisha. Juwita tertolak Aisha hingga jatuh ke sungai yang deras. Soni segera menyelamatkan Aisha. Akibat trauma kehilangan orang yang disayanginya, Aisha menjadi lumpuh dan tidak dapat bercakap. Di hadapan ibunya, RIisma (Minati Atmanegara) dan adiknya Rasha (Ishabella), Soni mengaku Aisha adalah isterinya.

Selepas ditinggalkan Aisha, Reyhan terpaksa menuruti keinginan ibunya untuk menikahi Juwita. Dinar begitu gembira kerana impiannya bakal tertunai! Anaknya berkahwin dengan seorang doktor, bekerjaya hebat, berasal dari keluarga kaya.

Selepas Pashmina mengetahui Reyhan adalah suami Aisha, dia begitu terkejut kerana Reyhan akan berkahwin lagi. Pasmina nekad untuk datang ke majlis pernikahan Reyhan dan Juwita. Apakah yang akan berlaku? adakah Reyhan akan menganggap Pashmina sebagai Aisha? Tonton selanjutnya dalam sinetron Pashmina Aisha di kaca tv anda.

Pelakon Sinetron Pashmina Aisha TV9
Aura Kasih - Pashmina / Aisha
Baim Wong - Soni
Raya Kohandi - Juwita
Samuel Rizal - Wira
Ashraf Sinclair - Juna
Giovanni Yosafat Tobing - Reihan
Shandy Ishabella - Rasha
Atiyah Shahab - Dinda
Annie Anwar - Dinar
Minati Atmanegara - Risma
Dwi Yan - Rajasa
Shelsi Valencia - Pashmina / Aisha kecil
Gracia Indri - Gracia
Kadhita Ayu - Dhita
Natashia Nikita – Nikita

Gambar Sinetron Pashmina Aisha TV9 
Sinopsis Sinetron Pashmina Aisha TV9, pelakon dan gambar Sinetron Pashmina Aisha TV9, ost lagu tema Pashmina Aisha: lagu buat sakit hati - charly & pepeng, Pashmina Aisha episod akhir – episod 100, Pashmina Aisha tamat

Sinopsis Sinetron Pashmina Aisha TV9, pelakon dan gambar Sinetron Pashmina Aisha TV9, ost lagu tema Pashmina Aisha: lagu buat sakit hati - charly & pepeng, Pashmina Aisha episod akhir – episod 100, Pashmina Aisha tamat
Sinetron Pashmina Aisha menggantikan Sinetron Buku Harian Baim

Tonton Sinetron Pashmina Aisha
Tarikh Sinetron Pashmina Aisha mula disiarkan: 14 Disember 2015
Jumlah episod Sinetron Pashmina Aisha: 100
Pashmina Aisha tamat episod akhir – episod 100
Hari: Isnin – Jumaat
Jam: 5.30 petang
Saluran: TV9


Jangan lupa tonton sinetron Pashmina Aisha di saluran 119:


EmoticonEmoticon