Sinopsis Drama Klon TV2

Sinopsis Drama Klon TV2 Galeri Famili Klon mengisahkan seorang budak lelaki bernama Izwan (Izzy Zulkhazreef) yang menemui cermin sakti! Cermin itu mempunyai kuasa ajaib dalam mengklonkan sesuatu. Sama ada klon manusia, benda ataupun haiwan.

Sinopsis drama Klon TV2 Galeri Famili, pelakon dan gambar drama Klon TV2
Drama Klon bersiaran di RTM TV2

Segalanya bermula apabila Izwan bersama-sama kawannya iaitu Mei Ling (Shaddai Foo) dan Raju (Safreen Azeem) berkelah di sungai. Ketika Izwan sedang mandi manda, dia ternampak sesuatu yang berkilau di dasar sungai. Izwan menyelam untuk mendapatkan benda tersebut.

Selepas berjaya menarik keluar benda tersebut ke permukaan air, Izwan mendapati ianya sebuah cermin lama. Izwan terus menyimpan cermin tersebut ke dalam beg dan dibawa pulang. Ayah Izwan iaitu Idham (Zul Yahya) seorang pemandu teksi. Idham menjemput Izwan dan kawan-kawan anaknya.

Idham berleter panjang tentang kepentingan pelajaran pada Izwan. Izwan yang begitu letih bermandi-manda tertidur ketika ayahnya memberinya ceramah. Izwan bermimpi mengenai cermin tersebut.

Sinopsis drama Klon TV2 Galeri Famili, pelakon dan gambar drama Klon TV2
Jangan lupa tonton drama Klon di TV2

Dilihatnya, askar Melayu sedang menentang askar Jepun. Cermin sakti itu digunakan untuk mengklonkan tentera Melayu untuk melawan musuh. Izwan terkejut dari tidur. Dalam perjalanan balik itu dia masih memikirkan tentang mimpinya.

Di rumah, Izwan sering dibuli oleh abangnya iaitu Farish (Reza Hasbi). Setiap kali Izwan terlewat, dia akan dimarahi oleh Farish. Ibunya iaitu Azza (Azzarima / Azza Elite) seorang yang suka berleter. Ibunya juga seorang yang tegas dalam mendidik anak.

Izwan tanpa sengaja telah mengklonkan dirinya. Wujudnya dirinya yang satu lagi yang dia panggil namanya sebagai Klon. Kehadiran Klon telah membuatkan Izwan kelam kabut, risau takut rahsia cermin sakti itu diketahui oleh abang dan ibunya.

Sinopsis drama Klon TV2 Galeri Famili, pelakon dan gambar drama Klon TV2
Cermin sakti mengklon manusia dalam drama Klon

Walaupun Klon mempunyai wajah dan tubuh badan seiras dengannya, Klon seperti seorang yang blur. Dia tidak dapat berfikir normal seperti manusia biasa. Rahsia mengenai Klon dikongsikan bersama dengan rakan baiknya iaitu Mei Ling dan Raju.

Daripada mengklon manusia, pensil, buku, buah epal, kini mereka bertiga ingin mengklon duit! Mereka ingin melihat duit yang banyak dan hidup mewah dengan adanya duit klon tersebut. Tonton segalanya dalam drama Klon di kaca tv anda.

Pelakon Drama Klon TV2
Izwan – Izzy Zulkhazreef
Mei Ling – Shaddai Foo
Raju – Safreen Azeem
Azza – Azzarima
Idham – Zul Yahya
Farish – Reza Hasbi
Adam – Ahmad Fazli Masri
Daniel – Mohd Woozier Ali Hamzah
Aiman – Hafiz Ali
Cikgu Comel – Norsyuhaida Ab Razak

Pelakon Undangan Drama Klon TV2
Hamid Gurkha
Rozita Che Wan
Tasha Shila

Gambar Drama Klon TV2
Sinopsis drama Klon TV2 Galeri Famili, pelakon dan gambar drama Klon TV2

Sinopsis drama Klon TV2 Galeri Famili, pelakon dan gambar drama Klon TV2
Klon merayau-rayau di kampung, nasib baik Izwan berjaya menemuinya

Saksikan drama Klon Galeri Famili
Tarikh drama Klon mula disiarkan: 8 Disember 2015
Hari: Isnin – Khamis
Jam: 1.00 – 2.00 petang
Saluran: TV2


EmoticonEmoticon